Kerana Bobohizan

Friday, 30 November 2012

Part 20


Part 20

Telefon bimbit Lana berdering, sepantas kilat Lana mencapai lalu menyambut panggilan itu.
Debaran dan kerisauan silih berganti di benaknya.

“Hello, ya Rudy,jadi macam mana? Dapat ka ko kol si Yudai?”, Lana terus-menerus bertanya.

“Sabar Lana, sabar, si Bibi ada di rumah si Yudai, dia suru kita datang sana, mau cakap pasal semalam”, Rudy menerangkan.

“Cakap pasal apa? Si Bibi macam mana? Ok kah dia? Kenapa dia nda pulang?”, Lana sudah tidak sabar lagi.

“Ko tenang saja, dia ok, setengah jam dari sekarang saya ambil ko,ko siap-siap lah”, Rudy kemudiannya meletakkan  telefon. Dia tahu jika dia masih bercakap dengan Lana sudah tentu banyak persoalan akan diajukan kepadanya. Dia tidak tahu apakah jawapan yang hendak diberi jika Lana bertanyakan soalan lagi. Secepat kilat Lana bersiap,dirasakannnya sungguh lama masa setengah jam itu,terbayang-bayang di fikirannya perkara buruk. Tidak! Dia kemudian berdoa semoga kawannya itu dalam keadaan yang baik.

***

“Kenapa ko nda  cakap sama  sa tadi, apa yang jadi sama si Bibi?”, Lana terus bertanyakan Rudy.

“Ko tau juga kan”, Rudy menjawab. “Semalam saya bukan ada sama-sama dorang, sa pun nda tau bah, yang penting kita  cepat sampai rumah si Yudai”.

“Laju la bah sikit ko drive”, Lana menggetap bibirnya. Rudy hanya mampu berdiam diri dan menarik nafas, dia faham akan keadaan Lana.

“Jauh ka  rumah si Yudai ni?”,  mata Lana melilau sekeliling mencari sesuatu yang tidak pernah dia tahu.

“Sekejap ja bah, dalam 15 minit kita  sampai, dia tinggal sana University Apartment”.

“Di mana tu?”

“Sana di area Menggatal”, Rudy memandu keretanya berhati-hati.  Jalan raya menuju ke University Apartment agak sesak kerana jalan tersebut menuju ke bandar perindustrian di mana terletaknya jentera-jentera berat dan bermacam-macam lagi.

“Tu na  rumah si Yudai”, Rudy memakir keretanya di luar rumah. Lana keluar dari kereta Rudy tanpa berkata apa-apa lalu menerjah masuk rumah Yudai. Lana berdiri terpaku, tangan Yudai berbalut,ada tompokan darah bersama-sama kain balutan itu.

“Kenapa ni?!”, Lana menjerit. “Mana si Bibi?” Yudai bangun dari sofa dan menunjuk ke arah pintu bilik. Perlahan-lahan Lana menuju ke pintu tersebut, memulas tombol lalu menjenguk ke  dalam.

“Ibi!”, Lana memeluk Bibi. “Apa jadi ni?Kenapa begini? Kenapa tangan si Yudai bebalut, kenapa kepala ko bebalut?!”

“Lana!”, tangisan demi tangisan membuatkan Bibi tidak dapat menjawab soalan-soalan Lana.

“Lana, sini dulu ko, keluar dulu”, Rudy mengajak Lana keluar di ruang tamu. “Kasi biar dulu si Bibi berehat sekijap”.

Lana keluar dan menunjukkan muka yang muram, dipandangnya Yudai, dia ingin kan penjelasan, dia  duduk dan kemudian berdiri dan menghadap Yudai.

“Apa  sudah ko buat sama si Bibi?” Lana menjengilkan matanya. “Ko cakap sekarang?!”

“Sabar bah Lana,”, Rudy menyampuk. “Biar si Yudai kasi terang sama ko pelan-pelan”.

“Ko buli duduk ka?”, Yudai kemudiannya bersuara buat pertama kali sejak Lana sampai.
“Pening kepala sa tingu ko jalan sana jalan sini cakap itu ini”. Lana duudk berhadapan dengan Yudai.

“Ko tau ka semalam, si Bibi sikit lagi kena bawa pulang lelaki lain, mabuk teruk lagi tu lelaki”, Yudai mula menjelaskan, Lana terkejut dan merenung Yudai. “Nasib saya  nampak, tu lelaki mau pecut sudah bawa lari si Bibi, saya tahan kereta  dia, dia mau langgar lagi saya” Yudai menarik nafasnya dalam-dalam.

“Jadi, macam mana ko boleh luka? Macam mana kepala si Bibi ada luka?”, Lana kemudiannya hairan.

“Masa tu saya nda tau mau buat apa lagi, saya cabut tiang kayu di siring jalan, lepastu sa kasi pecah la cermin depan kereta dia”, Rudy berdehem menganggu perbualan mereka, Yudai kemudian tunduk. “Serpihan cermin tu kena sama saya, kena  sama si Bibi juga, nasib masa tu muka dia kena tutup baju dia, sebab tu kena kepala  dia  saja”. Yudai bangun dan meuju ke  jendela.

“Jadi, tu lelaki macam mana?”, Lana bersuara, rasa bersalah sudah menyelubunginya.

“Kami kasi biar saja, kalau mau lapor  polis, banyak lagi cerita, sudahlah kes mabuk, memang siapa-siapa pun akan kena, nda pa lah, yang penting si Bibi selamat”, Yudai berpaling dan duduk semula lalu menghirup minumannya.

“Udai”, Lana tunduk . “ Siou kio, sia sangka kamu buat yang bukan-bukan sama si Bibi”.

“Nda pa bah, sa paham juga tu, si Bibi sebagai kawan ko, mesti ko risau, bah pigi lah ko cerita-cerita sama dia, ada makanan tu di dapur, si Bibi belum makan lagi tu, mungkin dia lapar, ko sudah makan ka?” Yudai mencadangkan. Lana mengeleng kepala tanda belum makan, dia kemudiannya  berpaling mencari dapur lalu bergerak.

***

“Nasib poh ada dorang si Yudai semalam”, Lana memulakan ceritanya sambil menyuap Bibi.
Rembesan air mata masih berbekas di wajahnya. Bibi hanya makan sedikit sahaja.

“Sa nda sedar bah tu semalam, sa ikut saja”, Bibi kemudiannya menangis lagi.

“Nda pa lah, nda pa”. Lana menepuk perlahan bahu Bibi sambil memeluknya. “Lepas ni kita balik, ok?”.  Bibi mengangguk dan mengelap air matanya.

“Sepa hantar kami balik?”, Lana keluar dan bertanyakan mereka yang berada di ruang tamu.

“Saya lah” Rudy menjawab. “Macam mana lah si Yudai mau driving tu, tingu saja tangan dia tu, macam giuk suda”, Rudy kemudiannya ketawa mengekeh.

“Giuk-giuk juga, kalau sia tumbuk sakit juga ni”, Yudai menjawab sambil mengepal-ngepalkan buku limanya.

“Nda bah bos, main-main saja bah”, Rudi kemudiannya mengangkat tangannya, tanda menyerah kalah.

“Emm.. tau takut”, Yudai ketawa.

***

“Kotohuadan kio(terima kasih ah)”, Lana mengucapkan kepada  Rudy.

“Orait nopo”, Rudy kemudiannya mengangkat tangannya. “Pelan-pelan kamu naik”

“Ok, ko pun pelan-pelan drive, nyawa bukan ada jual di kadai-kadai”, Lana ketawa kemudian memapah Bibi untuk naik ke  bilik sewa mereka. Rudy memandu meluncur kemudian menghilang dari pandangan mereka.

Beberapa orang yang berselisih dengan mereka kemudian memandang dan berbisik-bisik sesama sendiri, mungkin balutan berdarah di kepala Bibi menarik perhatian mereka. Terasa tebal juga muka bila dipandang seperti itu, Lana kemudiannya cuba berlagak seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
Bibi naik ke atas bilik sewa mereka  dengan bersusah payah, sesampainya sahaja dia ke bilik dia terus termengah-mengah lalu baring untuk berehat.

“Bah, ko limpang lah dulu, sa mo p cuci kain ni”, Lana kemudiannya memberi peluang Bibi berehat.

“Lana, sa rasa sa mau balik kampung lah”, Bibi tiba-tiba bersuara dan kenyataan itu mengejutkan Lana.

“Ko satu urang? Jadi saya macam mana?’’

“Yalah saya satu urang saja lah, sa mau p tinguk mummy saya bah’’

“Bila ko mau balik?’’

“Mungkin minggu depan lah, saya minta cuti dulu, kalau ko mau ikut cakap awal-awal lah sama Kakak Helen’’

“Bah, tingu dulu lah macam mana” Lana kemudiannya menyusun pakaiannya yang sudah dicuci dan  menlonggokkan pakaian yang belum dicuci di satu tempat. Mungkin Bibi ingin berehat kerana kejadian semalam, Lana hanya mentafsir dan meneka, dia masih belum pasti sama  ada dia mahu mengikut Bibi balik ke kampung atau tidak.

No comments:

Post a Comment