Kerana Bobohizan

Tuesday, 16 April 2013

Part 24



Part 24

Pintu bilik dibuka, ibu Lana , Loini masuk kemudian terpaku, Lana tiada di bilik. Loini keluar lalu menuju ke dapur, tiada, turun melalui tangga pintu belakang kemudian menjenguk ke bilik air jua tiada. Loini bergegas naik ke tangga, “Ening! Ening! Nombo zii Lana!(Mana si Lana)” dia menjerit memanggil suaminya.  Ening bergegas masuk ke dalam ruang tamu apabila dikejutkan dengan suara isterinya yang agak kuat, dia bersedia dengan apa saja kemungkinan, kerana dia juga lah yang merancang melarikan Lana daripada menjadi mangsa  tamak haloba isterinya itu serta ibu Kisai.

“Nokuo(kenapa)?”, Ening berpura-pura hairan.
“Odoi! Natagak no zii Lana!(si Lana hilang sudah)”, Loini menggeleng-geleng seperti orang gila.
“Om jadi?”, dia bersuara lagi.
“Ini semua kau punya pasal laini kan, sa nampak kau masuk bilik dia tadi ko cakap di mana ko kasi tapuk(sembunyi) dia?!”, terbeliak mata Loini kerana tidak dapat menahan marah.
“Dia…dia lari pigi KK suda”, Ening tunduk kemudian duduk di kerusi.

“Apa?!”, Loini seperti orang yang hilang akal.

“ Jadi, ko mau kita kena sogit kepanasan(denda kepanasan) ulih urang-urang kampung? Ko mau?”,  Loini mencekak pinggangnya sambil memandang Ening.
“Apa salah kalau kita kasi lunas saja itu sogit(denda)?”, Ening memberi cadangan.
“ Ko tida paham bah, ko tida paham! Saya yang malu mau mengadap urang-urang kampung pasal  anak ko yang satu itu!”, Loini menghadap dapur rumahnya berfikir sejenak.
“ Kenapa lah dia nda mau ikut macam kakak-kakak dia, kau tingu semua diurang saya yang kasi pasang, kasi kahwin!”, Loini seolah-olah bangga akan tindakanya yang dirasakannya betul.
“ Kasi jadi dia sengsara macam kakak-kakak dia?”, Ening kemudian menjawab Loini, dia bangun lalu keluar semula ke beranda rumahnya.
****

Lana duduk dalam pondok using yang telah lama ditinggalkan, hujan beserta kilat sambar menyambar di luar menambahkan lagi kepiluan hati Lana. Lana cuba mendail nombor Yudai, mungkin pada masa ini, hanya Yudai yang dapat membantunya, Yudai juga yang baik hati membantunya semasa dia bekerja di bandar Kota Kinabalu.

“Hello”, Lana gugup, “Yudai, kau buli tulung sia ka?”, Lana teragak-agak.
“Kenapa tu?”, Yudai hairan, baru sahaja mereka balik kampung memohon cuti, tetapi suara Lana seperti ada masalah besar menimpanya.

“Ambil saya di Kampung, nanti ko sampai baru sia cerita sama kau”,  Lana cuba merahsiakan.
“Okay, ko di rumah  ni kan?”, Yudai bertanya.
“Nda!Bukan, ko tau kan sungai Sinumaha di ujung kampung? Ada pondok kicil di seberang jambatan”, Lana memberi petunjuk arah.
“Okay, nanti sia sampai sa call kau”, Yudai kemudiannya mematikan punat telefon lalu  bersiap.

***

“My Fiancee, there is something bad happened to her”, Albert memberitahu Peter, rakan sebiliknya.
“So, are you going back?”, Peter bertanya sambil menghirup sisa-sisa minumannya yang tinggal.
“ I can’t, I must finished my exam paper first, there is  3 more to go”, Albert berat hati untuk meninggalkan Australia, dia tidak mahu mengulang lagi.
“You better consider all things happened to you, and don’t be selfish”, nasihat Peter agak bernas sebagai seorang kawan.
“Yeah, sure I will”, Albert kemudian merenung sejenak.

***
Bunyi cengkerik malam menemani Lana di pondok using itu, sekurang-kurangnya dia tidak merasakan sunyi bersendirian dalam kegelapan. Lana berfikir, betapa besar pengorbanan ayahnya, membantu dia lari daripada menjadi mangsa kekejaman ibunya serta ibu Kisai.Telefonnya berdering, Lana cepat-cepat mengangkat.

“Hello, Yudai, ko d mana suda ni?”, pantas Lana bertanyakan Yudai.
“Sa di Jambatan suda ni, ko di mana? Sia nda tau lagi di mana lagi mau jalan ni”, Yudai berterus terang.
“Okay, ko tunggu sia di sana, ko sama siapa? Ada urang bubut(kejar) kau ka?”, Lana agak behati-hati dengan sebarang pergerakannya.
“Tiada, ko datang saja”, Yudai mengesahkan.
Lana mematikan punat telefon lalu turun dari tangga dan meredah semak samun di hadapannya. Dahulu, kawasan itu sangat bersih semasa mereka berempat, Bibi, Kisai dan Albert bermain dan bergurau senda di situ. Kelihatan lampu kereta Yudai agak malap, mungkin dia juga tahu yang Lana tidak mahu ada orang kampung yang terserempak dengan mereka pada waktu itu.

“Masuk lah”, Yudai mengarahkan, Lana teragak-agak untuk masuk takut dia diekori.
Sepanjang perjalanan, Lana menceritakan semuanya kepada Yudai, tangisan demi tangisan membanjiri kelopak mata Lana. Yudai hanya mampu berdiam, mengangguk dan berulang kali menyuruh Lana bersabar.

“Ni malam ko tidur saja di rumah lah, nanti bisuk kita bincang macam mana lagi”, Yudai memberi cadangan apabila sampai sahaja mereka di bandar Kota Kinabalu.
“Okey”, jawapan ringkas dari mulut Lana menyenangkan hati Yudai, dia risau Lana tidak setuju untuk menginap di rumahnya.
“Tidur awal, ko penat tu”, Lana hanya mengangguk apabila Yudai mengatakan sesuatu yang memang benar, kepenatannya belum lagi hilang.

***

Fajar pagi terbit, agak sunyi rumah Yudai, Lana bangun awal dan membersihkan diri, apabila dia keluar Yudai tersenyum kemudian mengajaknya sarapan.
“Macam mana ko rasa okeh suda?”, Yudai memulakan perbualan.
“Okay juga la”, Lana menjawab bersahaja.
“Jadi, apa rancangan ko sekarang?”,  Yudai mengambil the lalu memberikan kepada Lana.
Lana berpaling menghadap Yudai, “Sia, sia mau pigi Australia, cari tunang sia”, bersungguh-sungguh Lana memberitahu Yudai.
“Oh, bagus lah,jadi?”, Yudai agak terkejut dengan cadangan Lana.
“Tapi, buli sia pinjam kau duit sikit ka?”, Lana meneruskan niatnya.
“Duit, duit”, Yudai berfikir sejenak”begini lah, macam mana kalau ko kerja dulu, kumpul duit, sebab pigi Australia mahal oh, ko jangan ingat tambang kapal terbang saja, makan minum tempat tinggal ko di sana lagi?”, Yudai memberi nasihat.
“Tapi, setakat kerja di KK ni, dua tiga tahun belum tentu lagi sia dapat kumpul duit yang cukup”, Lana menangis teresak-esak.

Yudai kemudian menekan-nekan telefonnya,”begini lah, sia ada kawan, dia ejen pekerjaan di KL, di sana tinggi sikit gaji dia dari sini, kena tanggung tiket kapal, makan, tempat tinggal, kalau ko setuju, sia kol dia sekarang”, ajakan Yudai agak memberansangkan Lana, mahu tidak mahu Lana mengangguk. Ya, demi Albert dia akan melakukan apa-apa saja.

***


Deringan telefon bimbit Lana memecahkan keheningan di dalam kereta,  pangillan demi panggilan daripada Bibi bertubi-tubi. Lana berat hati untuk menyambut panggilan itu, dia takut hasratnya untuk meninggalkan Kota Kinabalu akan terbantut.  Yudai hanya berdiam diri, dia tahu Lana sedang berfikir, amat dalam sekali fikirannya, dia juga tahu Lana sedang membuat keputusan yang memberi impak yang besar dalam hidupnya.

“Bon Voyage”, Lana bersuara apabila dia terlihat tulisan yang agak jelas di tepi jalan. Yudai tersenyum, ”maksudnya Selamat Jalan”,  kemudian dia menekan minyak, ada urusan yang perlu diselesaikan di Kinarut sebelum Lana berangkat ke Kuala Lumpur.
Setibanya mereka di salah satu kawasan perkampungan,  Yudai turun dari kereta, mengisyaratkan kepada Lana agar tunggu sahaja di dalam kereta. Seorang lelaki muncul, membawa sebakul plastik hitam, Yudai membelek danmenyelongar isi  di dalam bakul plastik hitam itu, kemudian dia mengangguk-angguk. Sebentar kemudian, Yudai memberikan lelaki itu sekeping sampul, entah apa isinya, kemudian dia menepuk bahu lelaki itu dan kemudian bergegas masuk ke dalam kereta.
“Mesti ko mau tau kan, apa dalam tu plastik?”, Yudai yang sentiasa melihat ke hadapan sempat berbual dengan Lana.
“Nda lah, buat apa mau menyibuk”, Lana cuba menutup malunya, tetapi naluri ingin tahunya membuak-buak.
“Saya beli sagu bah tu, lama sudah sia nda makan tu barang, mau bikin ambuyat”, Yudai tersenyum.
“Ohh, okay”, Lana menjawab bersahaja, tetapi dia masih berfikir secara logik,” kenapa Yudai beli di tempat yang terpencil, lepastu pakai sampul, kenapa tidak beli di Pasar besar KK saja”, hati kecil Lana berbisik.

“Ada satu jam lagi departure time, ko mau makan di mana?”.
“Mana-mana saja lah”.
“Kita makan di airport saja lah”.
“Okay”, Lana rimas dilayan seperti Puteri, mungkin dia masih belum boleh bergaul selesa dengan Yudai.

***
Sejam berlalu, Lana seperti Pelanduk masuk kampung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.  Dia terpinga-pinga melihat kecantikan serta kesibukan pelancong dan orang tempatan yang berpusu-pusu keluar masuk.

“Jangan risau, sampai KL nanti ada urang ambil kau”, Yudai meyakinkannya.

“Lama ka ni?”, Perasaan ingin tahu Lana membuak-buak.

“Nda juga lama bah, dalam 2 jam 45 minit begitu, sampai lah ko”, Yudai tersenyum.

Pintu dibuka, Yudai menerangkan apa-apa yang perlu dilakukannya nanti, tiket, pasport , kad pengenalan dipegangnya erat.  Lana terpaku, dia menoleh ke belakang, Yudai sudah pergi, tidak ada baying-bayangnya lagi, kemudian dia sedar bahawa sekarang ada lah masanya untuk bertindak sendiri.

No comments:

Post a Comment