Kerana Bobohizan

Friday, 19 October 2012

Part 9


Part 9

“Sampai sini saja lah, kami antar kamurang ah auntie, Ibi, lagipun kakak sia ada suruh beli barang bah ni”, Albert memecahkan keheningan dalam kereta tersebut. Albert dan kawannya yang mempunyai lesen dan kenderaan menghantar mereka sehingga ke simpang menuju ke  rumah Kotilin.

“Uduii.. kotohuadan, kotohuadan(terima kasih)  kio Bert.. osonong nogi ginawoku baino, koyuba iie tanakku(senang hati saya sekarang, sudah berjumpa dengan anak-anak saya)”,  Kotilin masih mengucapkan terima kasih kepada Albert. Baginya jika tiada Albert, dia pasti tidak akan dapat bertemu dengan anak-anaknya.

“Bah, Ibi palan-palan kau ah, jangan lupa itu barang yang sia kirim ah”, Albert hanya tersenyum.
Bibi membalas senyuman Albert sambil melambainya perlahan.

“Bah, auntie, palan-palan kio “,  Albert kembali berpaling kepada Kotilin.

“Kamurang pun, jangan bawa kerita laju-laju ah”, Kotilin memberikan nasihat terakhirnya. Sejurus kemudian, kereta tersebut berpusing lalu bergerak perlahan meninggalkan mereka. Kotilin, Bibi dan adik-adiknya melambai-lambai dari kejauhan.

“ Ingat ah Ibi!”, Albert berteriak dari jauh sambil melambai mereka. Bibi pula meneruskan lambaiannya.

“Sudah, mari kita pulang nak”, Kotilin memberi cadangan. Dia memegang bahu Bibi lalu membawa besama anak-anak lelakinya.

***

“Lana!Lana! Uuu Lana”, Bibi sampai di halaman rumah Lana dalam keadaan termengah-mengah.
Di tangannya ada sekeping sampul surat pemberian Albert.

“Uuui Ibi, amu poh korikot iie Lana ilo, minongoi tamu(belum sampai si Lana, dia pergi tamu pasar minggu)”,  ayah Lana kelihatan memakai sarung keluar ke beranda  rumah.

“Lama  suda  diurang pigi mai(pak cik)?”, Bibi bertanya.

“Lama  suda la, tadi pagi lagi, inda tau lah pukul berapa  diurang balik”, ayah Lana mengangkat bahunya tanda  dia tidak tahu.

“oooh, inda  apalah mai,bah, kasitau si Lana nanti sia  ada datang cari dia  ah, ada benda bah ni sia mau bagi”,  Bibi tidak mahu memberi surat tersebut. Mungkin dia patut memberinya sendiri ke tangan Lana.|

“oh bah, bah.. palan-palan saja kau kio”,  ayah Lana kemudian masuk kembali ke  dalam rumah.
Bibi berpaling lalu berjalan perlahan-lahan, dia sebenarnya tidak sabar mahu bercerita kepada Lana tentang kejadian yang berlaku kepada mereka  sekeluarga di bandar.


***

Bibi memegang surat di tangannya. Perasannya membuak-buak ingin tahu apakah isi surat tersebut.
Diletaknya di atas tilam, kemudian diambilnya balik. Tidak boleh, dia mesti tahu juga apakaih isi surat tersebut. Mungkin itu surat cinta Albert? Dia mulai membayangkan, betapa bahagianya Lana apabila menerima surat cinta daripada  Albert. Tetapi, Albert sudah mulai menapak di hatinya, ibunya juga sudah menunjukkan tindak balas yang positif seolah-olah dia juga mahu Albert menjadi menantunya. Diambilnya gunting lalu perlahan-lahan dia menarik surat yang terselit di dalam.
Hatinya berdebar-debar apabila terhidu wangian daripada  surat tersebut. Dengan tidak sabarnya, dia membuka  surat tersebut dengan kasar  dan rakus. Tiba-tiba dia terdengar sesuatu bunyi jatuh berdekatan kakinya.

“Cincin?” Bibi hairan. Diambilnya  cincin emas tersebut lalu membelek-beleknya. Tertera nama
Albert di permukaan cincin tersebut. Bibi tersenyum, dia teringatkan Albert tetapi kemudian dialihkan perhatiannya balik kepada surat tersebut.

“Cinta boleh datang dalam sekelip mata,
 tetapi cinta tidak akan hilang walau sesaat.
Aku merantau bukan mencari cinta,
tetapi berusaha membahagiakan cinta.
Jika waktu sudi bersimpati,
ku tunggu kau hingga akhir nanti.
Jika kau sudi menerima,
cincin di jari tanda ingatanmu kepadaku.”

Bibi terkesima, Albert meluahkan cintanya kepada Lana.  Ap yang harus dilakukannya? Dia juga sayangkan Albert. Tetapi, sudah tentu Lana tidak tahu akan luahan hati Albert ini. Bibi mengambil keputusan untuk berdiam diri, baginya dia juga harus bahagia, baginya dia yang berhak mendapatkan Albert.

***

Hari Isnin, waktu perhimpunan pagi di sekolah mereka. Bibi bersiap-siap untuk ke  dewan perhimpunan. Dia menyimpan cincin dan surat Albert di beg sekolahnnya.

“Cepat lah Ibi, kena denda kita kalau lambat”, Lana risau akan kelambatan Bibi. Bibi bergegas menuruti langkah Lana lalu mereka menghilang di sebalik blo-blok bangunan sekolah. Semasa mereka dalam perjalanan datang ke sekolah, Bibi telah bercerita akan kejadian yang berlaku kepada mereka  di bandar. Lana agak teruja akan cerita Bibi, dalam hatinya dia juga terasa bangga akan tindakan Albert dan kawan-kawannya. Perhimpunan pagi dimulakan seperti biasa, dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, dan lagu negeri Sabah Tanah Airku. Tiba-tiba pengumuman mengejutkan disampaikan oleh ketua pelajar sekolah itu.

‘’Pagi ni, kita akan buat sport-check(pemeriksaan) dalam setiap kelas, jadi kamu akan ditahan di dalam dewan sehingga selesai pemeriksaan, ini kerana, minggu lalu, makmal komputer telah dipecah masuk dan ada beberapa barang telah ilang, diharapkan semua memberi kerjasama, sekian”,  seluruh dewan bergema dengan kata-kata protes daripada pelajar-pelajar yang lain. Mungkin ada benda yang tidak dapat disimpan. Bibi tergamam, peluh sejuk menitik di dahinya.

“Abislah kalau ada pengawas jumpa tu surat”, Bibi berbisik dalam hatinya. Dipandangnya Lana di barisan belakang. Kali ini dia menggetapkan bibirnya, sudah tidak ada apa-apa dapat dilakukannya.
Selalunya bila pemeriksaan kelas  dibuat, mereka  tidak akan dibenarkan keluar ke mana-mana, ini untuk mengelakkan pelajar menyembunyikan barang-barang yang tidak boleh dibawa masuk ke  dalam sekolah seperti telefon bimbit, rokok dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment