Kerana Bobohizan

Thursday, 20 December 2012

Part 21



Part 21

“Kakak dingar kamurang mau balik kampung?”,Helen bertanya sambil mengemaskan salun.
“Kenapa? Rindu suda ka mau makan bosou buatan mama”.

“Kakak ni macam tau-tau saja, begini la bah kami ni,baru cuba-cuba tempat baru, rindu pula sama kampung”, Lana menjawab, dia lebih selesa dengan Helen sekarang. Perkara yang berlaku tempoh hari dirahsiakannya.

“Bah, nda pa lah, kakak faham juga tu, lagipun, ada juga si Jamil tu sini kasi kawan kakak, tulung-tulung tinguk urang”, Helen memberi kelulusan kepada mereka.

“Betul kak?! Eih, saya sangka kakak nda kasi benar,risau suda saya tadi”, Lana agak gembira mendengar kata-kata daripada Helen.

“Iya bah, pigi lah kasitau si Bibi, mesti dia happy juga tu”, Helen mencadangkan, kemudian dia masuk ke dalam. Lana bekerja dengan amat gembira pada hari itu, niat Bibi untuk balik kampung tidak sia-sia,dia juga turut sama dapat balik ke kampung halaman.

***

“Ko tau kan, si Kakak Helen kasi benar kita cuti!”, Lana memegang bahu Bibi sambil tersenyum lebar.

“Iya? Betul bah!”, Bibi terkejut apabila disergah Lana. “Jadi, bila?”

“Dia cakap bila-bila masa  saja kita buli cuti, lagipun memang kedai jarang sibuk kan”, Lana menyambung.

“Wah, baguslah!”, Bibi menunjukkan wajah gembira sambil mengenggam tangannya. “Macam mana kalau hari Jumaat ni lah kita balik, alang-alang juga kan”

“Ok, nanti saya kasitau si Kakak Helen”, Lana tersenyum. “Marilah kita kemas barang-barang, sekijap lagi jam 5 ni”

“Ok’, Bibi mejawab spontan lalu meneruskan kerjanya.

***
“Macam mana kamurang balik kampung nanti? Ada urang hantar ka?”, Yudai bertanyakan Lana.

“Kami ikut teksi saja ni”, Lana menjawab.

“Bah, kalau kamurang mau, saya buli hantar bah”, Yudai memberikan cadangan.
“Nda pa lah, lagipun kami mau kasi biasakan diri, kalau selalu minta tulung urang nda bagus juga kan”, Lana kemudian mengelak.

“Bah”, Yudai melipatkan lengan bajunya. “Kalu begitu, bagus lah, kamurang kirim salam saja sama si Kisai ah”.

“Err..”, Lana terkedu seketika. “Okey”

Peristiwa lalu jelas tergambar dalam fikiran Lana, sememangnya dia ingin melupakan peristiwa itu, tetapi dia kemudian sedar, Yudai tidak tahu apa-apa tentang kisah dia dan Kisai.

“Bah, jadi?”, Bibi muncul dari dalam kedai. “Tinggal angkat barang lagi kan kita ni”.

“Iya”, Lana mengangguk. “ Ni si Yudai mau tulung kita angkat barang, sama cari teksi”.

“Wah, baguslah!”, Bibi tersenyum riang, dia tidak perlu bersusah payah untuk naik dan turun tangga semata-mata kerana tidak mampu membawa sebahagian barangan untuk dibawanya balik ke kampung nanti.

***

‘’RIndunya saya pemandangan malam-malam di kampung ni",  Bibi meluahkan perasaan rindunya kepada Lana.

“Kau pikir kau saja ka rindu, saya pun rindu, banyak yang saya rindu sini”, Kemudian Lana tersenyum, wajah Albert jelas terbayang di wajahnya, senyuman Albert, lambaiannya, dan malam mereka berdua di pondok hujung kampung.

“Yeay, saya sampai sudah”, Bibi menjerit kecil.” Saya turun dekat simpang sana ah pak cik”

Sememangnya rumah Lana terletak agak ke belakang sedikit berbanding rumah Bibi, walaupun mengambil masa kira-kira sepuluh minit unutk sampai ke rumahnya, Bibi rajin bertandang semata-mata untuk bercerita dengannya.

“Bah, palan-palan”, Lana melambai Bibi. Bibi melambai dengan wajah yang riang tersenyum menampakkan giginya yang putih bersinar.

“Kamu pula di mana turun nak?’’, Pemandu teksi itu kemudiannya bertanya Lana apabila sudah agak jauh dari rumah Bibi.

“Depan sikit lagi pak cik, ada simpang tu, masuk dalam sikit, rumah saya ni jauh sikit”, Lana menerangkan.

“Simapang sebelah kiri tu kah? Ada bus stop tu?”, Pemandu teksi itu bertanya lagi mahukan kepastian.
“Iya” Lana menjawab sepatah. Teksi itu bergerak perlahan melalui jalan yang tidak beraspal dan berlubang, agak sabar dia memandu, sememangnya wajah pemandu teksi tersebut menunjukkan dia sudah berpengalaman menghantar penumpangnya walau dalam keadaan macam mana sekalipun.

“Tu nah rumah saya pak cik”, Lana menunjukkan dengan ibujarinya.

“ooh, inda juga jauh bah”, pemandu teksi itu kemudiannya membelok dan memakir betul-betul di hadapan rumah Lana.

“Ina!Ina!”, Lana memanggil ibunya. Kemudian dia bergegas mengambil barangnya di belakang teksi lalu meletakkan di tepi tangga.

“Terima kasih ah pak cik”, Lana membayar tambang teksi. Pemandu teksi tersebut mengangkat tangan lalu membuat pusingan kecil dan bergerak perlahan meninggalkan halaman rumah Lana.

“uuuii, anak sia balik”, Loini bergegas memeluk anaknya. Lana membalas pelukan ibunya untuk melepaskan kerinduan.

“Mari..mari kita naik”, Loini mengangkat barangan Lana setakat yang dia mampu. Lana hanya tersenyum sambil menggeleng-geleng kepalanya melihat telatah ibunya itu. Barang-barang Lana hanya diletakkan di ruang tamu, Loini terlebih dahulu mengajaknya makan di ruang makan.

“Mari, kita makan dulu”, Loini mengambil nasi dan lauk unutuk Lana, dilayannnya seperti puteri.

“Ish, Ina ni, baru berapa minggu urang inda balik pun mau begini sudah bah, bapa mana?”, Lana hairan akan ketiadaan ayahnya.

“Dia pigi rumah si Kisai, bisuk during ada buat kenduri kesyukuran untuk si Kisai punya anak buah baru”, Loini menjelaskan.

“Jadi, bapa apa buat di sana?’’, Lana bertanya lagi.

“Ish kau ni, tulung-tulung laba apa yang patut, pasang kem ka, putung-putung itu ini ka, kau ni pun satu”, Loini mencebik sedikit.

“Mimang lah satu, kalau dua lagi lah pening kan Ina”, Lana ketawa mengekeh.

“Ahh, sudah, makan”, Loini kemudian menambah lauknya.


***

“Lana! Lana!”, kedengaran suara Bibi memanggil dari jauh. Lana yang duduk di tangga dapur rumahnya tersedar lalau bergegas ke halaman rumah.
“Apaitu?”, Lana hairan. “Awal juga kau cari sia ni, pagi-pagi lagi” Bibi keudiannya naik ke beranda rumah Lana lalu duduk melepaskan lelahnya.

“Sebenarnya kan…”, Bibi cuba bercakap.

“Apa?’’, perasaan ingin tahu Lana membuak-buak kerana Bibi kelihatan sedang menyembunyikan sensuatu.

“Teda..”, Bibi ketawa.

“Heii, kau ni bikin suspen saja sia”, Lana mengurut-urut dadanya.

“Inda bah, nanti patang ada kena buat kenduri kan di rumah si Kisai”, Bibi berterus-terang.

“Kenapa, kau mau suruh sia pigi?’’, Lana merenung Bibi.

“Inda laba, tapikan, mummy sia suru sia pigi, lagipun, nanti sia teda kawan cerita sana, nah kalau ko teda kawan kau ikut laba saya”, Bbi meneruskan dengan panjang lebarnya.

“Eiii, saya malu bah”, Lana meluahkan.

“Tida iie bah tu, dorang pun paham juga itu”, Bibi meyakinkan Lana.

“Bah, tingu lah, ada beberapa jam lagi ni, kalau saya terbuka hati, saya pigi lah”, Lana cuba mengelak.

“Pigi ah? Bah, sia balik dulu maini, mau tulung mummy sia di kabun”, Bibi kemudian turun tangga, memakai seliparnya lalu berjalan balik ke rumahnya. Lana hanya merenung dari jauh, otaknya ligat berfikir sama ada mahu menemani Bibi atau tidak.


***

“Takkan kau mau tingal saturang di rumah, Ina sama bapa jalan ni”, Loini bertanyakan Lana untuk kepastian.

“Bah, yalah, sia tunggu si Bibi saja ni, Ina jalan lah dulu pigi sana”, Lana kemudiannya mengalah.

“Lana!Uuu Lana!”, kedengaran suara Bibi menanggil Lana.

“Nah, ada suda kawan ko tu”, Loini kemudiannya menyikat rambutnya bersiap-sedia untuk ke rumah Kisai.

“Iya lah, iya lah”, Lana kemudiannya keluar unutuk bertemu Bibi.

“Ibi, sakai noh, amu poh mimpodu zou ti(naik dulu, saya belum mandi ni)”, Lana memanggil Bibi naik ke rumahnya. Bibi naik lalu duduk di beranda rumahnya.

“Laju sikit bah, nanti kegelapan kita”, Bibi menggesa Lana.

“Iya bah, tunggu saja”, Lana kemudiannya masuk ke dalam rumah lalu bersiap.

“JAngan kamurang lambat-lambat ah, nanti tiada suda apa-apa mau dibuat”, Loini turun tangga sambil  membawa lampu suluh.

“Ok, inai(mak cik)”, Bibi tersenyum.

***

“Di mana kita duduk ni, punya ramai urang”, Lana memegang lengan Bibi.

“Sana kita di dalam ikut mummy sia”, Bibi memberi cadangan. Ramai mata-mata yang memerhatikan mereka, perasaan Lana semakin kurang enak.

“Sini kamurang”, ibu Bibi memanggil mereka. “Sudah kamurang makan ka? Pigi dulu makan”
Lana dan Bibi mengangguk serentak.

“Bah,mari la kita makan, nanti lambat-lambat rugi”, Bibi mengajak Lana.

Selesai makan, majlis juga selesai, tetapi masih ramai yang duduk, sudah menjadi kebiasaan kampung mereka yang tua dan muda akan duduk menikmati minuman tradisi yang kadang-kadang membawa sehingga ke pagi.

“Bila la kita mau balik ni Ibi”, Lana mengadu, dia sudah tidak selesa walaupun tidak ada yang menegurnya.

“Sabar saja bah, sekijap lagi bah mummy sia tu, ko tau lah dorang tu banyak cerita”, Bibi kemudian memerhatikan sekelilingnya. Tiba-tiba kelihatan ibu kisai dari jauh menuju ke arah mereka, Lana gusar, dia tidak tahu apa mahu dibualkan nanti.

“Lana, Ibi, buli tulung ka”, dia memulakan perbualan, Lana agak lega sedikit kerana ibu Kisai tidak menyentuh apa-apa tentang peristiwa lalu. “Inda cukup urang mau cuci piring bah, ibi kau pigi dapur lah duluan, Lana kau tulung ambil itu piring mau simpan di sini meja, macam ramai lagi mau datang ni”, dia menambahkan lagi.

“Okey, kalau begitu, saya pigi belakang dulu lah”, Bibi menjawab spontan, mungkin dia agak bosan kerana tidak ada kerja yang perlu dilakukannya.


“Di atas auntie?”, Lana bertanyakan semula, inginkan kepastian.

“Iya, ko naik saja, ada pintu bilik warna biru, masuk saja,tulung angkat semua tu ah” Ibu Kisai kemudian menepuk bahu Lana lalu duudk semula dalam kumpulannya bersama-sama Loini dan wanita-wanita kampung yang lain.

Lana naik ke atas kemudian meninjau-ninjau, dia belum pernah lagi naik ke rumah Kisai, jadi dia tidak tahu di bahagian mana sebenarnya bilik terletaknya pinggan yang akan digunakan kelak.
Dia membelok ke kanan,pintu berwarna biru jelas kelihatan, ada kanak-kanak yang menghalang perjalanannya, ruang atas dipenuhi keluarga suami kakak kepada Kisai. Lana agak malu-malu sedikit kerana dia tidak mengenali kebanyakan daripada mereka.

Lana mengetuk pintu, tidak ada sesiapa yang menjawab, setelah beberapa lama berdiri, Lana memberanikan diri memulas tombol pintu lalu menjenguk ke dalam, tidak ada sesiapa. Lana kemudiannya masuk dan mencari-cari di maknakah terletaknya pinggan yang dimaksudkan ibu Kisai.
 

“ooh, sana bah”, Lana menggumam sendiri apabila terlihat pinggan yang dimaksudkan terletak di penjuru bilik bersebelahan dengan katil. DIa berjalan unutk mengambi pinggan tersebut.

“Kisai!”, Lana terkejut, dia menjerit kecil. Kisai tidur di atas lantai berdekatan dengan penjuru katil.

“Pang!”, bunyi pintu bilik ditutup.

“Ish, ni nda buli jadi ni”, Lana berjalan kembali cuba keluar, dia memulas tombol pintu, tidak dapat. Pintu bilik sudah dikunci dari luar. Lana mengetuk pintu dari dalam cuba memanggil sesiapa yang ada di luar tetapi kebingitan suara tetamu menenggelamkan suaranya.