Kerana Bobohizan

Tuesday, 16 October 2012

Part 8



Part 8

Sebuah van bercermin gelap dipandu dengan laju lalu melanggar lampu isyarat merah, rakan-rakan Albert kesemuanya seramai sepuluh orang memakai motosikal mengejar van itu. Van tersebut melalui jalan Tuaran Bypass dan turut bergesel dengan beberapa buah kereta. Isyarat hon tidak henti-henti dibunyikan oleh pengguna-pengguna jalan raya yang lain.

“Ambil shortcut! Diorang pigi pelabuhan tu”, salah seorang rakan Albert berteriak dan menunjukkan
tangannya kea rah jalan pintas  di sebelah kanan mereka. Lima orang daripada mereka membelok lalu menghilang di jalan pintas yang agak sempit itu.  Beberapa orang yang lain walaupun agak jauh daripada Van tersebut masih mengejar dari belakang.

Di dalam van tersebut, beberapa orang kanak-kanak dan adik Bibi, Gunini sedang menangis teresak-esak.

“Diam!”, tengking salah seorang lelaki dalam van tersebut. Dia mengacukan sebilah parang ke arah kanak-kanak tersebut. Mereka kemudiannya hanya merengek perlahan lalu berpelukan sesama sendiri. Ketakutan menyelimuti diri mereka, apalah nasib mereka kanak-kanak yang tidak berdosa diperlakukan seperti itu.

****
Dari jauh, budak yang dimaksudkan Albert sedang membelakang sambil menangis tersedu-sedu.
Dia membelakangkan mereka dan menyandar di jeriji-jeriji besi.

“Palan-palan”,  Albert berbisik. Baru sahaja beberapa langkah mereka bergerak, tiba-tiba keluar seorang lelaki dari pintu belakang. Tidak perasan akan kehadiran mereka, dia bersahaja bersiul-siul lalu membuka kunci pintu kurungan tersebut.  Mereka kaku, diam tidak bergerak di tempat masing-masing. Lelaki itu kemudiannya mengheret budak yangsedang menangis itu lalu disepaknya beberapa kali sesuka hati.

“Adikk!”, Bibi menjerit.

“Odoiii! Tanakku!”, Kotilin pula berteriak dalam kegarauan suaranya. Lelaki itu terkejut lalu berpaling menghadap mereka.

***

“S*al! Bab*!”, Pemandu Van bercermin gelap itu menyumpah seranah.

“Road block Polis sama JPJ!”,  lelaki di belakang pula menyampuk. Kelihatan beberapa orang yang menyimpang ke jalan pintas tadi berada bersama-sama kumpulan pemeriksaan polis itu.

“Pusing balik”, lelaki di belakang mengarahkan.

“Inda dapat! Ko tida nampak ka kereta di belakang sama siring kita ni!”, Dia menjengilkan mata tapi kerisauan merombak hatinya.

“Arrgh! Kita langgar saja, kamu budak-budak, kalau kamu buat bising, siap kamu ah!”, lelaki yang memegang sebilah parang menengking mereka sambil megacu-acukan senjata tajam itu ke wajah mereka. Kanak-kanak itu hanya mampu menutup mata, sambil cuba berkumpul di satu tempat yang
sama. Tinggal sebuah kereta  saja lagi di hadapan mereka, pemandu van tersebut mulai panik, dia tidak menyangka akan kejadian seperti ini akan berlaku.  Cermin kenderaan tersebut diketuk dari luar.

“ Boleh minta lesen encik”, Seorang anggota polis bertanya lalu meninjau-ninjau keadaan di dalam van itu. Setelah memeriksa lesen tersebut, dia kemudiannya bercakap sesuatu dengan rakan setugasnya di belakang.

“Boleh buka pintu van encik?”, anggota polis tersebut kemudiannya sekali lagi bertanya. Pemandu van gugup, dia turun lalu berjalan ke arah pintu van tersebut.  Dia membuka pintu van dengan pantas kemudiannya menolak anggota polis yang berada di sebelahnya lalu cuba lari ke arah longkang  besar yang berdekatan.

“Kejar!”, Inspektor  Dorom mengarahkan anak-anak buahnya. Beberapa orang anggota polis berdekatan kemudiannya  berlari dan bersedia untuk menembak bila-bila masa. Lelaki itu merupakan orang yang dikehendaki atas kesalahan rompakan bersenjata di Inanam tahun lalu.

“Nanti!”, seorang lelaki menjerit dan keluar dari van tersebut. Ditangannya seorang budak sedang menangis-nangis meminta simpati.  

“Siapa-siapa datang dekat saya, saya putung leher ni budak”, lelaki itu memberi amaran. Kemudiannya, lelaki yang berada di dalam turut melakukan perkara yang sama. Kedua-dua mereka cuba menggunakan taktik seperti itu untuk menyelamatkan diri. Orang ramai yang panik melihat kejadian itu menjerit ketakutan.

“Sedia!”, Inspektor  Dorom mengarahkan anak-anak buahnya.  Anggota-anggota polis yang bertindak atas arahan Inspektor  Dorom kemudiannya menghendap-hendap dari tepi kereta orang awam.
Dalam saat genting seperti ini, mereka perlu bersedia  dengan apa sahaja kemungkinan. Mereka juga perlu mejaga keselamatan orang ramai agar tidak ada sesiapa yang cedera.

“Kamu telah dikepung, menyerah saja”, Inspektor Dorom kemudiannya memujuk penjenayah tersebut dan bercakap melalui pembesar suara. Sementara itu, lelaki yang cuba lari tadi bertindak terjun ke dalam longkang besar sedalam 5 kaki itu. Anggota polis yang sampai dahulu kemudiannya memetik pistol, sedas tembakan dilepaskan dan mengenai tepat di rusuk kanan lelaki itu. Dia kemudiannya berenang lemah masih cuba melarikan diri. Darah pekat mengalir bersama-sama air berwarna kuning. Salah seorang anggota polis terjun lalu menarik lelaki itu naik ke atas.

“Kamu masih ada peluang lagi”, sekali lagi Inspektor  Dorom memujuk mereka. Melihat akan kejadian yang berlaku kepada pemandu van itu, mereka meleraikan renjutan di leher kanak-kanak tersebut, melontarkan parang ke atas rumput yang berdekatan lalu mengangkat tangan tanda menyerah. Dua orang anggota polis kemudiannya bergegas membawa gari ke arah dua orang lelaki tersebut.

“Letakkan tangan di kepala, dan menghadap ke arah kereta”, Inspektor  Dorom memberi arahan dari jauh. Kedua-dua penjenayah tersebut kemudiannya berpaling menghadap kenderaan yang sudah ditinggalkan tuannya. Mereka digari lalu dibawa masuk ke  dalam van polis.

***
“Ejin!!”, Kotilin menjerit dalam kemarahannya. Lelaki tersebut merupakan adik Kotilin.

“Apa kau suda buat sama  anak-anak saya!”, Kotilin menempelak lagi. Ejin agak terkejut  dan risau.

“Kau siapa mau datang pigi sini”, ibu Kotilin keluar dari pintu lalu menengking kotilin.

“Selama ni sia percaya kamu, ini pula kamu buat sama anak-anak saya!”, Kotilin menjengilkan matanya. Kemarahannya  sudah tidak dapat dibendung lagi.

“Hoi, tangkap diurang ni! Capat!”, ibu Kotilin mengarahkan kepada orang-orang di dalam rumah agam tersebut. Tiba-tiba siren polis berbunyi dari kejauhan, beberapa orang pemuda baru sahaja keluar untuk melaksanakan arahan ibu Kotilin. Terbeliak mata ibu Kotilin mendengar bunyi siren tersebut. Pemuda-pemuda tersebut kemudiannya berlari memanjat pagar belakang rumah agam tersebut untuk melarikan diri tetapi berhenti apabila sampai di atas tembok. Mereka mengangkat tangan lalu kaku berdiri. Rupa-rupanya rumah tersebut sudah dikepung.



“Keluar dari rumah sekarang, letakkan tangan di atas kepala, dan bersedia untuk ikut kami ke balai”,  kedengaran seseorang bersuara. Beberapa orang anggota polis sampai di halaman belakang rumah.
Ibu dan adik Kotilin tergamam. Mereka mengangkat tangan lalu tunduk. Ibu Kotilin tiba-tiba menangis teresak-esak.

“Tilin, tulung mama Tilin”, nenek Bibi merayu kepada ibunya. Mereka digari bersama-sama pemuda-pemuda yang cuba melarikan diri tadi. Kotilin hanya berdiam diri, dia tidak mapu lagi berkata apa-apa. Hatinya sudah cukup hancur  dahulu, ditambah lagi kejadian yang baru sahaja berlaku. Baginya, dia tidak ada hak menghukum atau memaafkan, biarlah mereka diadili oleh sesiapa yang patut sahaja kelak.

“Mami!”, adik Bibi menangis-nangis berlari menuju ke arah Kotilin lalu mendakapnya erat. Bibi turut memeluk adiknya.

“Mami! Kakak!”, Gunini muncul di belakang mereka lalu menerpa mereka bertiga.

“Muhi tokou, muhi kio nak(kita pulang ya, kita pulang)”, Kotilin memujuk anak-anaknya. Naluri keibuannya dapat merasakan betapa sengsara anak-anak mereka selama berada di situ.

“Saya hantar kamurang pulang ah auntie”, Albert tiba-tiba menyampuk, mematikan tangisan keluarga tersebut. Dia juga turut tersentuh melihat kesengsaraan keluarga Bibi, ianya ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Kotilin berdiri lalu memandang tepat ke arah Albert, dipegangnya tangan Albert.

“Bert,kotohuadan kio(terima kasih), kalau tiada kamu, autie tidak tahu apa akan jadi sama anak-anak auntie”, merembes lagi air mata Kotilin.

“Tida apa auntie, sementara saya masih di sini Sabah, bagus lagi dapat tulung-tulung urangs endiri kan”.

“Kamu mau pigi mana Bert?”, Kotilin bertanya.

“Mungkin beberapa minggu lagi sia pindah pigi Australia sudah ni”, Albert menjelaskan.

“Odoi gia Bert, auntie harap-harap kamu ada di kampung, kalau buli auntie mau kamu jaga keluarag auntie macam keluarga kamu sendiri”, Kotilin menyatakan harapannya. Berbunga hati Bibi sedikit mendengar apa yang dikatakan ibunya, dalam diam, dia mulai jatuh hati kepada Albert.

Ibu dan adik Kotilin kemudiannya dibawa ke balai polis dan akan didakwa mengikut Akta Anti-Perdagangan Orang 2007 jika sabit kesalahan. Albert agak lega dapat mebantu keluarga Bibi, itu sahaja yang harus dilakukannya tetapi dia gagal melakukan sesuatu sebelum dia berangkat ke Australia.

“Bibi, nanti sampai kampung, kamu boleh tolong bagi ni surat sama si Lana ka?”, Albert menghulurkan sekeping sampul surat. Agak wangi dan banyak corak bunga di tepi sampul itu.
“Okeh”, Bibi hanya mengangguk, mengambil surat tersebut lalu memasukkan ke  dalam begnya.

9 comments:

  1. *terbaik pwen..* bZ**

    ReplyDelete
  2. bila lg smbungan nya pwen :) Nda sbr ni,,ada watak utk nama ku pwen,hahaha -bZ**-

    ReplyDelete
  3. buh,bkn bah,mksud td,ada watak akan dtg ka ni yg blum ada nama? Hahahaha, lau ada minta kasi selit namaku jd watak hohoho,ndada bha.. Pwen,bulih tya.. Ini bedasarkan kisah benar @ rekaan semata dr segi watak dan jalan cerita.. -bZ**-

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ada bah... buli bah tapi saya nda tau nama ko? hehhe.. ni adaptasi daripada kisah benar yg berlaku.. tetapi bukan dr 1 org saja... dan kisah ni semuanya mmg berlaku di sabah lah..

      Delete
    2. oh,best ni crta.. Hari2 aq skod blog mu tinguk lau da kluar smbungan nya, bru td ciap bca episod 16,,hehe nda sbr lg tgu gia..em yg buat crita ni pwen sorang ka tau ada lg yg t0l0ng??
      -bZ**-

      Delete
    3. TQ Bz sbb support ni cerita, sebenarnya tujuan saya buat ni utk memartabkan slang sabah, dan bahasa yg saya gunakan bukan terhad kepada 1 saja, ada macam2 variasi, cerita ni saya tulis sendiri bdasarkan idea2 yg betul2 pernah terjadi di sekeliling kita(itupun kalau kamu perasan) tetapi diolah supaya lebih sesuai untuk pembaca2 mengikut had umur, klu dari segi translator bahasa tu, ada juga kawan tolong translate :)

      Delete
    4. :) kalau bkn org sabah,sapa lg yg mau supportkan,,slang sabah tu identiti kita :) .. Em,pic pfil penulis ni pi page inikalilah,, penulis admin page jg ka??
      -bZ**-

      Delete