Kerana Bobohizan

Sunday, 4 November 2012

Part 17



Part 17

Bunyi hon kereta mengejutkan Lana daripada tidur. Dia tidak biasa dengan keadaan itu.  DI kawasan bandar sememangnya sudah ada peniaga dan pekerja yang berlegar-legar di pagi hari. DIa bangun kemudian menoleh ke sekeliling, terasa ada yang kurang, mungkin kerana dia belum biasa  dengan tempat baru.  Sudah pukul 6:30 pagi,Bibi masih berdengkur, tanpa mengejutkan Bibi, Lana bangun lalu keluar untuk ke bilik mandi. Dia memerhatikan bilik-bilik yang lain, masih ada yang belum bangun, lega hatinya, buat masa ini dia belum terasa mahu menegur penyewa yang tinggal di sana bersamanya.

Selesai mandi, Lana masuk ke dalam bilik. Bibi sudah bangun dan mengemaskan tempat mereka tidur. Kemudian dia duduk sambil mengosok-gosok matanya lalu menggeliat.


“Heyy, ongoi no mimpodu, houson nodii zou tii(pergi mandi, lapar suda saya ni)”, Lana mengerahkan Bibi, perutnya agak lapar kerana tidak makan semalaman, kalau Bibi lambat bangun, mungkin dia akan turun sendirian mencari alas perut.

“Hmm, bandar bah ni, jangan lau kau mimboos macam urang kampung sana”, Bibi menyatakan pendapatnya.

“Aik, kenapa pula inda buli?”, Lana berasa hairan, sekelip mata takkan Bibi sudah melupakan bahasa ibunda mereka.

“Yala, eei, bikin malu baitu, semua urg sini bandar moden-moden bah, mimboos urang putih”, Bibi menangkat keningnya  dan menjawab dengan yakin.

“Ahh, suda la kau, cepat bah sikit, meyanyi suda perut sia ni”, Lana kemudian mengambil tuala, menyangkutkan pada bahu Bibi dan menolaknya keluar bilik.

“Iyaba, iyaba, tadi si Yudai kol, dia bilang mau sarapan sama-sama kita sambil bincang pasal kerja”,  berkerut kening Lana.

“Oo, bah, bah”, Lana menjawab lalu menutup pintu bilik. Dia terbayang-bayang apakah bentuk pekerjaan mereka nanti, susah kah? Perlu mengangkat barang-barang yang  berat kah nanti? Lana mengenakan pakaian  lalu megeringkan rambutnya.

***

“Bah, apa kamurang mau makan?”, Yudai bertanyakan mereka apabila pelayan restoran sampai ke meja mereka.

“Saya mau Mee goring ayam, minum milo ping(milo ais”, Bibi bersuara, Lana masih lagi membelek-belek buku menu, kemudian dia menunjuk sesuatu di dalam buku tersebut. Pelayan itu kemudian mengangguk-angguk dan menulis di dalam kertas. Selesai mengambil pesanan dia kembali ke dapur di belakang.

“Jadi, macam mana sama kerja kami tu?’, Lana memandang Yudai, dia perlu tahu sebelum memulakan apa-apa kerja.

“Begini, saya rasa, kamu kerja dulu di Salun lah, ada ramai kawan-kawan sia sini buka salun, kalau suda ada pengalaman itu pakej untuk kamu lah”, Yudai menerangkan.

“Tidak susah ka?”, Lana ingin  tahu lebih.

“Mana ada  susah oh, kamu belajar dulu yang asas lah, lagipun dorang ajar juga tu nanti”, Bibi menangguk-angguk, Lana pula hanya berdiam diri. Dalam keadaan sekarang, dia tidak boleh meminta apa-apa pekerjaan lain, dia tahu dia belum mempunya kelulusan apa-apa, malah pengalaman pun belum ada.
***

Yudai membawa merekamasuk  ke dalam sebuah salun di tengah-tengah bandar. Dia kemudiannya berbincang sesuatu dengan pemilik salun itu, seorang perempuan separuh umur, masih cantik dan menarik. Perempuan itu kemudiannya menangguk-angguk dan kemudian bersalaman dengan Yudai.

“Okey, sa kasi tinggal kamu d sini saja ah, nanti kalau mau balik kamu kol saja sia”, Yudai kemudiannya menepuk bahu Bibi lalu keluar dari salun tersebut. Bibi dan Lana hanya berpandangan, pemilik kedai itu kemudiannya datang, mereka cepat-cepat berdiri dan bersalaman.

“Hai, saya taukeh ni salun, kamurang buli panggil sia Kakak Helen, emm, nama kamu sepa tu?”, Helen memperkenlakan dirinya lalu menunjukkan ibu jarinya kepada Bibi.

“Saya Bibi, ni kawan saya Lana”, Bibi menjawab pantas.

“Oooh, okay, sa mau kasi tau kamu, yang kami di sini ada buat dua perkhidmatan salun, gunting-gunting rambut, sama yang kedua perkhidmatan refleksologi, urut-mengurut,okay?”, Helen mula menerangkan rutin harian mereka.

“Lepas ni, ada pekerja yang lama sudah di sini akan ajar kamurang, so, kalau ada apa-apa kamu tanya saja , key?”,  Helen kemudiannya tersenyum, kelihatan sedikit naluri keibuannya semasa berkata-kata. Helen  kemudiannya bercakap-cakap dengan seseorang sambil menunjuk-nunjuk ke
arah mereka.


***

“Hai, mesti kamu orang baru di sini kan, mari kita p belakang dulu”, seorang lelaki berwajah putih cerah mengajak mereka untuk menurutinya. Liuk-lentuk tubuhnya seperti perempuan,kata-katanya juga lembut walaupun suara garaunya ketar, Lana dan Bibi melihat lelaki ini sebagai lelaki yang lembut.Bibi memandang Lana kemudian dia menolak Lana agar pergi ke depan, Lana pula seperti orang dungu hanya berjalan dan tidak memandang ke kanan dan kiri. Baginya adalah lebih baik dia berkelakuan seperti itu untuk mengelakkan apa-apa kejadian sebelum mula bekerja.

“Nama saya Jamil, tapi selalunya diorang panggil saya Jamilah di sini”, kemudian lelaki itu tergelak.

“Okey, sini kita ada bilik-bilik khas okey, jadi setiap customer  ada privacy, setiap kali kamu bekerja, pintu bilik mesti ditutup, faham?”, Bibi dan Lana hanya mengangguk.

“So, saya akan ajar kamu, cara-cara mau tarik hati customer kita, dengan cara tertentu, skill and satisfaction, faham?”, sekali lagi Jamil bertanya. Lana mengangguk dia berfikir sejenak, kemahiran dan kepuasan hati pelanggan, bagaimana? Lana kemudian menjenguk-jenguk bilik-bilik yang disediakan, suasana agak malap.

“ Mungkin begini agaknya pusat refleksologi “, Lana menggumam sendiri.
“Sekarang saya akan ajar cara-cara mau puaskan hati customer, biasalah kamu kan gadis-gadis kampung, nda tau apa-apa”,Jamil kemudiannya tergelak .

“Ok, kami dua orang sama-sama bah kan”, Lana mengemukakan soalan.

“Oh, inda, satu orang saja, kamu ingat customer  nda  perlu privacy ka? Ni sepa nama kamu, kamu lah masuk dulu sama  saya, customer  ada sudah di dalam”, Jamil menoleh ke arah Lana.

“Lana..nama saya Lana”, Lana menjawab dengan gugup. Jamil belum dikenalinya, malah dia belum pernah berdepan dengan pekerjaan ini, dia tidak tahu apa-apa sekalipun semasa masuk bekerja.

“Ok, kamu tinggal di luar, sementara tunggu customer yang lain sampai, duduk dulu, saya mau ajar si Lana”, Jamil mengarahkan  Bibi. Bibi kemudiannya memandang Lana dan bergegas ke luar. Lana hanya terdiam sambil memandang Bibi pergi.

“Ok, masuk.. emm, lain kali, kalau boleh jangan pakai baju t-shirt macam ni, sama seluar jeans buruk kamu tu ah, nanti lari customer”, Jamil kemudian berjalan melenggang lenggok di hadapannya dan masuk ke  sebuah bilik. Lana memerhatikan pakaiannya, buruk sangatkah, dia kemudian mencebik sedikit tanda  tidak setuju dengan Jamil. Lana kemudiannya melangkah masuk ke  dalam bilik, kelihatan seorang  pelanggan sudah berbaring, dia nampak di sebalik tabir.

“Okey, sekarang, kamu p tempat customer  dulu, saya ada mau ambil barang”, Jamil kemudiannya keluar dan menutup pintu. Lana hanya mampu mengangguk, dia membuka tirai perlahan-lahan, kemudian kaku.

“Lelaki! Separuh bogel!”, dia terkejut dan menjerit di dalam hati. Nafasnya turun naik, dia berpaling dan kemudiannya menutup matanya.

No comments:

Post a Comment