Kerana Bobohizan

Friday, 5 April 2013

Part 23



Part 23

“Lari Lana, lari!” hati kecil Lana menjerit. Lana mengumam sendiri, kemudian dia menguatkan diri, mengangkat wajah lalu memandang ibunya. Sungguh, sebak hatinya memandang wajah ibunya, terasa seperti dia ditimpa batu besar yang membuatkan dia sukar bernafas.  Bibi keluar dari celah keramaian tersebut dan cuba memimpin Lana tetapi tiba-tiba Lana berlari keluar dari bilik tersebut dan berlari sekuat hatinya cuba meninggalkan tempat kejadian tersebut. Bibi terkesima akan tindakan Lana, kemudian dia terpinga-pinga kerana ditinggalkan begitu saja, meskipun begitu ada senyuman kecil di bibirnya.
Malam-malam begini, Lana berfikir ke manakah arah tujuannya. Sungguh dia tidak sanggup lagi berhadapan dengan orang kampungnya. Sesampai sahaja dia di prsimpangan menuju ke rumahnya, dia berhenti, dia tahu semestinya mereka akan menurut jejaknya kelak. Lana berlari balik ke rumah,
mengemaskan pakaiannya dan turun ke bawah rumah, berlari ke pondok tinggalan mereka dahulu, pondok di mana Albert meluahkan rasa cinta, janji dan sumpahnya kepada Lana.  Lana meletakkan pakaiannya lalu turun semula dari pondok tersebut dan berjalan perlahan balik ke rumahnya. Sesampainya sahaja dia halaman rumah, Lana terkejut, kebanyakan orang kampungnya hadir dan sedang sibuk bercerita sesuatu. Lana bertindak menukar haluannya dan cuba masuk ke rumahnya dari pintu belakang.

“Hah! Ni nah dia!”, jiran sebelah rumahnya separuh menjerit, Lana terkejut. Ibu Lana bergegas dari ruang tamu kemudian menuju ke dapur rumahnya.  Lana berdiri tegak, Bibi masuk ke dapur diikuti orang-orang kampungnya yang berpusu-pusu masuk.
 “Masuk ko bilik, masuk sekarang”, ibu Lana mengarahkan. Lana bergegas masuk ke dalam bilik, kemudian dia duduk  di atas katil.  

“Sia inda mau cakap apa-apa lagi, bisuk juga ko sama si Kisai kawin, ko tau ka macam mana tabal muka Ina(ibu) mau jumpa urang-urang kampung?”, ibunya separuh menengking, “apa lagi ina(ibu) mau cakap sama diurang, diurang sendiri nampak apa kau buat”, dia menyambung lagi.

“Tapi, ina!(ibu)”, Lana mahu memberitahu hal yang sebenar di mana dia di kunci di dalam bilik tersebut.
“Teda alasan lagi! Ina(ibu) inda tau di mana mau taruh(simpan) muka ina(ibu) lagi”, Loini berpaling dan menghadap jendela.

“Si Albert..macam mana?”, hanya itu yang mampu diungkapkan Lana, dia sudah tidak tahu apa lagi alasannya untuk menolak perkahwinannya dengan Kisai kali ini.
“Ko kasi putus saja lah dia, lagipun suda lama dia nda hantar apa-apa kabar sama kau kan”, Loini membuat keputusan mendadak.
Terkesima Lana mendengar keputusan ibunya, berjujuran air mata Lana mengenangkan nasibnya, sudah terbukti di mata ibunya dia lah yang bersalah, menjatuhkan air muka ibu bapanya.
***

“Hey, Dude! Wait up!”, Albert memanggil rakan sekuliahnya di University of La Trobe Australia merangkap teman sebiliknya. Dia agak jauh ketinggalan, Peter antara pelajar yang paling awal menghantar kertas jawapan peperiksaan mereka.

“What’s wrong with you last night? U look awful this morning and  with frowning face(Kenapa dengan kamu malam semalam? Kamu nampak sangat teruk dengan muka yang muram pagi ini)”, Peter cuba membuka cerita.

“I..I really have no idea, it seems like there is something happened or will happen to my loved one(saya tak tahu kenapa, tapi saya rasa ada benda buruk yang telah berlaku atau bakal berlaku kepada kekasih saya) ”, Albert berterus terang.

“ Take my advice, call her and ask if she’s fine(dengar nasihat saya, hubungi dia dan awak boleh tanya keadaan dia bagaimana”, Peter memberi cadangan.

“Yeah, I will, sooner..or later”,  Albert memandang  jauh  sekumpulan merpati yang terbang berkumpulan menyusuri pesisir pantai kemudian tunduk.

“Let’s go get something to eat, there, that’s what I always wanted(mari kita cari sesuatu untuk makan, tengok di sana, itu la tempat yang saya suka)”,Peter menunjukkan sebuah kedai usang di pesisir pantai.

“I’ve rarely seen something like this, I don’t know in Aussie they still selling something this way, it remind me of my hometown(saya jarang sekali bertemu dengan keadaan seperti ini, saya tak tahu di Australia mereka masih megamalkan cara jualan seperti ini, sama seperti apa yang ada di kampung halaman saya)”, Albert agak teruja melihat kedai tersebut.
“Yeah, yeah, choose anything you want, I’ll deal you a treat today(Ya, ya pilih apa kamu mahu, hari ini saya belanja)”, Peter tersenyum lebar melihat kegembiraan Albert.

***

Tok! Tok! Tok! Pintu bilik terbuka,masuk ayah Lana. Lana duduk, kemudian mula mengalirkan air mata, dia menjangkakan ayahnya juga turut sama melenting dan memarahinya.

“Kau Okay kah?”, Ayah Lana duduk di tepi katil, cuba berbual dengan Lana.

“Mau cakap apa lagi, Ina, Apa, semua suda tau, urang-urang kampung semua nampak, apa lagi sia mau cakap”, merembes air mata Lana jatuh.

“Ada apa-apa kau mau cakap sama Apa(bapa)?”, ternyata ayah Lana lebih tenang walaupun nampak tegas.

“Apa, sia nda salah, sia kena kurung bah, sia nda tau lagi si Kisai ada dalam tu bilik, tau tau ada urang kunci dari luar”, Lana meluahkan segala-galanya.
“Bapa tau, sebenarnya, Ina(Ibu) kau, Mami si Kisai, sama yang lain-lain, diurang lah yang rancang begini, bapa suda cakap sama Ina kau tapi, dia tida mau dingar”, ayah Lana berterus-terang, Lana pula berdiri tegak dan terkejut, sungguh dia tidak menyangka mereka bersubahat atas kejadian yang menimpanya hari ini.

Ayah Lana bangun, mengeluarkan sesuatu dari bungkusan di tangannya, ”ambil ni, ambil lah, pigi jauh, cari si Albert, bapa kasi restu kamu dua, pigi ini malam juga!” ayah Lana menggengam erat tangan Lana, wang kertas di tangannya lantas diberikan kepada Lana.

“Bapa! Satu hari ni, sa mesti balik juga Pa!”, Lana menangis tidak tertahan-tahan lagi.
“Pigi sekarang, diurang semua sibuk tu, ikut jalan belakang, tiada urang di dapur sekarang!” ayahnya memerintahkan, Lana memandang wajah ayahnya, sungguh sukar untuk dia melepaskan tangan ayahnya, tetapi dia menguatkan hatinya.

Lana berlari sekuat-kuat hatinya cuba meninggalkan rumahnya secepat mungkin, tina-tiba telefon bimbitnya bordering. Lana mengambil telefon bimbit tersebut, tertera nombor yang tidak dikenalinya, kemudian dia meletakkan kembali ke dalam saku seluarnya, baginya segala-galanya tidak penting lagi, dia harus beredar dari kampung tersebut. Samapi sahaj di pondok hujung kampung, di mana dia meletakkan pakaiannya, dia tercungap-cungap, kemudian duduk cuba berfikir ke manakah destinasinya. Sekali lagi telefon bimbitnya berdering, Lana menyeluk saku seluarnya kemudian cuba mengenal pasti nombor yang tidak dikenal pasti itu, dia menguatkan semangat untuk bercakap.

“Hello” suara tersebut menusuk jantung Lana, suara yang selalu hadir dalam mimpinya, suara kebahagiaanya.

“Albert!” hanya itu yang mampu diucapkan Lana.

“Kau okeh ka? Kenapa macam lain nafas kau sia dengar?”, Albert hairan.

“Albert!” Lana memanggil nama Albert seperti orang gila.

“Balik sini! Ambil saya!”, raungan Lana mengejutkan Albert, tangisan Lana sudah tidak dapat dibendung lagi.

“Balik Albert! Balik!”, Lana sekali lagi berusaha memanggil nama Albert dan merayu kepulangannya, tetapi tangisan lebih menguasai suasana.

No comments:

Post a Comment