Kerana Bobohizan

Thursday, 15 November 2012

Part 19


Part 19

“Nama sa Rudy, sepa suda tu nama ko?”, Rudy memperkenalkan dirinya.

“Lana”, agak malu-malu Lana menjawab.

“Ko dari mana?”, Rudy cuba membawa Lana bercerita untuk mengelakkan kebosanan.

“Saya dari kampung Vasai, sana di Papar”, Lana menerangkan.

“Papar? Oh urang Tambunan?”, Rudy meng angguk-angguk.

“Bukan lah, itu Papar lain, saya dari Papar betul-betul bah, daerah Papar”, Rudy tersenyum apabila Lana memperbetulkannya.

“Oh, Papar yang itu, saya pernah pigi sana dulu, sama-sama sepupu saya hantar tunang, saya dingar-dingar sumandak Papar mahal oh”, Rudy cuba mengimbas kembali peristiwa beberapa tahun dahulu.

“Ish, inda lah, saya pun nda tau, urusan orang tua-tua bah tu, dorang yang tentukan”,  Lana mengangkat bahunya, dia menoleh ke luar untuk menikmati pemandangan malam di Kota Kinabalu.


“Jadi, macam mana? Okeh ka sini? Siok juga? Selesa?”, Rudy bertanya lagi, dia cuba curi-curi memandang muka Lana.

“Boleh lah, saya nda suka bah ni sesak betul, ramai orang, udara nda  sihat”, Lana meletup-letupkan jarinya perlahan, dalam hatinya dia muak kerana Rudy bertanyakan begitu banyak soalan.

“Berapa lama suda kamu kenal si Yudai tu? Saudara ka ?”, Rudy menoleh memandang tepat ke wajah Lana.

“Emm, saya nda berapa kenal dia tu, kawan saya punya uncle, tapi dia jarang bah balik Kampung”, Rudy kemudiannya mengangguk-angguk.

“Bah, kalau kamu kerja sini bagus-baguslah, jangan selalu ikut lelaki keluar malam”, Rudy menasihati Lana.

“Saya bukannya suka pun keluar malam”, Lana cuba membantah.

“Yalah, sini ni bandar, mungkin ko belum tau macam mana cara kehidupan di sini kan, tapi nda pa lah, kalau ko perlukan pertolongan saya, ko kol saja saya”, Rudy kemudiannya mengambil kad nama dari kotak kecil di sebelahnya lalu memberikan kepada Lana. Lana menyambut dan membacanya dalam kesamaran malam.

“Ok, sampai, saya kasi kawan ko sampai atas lah, sini ni banyak orang jahat”, Rudy mencadangkan.

“Ok, ngam juga”, Lana bersetuju. Rudy hanya mengekorinya dari belakang.  Lega hati Lana apabila ada orang yang menemaninya.

***

“Aik, lama nda datang”, salah seorang  penjaga pub itu menepuk bahu Yudai.

“Biasa la bah, bisnes makin maju, takkan mau kasi tinggal”, Yudai menjawab dan tersengih-sengih.
Bibi menuruti dari belakang, dilihatnya ada beberapa orang gadis masuk dan ketawa terbahak-bahak melihatnya.

“Mandak, cop dulu”, Bibi terkejut apabila disapa penjaga tempat tersebut.

“Cop? Cop apa?”, Bibi hairan.

“Tangan la”, jawab penjaga tersebut sambil tersenyum. Bibi menghulurkan tangannya,  dia tidak tahu yang perlunya berbuat demikian sekiranya mausk ke tempat seperti itu. Yudai kemudiannya merangkul bahu Bibi, dia membuka pintu seolah-olah mengiringi kedatangan Bibi.

“Minum apa kita? Chivas? Tequila?”, Yudai bertanyakan kawan-kawannya.

“Mana-mana ja bah, yang penting ni sumandak tahan la, ko mandak apa ko minum”, salah seorang kawan Yudai menoleh ke arah Bibi setelah memerhatikan sekelilingnya.

“Cola saja lah”, Bibi menjawab dengan malu-malu.

“Bah, bagus ko duduk di kedai makan kalau ko mau minum cola, mahal lagi cola di sini oh”, Yudai ketawa mengekeh.

“Apa-apa saja lah”, Bibi kemudiannya menjawab, dia takut ditertawakan lagi. Yudai memanggil pelayan dan membisikkan sesuatu dalam  suasana hiruk-piruk tempat tersebut. Bibi agak tidak selesa kerana terhidu asap rokok yang berkepul-kepul, rata-rata mereka yang berada di tempat tersebut menjepit rokok di jari mereka.

“Ko pandai minum kah ni mandak?”, salah seorang daripada mereka menyapa Bibi.

“Pandai, minum air la bah”, Bibi menjawab.

“Minum arak bah”, Yudai menyampuk.

“Nda pandai”, Bibi pantas menjawab, dalam hatinya dia menyesal kerana mengikut Yudai dan kawan-kawannya datang ke tempat seperti ini.

“Bah, niari kami ajar ko lah”, mereka kemudiannya ketawa terbahak-bahak sambil menepuk meja.
Bibi hanya mencebik sedikit, dia kemudiannya memerhatikan penyanyi kugiran di atas pentas menyanyikan lagu, kelihatan beberapa orang penari di bawah pentas melayan lagu yang disampaikan.

“Bah, minum”, Yudai mengejutkan Lana dari lamunannya. Pelayan tadi sudah selesai mengisi gelas mereka, Yudai pula sudah mengangkat gelas dan menunggu tindak balas kawan-kawannya.

“Ibi?”, Yudai kemudiannya menolak sebiji gelas yang telah dipenuhi arak.

“Inda lah, saya nda pandai minum ni”, Bibi mengelak.

“Bukan selalu bah mandak, bisuk kan cuti juga, mana ada kerja”, Yudai memujuk lagi. Bibi berfikir sejenak, memnag betul esok mereka akan bercuti, dia termakan pujuk rayu Yudai. Bibi kemudiannya mengambil gelas tersebut dan mengangkat, minum sedikit dan kemudian berhenti.  Terasa panas di tekaknya, dia tidak tahu apakah jenis minuman yang dipesan tadi. Beberapa kali diajak meneguk minuman memabukkan itu, pandangan Bibi mula berpinar-pinar.

“Mari kita menari”, salah seorang daripada mereka mengajak Bibi, untuk mengelakkan diajak minum lagi Bibi menurut sahaja. Lagu rancak yang dimainkan membuatkan Bibi khayal, dia hanya menari mengikut rentak lagu. Penat menari, Bibi duduk di tepi tangga pentas. Pemain kugiran telah berhenti dan hanya lagu-lagu rakaman diputarkan.

Tiba-tiba seorang lelaki merangkul Bibi dan mengajaknya menari, Bibi hanya menurut, dia tidak kenal siapa lelaki tersebut.

“Hai, siapa nama?”, Lelaki tersebut bertanya.

“Bibi”, Bibi menjawab dengan lesu, dia mual dan pening dengan keadaan tersebut.

“Ko mabuk sudah ka ni, mari saya hantar kau, ko kaistau saja dia mana rumah ko”,  Lelaki tersebut mempelawa Bibi. Tidak tahan dengan keadaan tersebut Bibi hanya mengangguk. Mereka keluar daripada tempat tersebut, Bibi berjalan terhuyung-hayang sambil dipapah oleh lelaki yang tidak dikenalinya yang kemudian membukakan pintu kereta agar Bibi dapat masuk.

“Hoi! Si*al!”, Yudai memekik sambil menunjuk ke arah mereka. Bibi yang telena di atas kerusi tidak mendengar apa-apa. Lelaki yang memapah Bibi itu kemudiannya bergegas masuk ke kedudukan kerusi pemandu dan menghidupkan enjin.

***
Lana bangun kira-kira pukul 7 pagi, Bibi masih belum pulang. Dia bingung, nombor telefon Bibi diidailnya berulang kali tetapi tidak ada yang menyambut. Nombor telefon Yudai juga tidak ada di tangannya. Lana kemudiannya membongkar segala isi beg tangannya, kad nama Rudy dipegangnya.
Dia mendail nombor Rudy yang tertera di atas kad nama tersebut.

“Hello, Rudy kah ni,saya bah ni Lana, ko buli tulung ka, si Bibi belum balik lagi dari semalam, saya sudah kol tapi teda yang sambut”,  Lana menerangkan semuanya.

“ko ada cuba kol si Yudai?”, Rudy cuba memberi cadangan.

“Saya tiada numbur  dia ni, kalau ko ada, ko buli tulung tanya  dia ka?”, Lana mencadangkan semula.

“Ok, nanti saya kol ko balik, 5 minit ah”, Rudy kemudian meletakkan telefon. Lana sungguh risau kerana Bibi tidak menjawab panggilannya. Lima minit waktu yang ditunggunya terasa sangat lambat, dia bangun dan kemudian memegang telefon bimbitnya, berjalan mundar-mandir dan kemudian duduk semula.

4 comments:

  1. idup di kota penuh pancaroba..
    -bZ**-

    ReplyDelete
  2. nda jugaa klu besa uda....
    bila maw kc msk episod baru?

    ReplyDelete
  3. episod 20 bila lg...mcm lama suda ni...enda sabar sudah mau baca selanjutnya.hehhehehe

    ReplyDelete