Kerana Bobohizan

Saturday, 26 January 2013

Part 22


Part 22

Suasana kampung di waktu pagi menenangkan hati Albert, hari ini hari perkhawinannya dengan Lana. Semalaman dia tidak dapat tidur tidak sabar menunggu hari bahagianya itu. Tepat pukul 12 tengah hari Albert dan rombongannya sampai di rumah Lana, diiringi oleh tradisi pukulan gong dengan iramanya yang tersendiri. Sudah ramai penduduk kampung yang datang, rakan-rakan sekolahnya juga turut hadir memeriahkan hari perkahwinannya.


Bibi keluar dari pintu rumah Lana, berlari turun tangga dan kemudian berbisik di telinga ibu Lana.
Riak wajah ibu Lana menunjukkan sesuatu  yang buruk terjadi, dia bangun dari kerusi dan kemudiannya  berlari naik ke rumah. Albert terpinga-pinga, dia bingung.

“Albert!” Bibi memanggil dari atas. “Naik pigi sini, capat!”

Dengan perasaan yang berdebar-debar, Albert mempercepatkan langkahnya. Dia berdoa agar tidak ada apa-apa perkara yang buruk berlaku di hari perkahwinannya. Sampai sahaja Albert di atas rumah, ibu Lana sedang menangis teresak-esak, penduduk kampung yang lain pula menunjukkan wajah yang muram.

“Kanapa ni? Kanapa? Si Lana mana?!” Albert terus-terusan bertanya.

“Si Lana”, Bibi pula mula menangis teresak-esak. “Dia tiada sudah”. Hanya itu yang mampu dilafazkan dari bibir Bibi, kemudian dia terduduk.

“Mana diaaaaa! Mana!”, Albert menjerit seperti orang gila, dia mahu berjumpa dengan Lana. Ayah Lana keluar dari dalam bilik pengantin, dan memimpin Albert masuk ke dalam bilik.

“Lana!” Albert duduk di tepi katil. “Kenapa kau kasi tinggal saya!”.
Albert menangis teresak-esak seperti anak kecil. Terasa seperti seluruh dunia menimpanya,sungguh berat dan menyukarkannya untuk bernafas.

“Albert! Albert! Hey, man are you okay?”, Peter kawan serumah Albert di Australia mengejutkannya.

“Oh!” Albert terjaga lalu duduk. “Bad dream, nightmares”, Albert mengelap peluh di wajahnya.

“And what its all about?”, Peter cuba bertanya.

“Well, I guess I miss my fiancĂ©e so much, man, I left her alone , and I…”, Albert mengeleng-gelengkan kepalanya.

“It’s okay dude, it’s normal, why don’t you call her?”, Peter memberi cadangan.

“Nah, it’s okay, she should be sleeping right now, and I don’t think it’s a good idea to call her”, Albert teringat akan perbezaan waktu Sabah dan Australia. Waktu  subuh di Australia sekarang menunjukkan tengah malam di  Sabah, dan Lana mungkin sedang tidur.

“Okay then, sleep well, we have another test in the morning”, Peter mengingatkan Albert akan ujian yang akan diadakan di pagi hari nanti.

“Thanks man”, Albert kemudiannya cuba untuk melelapkan mata, tetapi teringat akan mimpi buruknya tadi, terasa seperti ada perkara yang buruk terjadi kepada kekasihnya itu. Albert merenung jari-jemarinya, kemudian dikucupnya cincin pertunangan mereka.

***

“Albert”,  berulang kali Lana memanggil  nama Albert perlahan. Dia tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukannya, sudah lah dia berdua-duaan, kalau lah dia dijumpai oleh orang kampung sudah tentu dia dan Kisai akan dikenakan denda mengikut adat kampung.




Sudah beberapa jam Lana terkurung bersama Kisai di dalam bilik, telefon bimbitnya disimpan oleh Bibi, dia tidak tahu macam mana lagi untuk meminta bantuan sesiapa.  Tiba-tiba Kisai bangun, Lana tergamam, dia tidak tahu apa yang hendak dilakukan.

“Eii? Hai, kau datang kasi kawan sia ka ni?”, Kisai ketawa sambil terhuyung-hayang cuba mendapatkan Lana.

“Siapa bilang? Ko tau ka sia tekunci di dalam sini!”, Lana bangun cuba lari daripada Kisai. Dia tahu Kisai masih dalma keadaan mabuk dan dia mungkin akan cuba melakukan perkara yang tidak senonoh kepadanya.

“Jangan la bah lari, bukan ada urang juga nampak”, Kisai kemudiannya tersenyum-senyum.

“Sini bah, main gapus-gapus(peluk-peluk) dulu”, Kisai melambai memanggil Lana dari sudut bilik.

“Hish, sudah lah ko Kisai, sa mau keluar dari sini, mesti ko tau kan di mana kunci?”, Lana mencebik.

“Mana sia tau sia jait karung”, Kisai ketawa mengekeh, puas hatinya dapat mempermain-mainkan Lana.

Lana bangun dan cuba memulas tombol pintu kemudiannya menarik sekuat hatinya. Dia gagal tetapi mencuba lagi.

“Ko mau keluar? Jagan dulu bah”, Kisai bercakap di belakang telinga Lana. Lana tekejut apabila Kisai secara tiba-tiba memeluknya dari belakang.

“Kisai! Kisai! Apa bah ko buat ni!”, Lana separuh menjerit, dia cuba melepaskan dirinya.

“Jangan la bah marah, lama sudah samau sama ko ni, tapi ko yang jual mahal”, Kisai  mengeratkan lagi pelukannya.

“Sai! Ko sudah tau bah kan saya ni tunang urang, kenapa bah ko buat begini sama  sa sama si Albert ni!”, Lana cuba mengingatkan Kisai.

“Apa sia paduli”, Kisai cuba mengucup Lana.

Pintu bilik yang tadinya terkunci tiba-tiba terbuka,  Lana tergamam apabila ibunya, keluarga Kisai dan Ketua Kampung berdiri di luar pintu bilik. Kisai melepaskan pelukannya, dia tertunduk malu-malu.
Lana buntu, wajahnya merah padam, habislah dia kali ini, sungguh orang-orang kampung di hadapannya menjadi saksi perbuatan Kisai, Lana menangis teresak-esak.