Kerana Bobohizan

Friday, 2 May 2014

Part 25



Part 25

“Boarding ticket,miss”, seorang anggota polis tersenyum lebar menanti reaksi Lana.

“Ha? Oh ini ka?”,Lana menghulurkan kertas yang dipegangnya. Sungguh dia tidak tahu apa-apa, sejak dari mula lagi, Yudai lah yang menguruskan semuanya.

“ IC?”, sambung anggota polis tersebut.

Lana menyelongar beg tangannya, kemudian mengeluarkan kad pengenalannya. Anggota polis tersebut mengangguk setelah meneliti tiket kapal dan kad pengenalan Lana.

“Beg, letak dalam bekas ni,ye”seorang anggota polis berpelat semenanjung menghulurkan bekas berbentuk segi empat. Lana menghulurkan begnya, masuk dan berdiri menunggu begnya di hadapan pintu.

“Selamat jalan”, Lana terpinga-pinga apabila seorang kakitangan penerbangan menegurnya sekaligus menghulurkan begnya.

“Te..terima kasih”, Lana menjawab.

Ditinjaunya di sekeliling, kemudian dia berjalan ke hadapan untuk pemeriksaan selanjutnya, kelihatan beberapa orang pelancong turut sama berada dalam barisan. Lana masih berfikir, patut kah dia meninggalkan Sabah, atau perlukah dia lari daripada semua masalahnya. Sampai gilirannya, dia menyerahkan semua dokumen yang ada di tangannya.

“Ok, selesai”, pegawai Imigresen tersebut tersenyum lalu memberikan Lana dokumennya kembali. Lana masuk dan duduk menunggu,dia terpinga-pinga, tiket penerbangannya menunjukkan 12 tengah hari, sekarang sudah 11 : 30 minit pagi.

“ Pigi KL ka?”, Seorang lelaki menegurnya.

‘Iya,”, Lana menjawab sepatah, dia tidak mengenali lelaki tersebut.

“Belum lagi masuk, skijap lagi, saya pun pigi KL ni”, lelaki tersebut menrangkan.
Lega hati Lana mendengarnya,disangkakannya dia telah tertinggal kapal.


Cinta boleh datang dalam sekelip mata,
 tetapi cinta tidak akan hilang walau sesaat.
Aku merantau bukan mencari cinta,
tetapi berusaha membahagiakan cinta.
Jika waktu sudi bersimpati,
ku tunggu kau hingga akhir nanti.
Jika kau sudi menerima,
cincin di jari tanda ingatanmu kepadaku.”


Puisi cinta Albert semasa berada di pondok tempat mereka meluahkan perasaan cinta bermain-main di mindanya. Lana cuba menahan air matanya, sebak di dadanya ditahan-tahan, terasa seperti dia hidup keseorangan di dunia ini, tiada sesiapa mahu mendengarnya. Sungguh terasa asing  dunia bila perasaan berjauhan dengan keluarga yang disayangi, apa lagi kekasih yang jauh di sana. Lana menarik nafas dan kemudian menghembus berat.

“Kau okay kah?”, Lelaki yang tidak dikenalinya itu secara tiba-tiba menegurnya.

“Okay”, Lana cepat-cepat memalingkan mukanya.
“Topot boh? (Betul bah?)”, Lelaki itu cuba memastikan.

“Iya bah, sa berat hati saja bah ni mau kasi tinggal Sabah”, Lana cuba menutup emosinya daripada ketara muak dengan sikap lelaki itu.

“ Oh, andang-andang(memang) lah tu, saya dulu pun begitu juga,tapi pasal mau cari duit kan, lama-lama biasa lah tu, Cuma jangan selalu fikir, kalau rindu keluarga “call” saja diorang”,  Lana senyum, ada betulnya juga nasihat lelaki tersebut.


 “ Bah, mari lah kita naik kapal, panggilan sudah”, lelaki tersebut membantu Lana mengangkat barang-barangnya.

“ Kamu, tiada bawa apa-apa?”, Lana hairan lelaki tersebut hanya membawa beg sandang yang sudah tentunya tidak boleh memuatkan baju ataupun kasut.

“Barang saya,semua sudah masuk kargo,lagipun di Sabah banyak juga baju saya, buat apa mau bawa pulang balik kan, bikin penat saja”, Lana tergaru-garu kepalanya,hairan dengan perangai lelaki tersebut.

Kelihatan pembantu penerbangan tersebut tersenyum, memeriksa dokumen perjalanan penumpang pesawat dan kemudian mengucapkan selamat, Lana berbaris seperti yang lain.

“ First time ka? (pertama kali ka)”, Lana menoleh ke belakang, kemudiannya tersipu-sipu malu.

“Iya,saya tida tau apa-apa ni”, Lana akhitnya mengaku, mungkin dengan pengakuannya begitu, mudah-mudahan kesilapan dan kejanggalannya dapat dielakkan dengan bantuan lelaki tersebut.

“ Tida pa, kamu ikut saja saya”, Lelaki tersebut memotong barisan Lana lalu pergi ke hadapannya.
Lana menurut sahaja apa yang lelaki tersebut lakukan sehingga sampai di atas kapal.

“ Cuba tingu tiket kamu”, Lana cepat-cepat menhulurkan.

“ Oh, kamu duduk sini, di depan saya”, Lana agak kabur akan susunan kerusi dalam pesawat. Tetapi hanya menurut, mujurlah lelaki tersebut membantunya menyimpan barang-barangnya dia atas, dia pula hanya duduk, bersedia untuk terbang.

Sepanjang penerbangan, pramugara dan pramugari sibuk membetulkan apa yang salah, mengajar apa sahaja jenis langkah keselamatan semasa berada dia atas kapal, tetapi Lana seperti berada di sesuatu tempat yang jauh terasing, tidak ada bunyi didengarnya, fikirannya tertumpu kepada keluarganya di kampung, ayahnya, ibunya, kehidupannya di Semenanjung nanti dan kemudian ..

“Albert!”, Lana mendesah, menghembus nafas berat. DIa tidak sempat memberitahu Albert tentang pemergiannya. Tetapi, jauh di lubuk hatinya, Lana akur bahawa dia memerlukan duit yang banyak untuk ke Australia, berjumpa dengan kekasih hatinya itu, pengubat segala luka dan penawar rindu.

Sedar-sedar saja, mereka telah sampai dan turun dari Kapal, Lana seakan terjaga dari lena apabila bahunya ditepuk.

“ Sampai suda”, lelaki itu menyapa.

Lana terpinga-pinga,”Ada orang ambil kamu ka?”, dia menyambung lagi.

“ Ada”,Lana menjawab kemuidian cepat-cepat mengeluarkan telefon bimbitnya mendail nombor seseorang.

“Bah, kalau begitu bagus-bagus saja lah kamu ah, hati-hati, saya jalan dulu”, lelaki itu meminta diri.

“ Ok”, Lana menjawab bersahaja, ucapan terima kasih pun tidak, dia masih ragu-ragu mengapa ada lelaki yang tidak dikenalinya begitu baik hati dan sanggup membantunya sepanjang penerbangan.

Lana sibuk mencari nombor telefon yang diberi Yudai semasa di lapangan terbang Kota KInabalu, tiba-tiba seorang lelaki memanggilnya.

“Lana! Sini!”, Lana yang agak kaget tercari-cari suara tersebut.
Seorang lelaki sederhana tinggi tersenyum kambing dan bersalaman dengannya.

“Lana kan? Macam mana saya tau? Sinang sija, selipar jipun, seluar jeans bell bottom, sama baju t-shirt putih”, dia tersengih ”c yudai suda kasi tau sia tadi”, dia menyambung penerangan panjang lebarnya.

“Ko siapa?”, Lana bingung.

“Saya? Nama saya Tanya la di JPN, hahaha”, lelaki tersebut ketawa mengekeh.

“Eleh, skill lama”, Lana mencebik.

“Yala bah, lama suda saya nda balik Sabah ni, mana la bah saya tau apa-apa perkembangan di sana”,
Lelaki tersebut menyangkal.

“Itu lah kau, kau inda tau di Sabah ada suda Bullet Train 200 km/sejam, dari Sandakan pigi KK stangah jam sija”, Lana cuba mengejek.

“Ah, butul bah?”, Lelaki tersebut agak terkejut.

“Butul...di kadai”, Lana menjawab lagi.

“Alaaaa..pandai ko kasi main-main saya ah”, lelaki tersebut tersengih seperti kerang busuk.

“Hmm..iya lah tu, jadi yg betul siapa nama ko ni?”, Lana berbalik kepada persoalan utama.

“Bzam, panggila saja zam, izam, atau sayang, ha ha”, lelaki tersebut  bergurau.

“Eeeee, inda malu”, Lana menjeling.

“Bah, marilah kita pigi tempat tinggal ko dulu,sudah si Yudai kasitau tu di mana, tempat kerja ko semua, saya dengar ko suda pernah kerja salun sama reflexology?”, Lana tergamam dia teringat akan kejadian lalu.

“Iya, jadi apa gia kerja yg c udai cakap tu?”, Lana penuh tanda Tanya.

“Ikut saja la bah,lambat suda kita ni, saya pun tahan-tahan saja perut tadi, belum makan pasal kejar masa mau pigi bubut(kejar) kau”, Bzam membelek-belek jamnya.

“Siou kio(minta maaf ah), kasi susah ko”, perubahan riak air muka Lana berubah.

“Ish, tida bah ko ni, saya suda makan, tapi ko tau la bah ni perut ni, sikit-sikit minta makan”, Bzam ketawa kecil.

“Bah, masuk lah dalam kereta”, Bzam membantu Lana memuatkan barang-barangnya di dalam kereta. Lana duduk di kerusi penumpang dan membelek-belek telefon bimbitnya seperti menunggu panggilan.


***

“Om jadi, ingkuo dii(Jadi, bagaimana?)?”, ibu Kisai mencekak pinggangnya seolah-olah menagih janji daripada ibu Lana.

“Poingkuo do nunu?(Bagaimana, apa?)”, Ibu Lana juga bingung.

“Mambalai diau sogit toi ko mooi tanud zi Lana?(Mau bayar denda atau mau kejar si Lana?)”, Ibu Kisai masih tidak berpuas hati, rancangan mereka gagal, malah malu berhadapan dengan orang-orang kampung juga tidak dapat ditutup. Orang ramai semakin banyak berbondong-bondong ke rumah Lana, terasa seperti ada kematian ataupun majlis perkahwinan di rumah itu.

“Ziau diti, nung au mimang, au no boh(kamu ni, kalau dia tidak mau, tidak la)”, ayah Lana menyampuk dari belakang.

“ Nunu saha mambalai sogit?(apa salah bayar denda)”, seolah-olah tidak mahu mengeruhkan keadaan, ayah Lana mencadangkan.

“Bah, nung ingkaa, buli, kanou mongoi huud hamin zi Gaddy”, ibu Kisai mencadangkan untuk berbincang di hadapan ketua kampong serta orang ramai, dengan itu, semua perbincangan akan dicatat,disokong atau dibantah dengan suara ramai.


****


“Baah!”, Bzam mengejutkan Lana dari lamunannya.

“Berkhayal saja ko ni, macam urang susah hati mau urus kahwin saja”,  dia menyambung.

“Eh, di mana suda kita ni?”, Lana tidak menjawab soalan Bzam, dia lebih peka terhadap di mana keberadaan mereka.

“Sampai rumah kau sama rumah saya”, Bzam menjawab bersahaja.

“Alalaaaa, kita tinggal 1 rumah?”, Lana terkejut.

“Bukan la bah, jangan ko perasan sana, rumah kau sana di sebelah, ini rumah saya”, Bzam menunding jarinya ke hadapan, dia terus memarkir keretanya di hadapan rumahnya dan mengangkat barang-barang Lana.

“Buat sementara ni, memang di sini ko tinggal, 1 orang, dapur,tilam, bantal, selimut, washing machine, peti sejuk, semua ada, apa lagi ko mau? Ko mau simpan KFC,Giant atau Tesco di sini?”, Bzam cuba mengusik Lana.

“Ha! Ha! Pandai la kau”, Lana ketawa kecil walaupun dia tidak tahu apakah yang disebutkan Bzam di akhir perbualan tadi.


*****

Lana duduk di birai katil menggumam sendiri sebelum telefon bimbitnya berdering, panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Tiga kali deringan dia mengangkat dan berdiam diri, dia takut keluarganya di kampong yang memanggilnya, takut dimarahi atau bimbang terjadi sesuatu.

“Sayang”, ada satu suara garau  bercakap di talian. Lana diam, belum ada sesiapa pernah memanggilnya begitu.

“Hello”, masih sepi, Lana masih ingin memastikan suara itu.

“Lana, ini Albert”, akhirnya suara itu mengenalkan diri.

“ Albert!”, Lana mulai menangis teresak-esak.

“Kenapa ni? Kenapa?’, Albert semakin panic, mengapa setiap kali dia menghubungi Lana, dia selalu sahaja menangis, terlalu sengsarakah hidupnya. Adakah sesuatu telah terjadi kepadanya, keluarganya. Hampir penuh benaknya dengan mainan emosi yang ditunjukkan Lana, bermacam-macam andaian bermain di fikirannya.