Kerana Bobohizan

Sunday, 14 October 2012

Part 7



Part 7

“ Waduh! Waduh! mbak kenapa ke mari, kalau  dinampakin tuan saya, dipukulnya saya nanti, dia ngak mau sih kok kalau ada orang datang ke mari”,  Wanita itu menunjukkan wajah yang sangat risau. Pelat Indonesianya agak ketara, mungkin pembantu rumahnya memandangkan dia membahaskan tuan rumah itu sebagai tuan.

“Tuan rumah kamu mana?”, Kotilin bertanya.

“Waduh! Dia ada di dalam, tapi ngak mau dijumpain, dia bilang ngak mau kalau-kalau ada yang gembel(mengemis) di sini”,  Wanita itu bercakap dalam nada yang ketakutan. Dia  agak patuh akan perintah tuannya.

“ Ini, ini lebihan nasi semalam, mbak ambil ya,cepat-cepat pergi dari sini, saya takut sih”, dia pula memberi cadangan sambil menghulurkan semangkuk nasi. Albert, Bibi dan Kotilin hanya terkebil-kebil memandang wanita itu. Garang sangatkah tuan rumah itu sehingga pembantunya  cukup takut akan kedatangan orang. Selesai berkata-kata, wanita itu masuk ke dalam rumah lalu cepat-cepat menutup pintu dengan rapat. Kotilin terdiam, dia memegang semangkuk nasi di tangannya. Diberinya kepada Albert, dengan lemahnya dia duduk di bahu jalan. Hina sangatkah pakaiannya sampai dia  dianggap mengemis? Tiba-tiba dia merasakan sesuatu yang panas mengalir di pipinya.
Perasaannya sudah tidak dapat dibendung lagi, dia buntu sekali lagi.

“Betulkah ni rumah nenek?”, Bibi keliru. Baru beberapa minggu dia bertemu dengan nenek dan pak ciknya semasa ayahnya meninggal dunia, dari penglihatannya, mereka  sangat baik dan penyayang.

“Begini lah auntie”, Albert memulakan cadangannya.
“ Kita tunggu saja di sini, kalau ada kereta masuk, pintu pagar kena buka,baru kita ikut masuk”,
Albert bercakap separuh berbisik. Hanya itu yang mampu difikirkannya. Kotilin pula hanya mampu mengangguk.

***

Beberapa jam menunggu, belum ada lagi kereta yang masuk ke dalam rumah agam tersebut. Hanya kereta yang lalu-lalang menambahkan kegusaran di hati mereka.

“Lama sudah kita tunggu ni bert”, Kotilin memandang muka Albert dengan penuh kegalauan.

“Sabar auntie, auntie sama Bibi haus(dahaga) ka? Biar saya pigi beli air lah”, Albert cuba meredakan perasaan Kotilin. Tiba-tiba sebuah van bergerak agak laju lalu membelok ke arah rumah agam ibu Kotilin. Sepantas kilat, Kotilin bangun dan mengejar Van itu tetapi di halang Albert.

“Kenapa? Biar auntie pigi tingu”,  rayu Kotilin.

“Jangan dulu auntie,saya syak macam ada yang nda kena oh”, Albert menyatakan firasatnya. Dia menarik tangan Bibi dan Kotilin masuk ke dalam semak berdekatan.
“Kita tingu dulu dari jauh”, Albert menahan mereka.  Mengapa dalam keadaan seperti ini, Albert masih mampu bertindak secara rasional? Bibi mengigit jarinya, dia tidak sabar menunggu lagi.
Ingin saja rasanya dia merempuh rumah itu. Adiknya dalam kesusahan, bila lagi dia harus menunggu dan menunggu. Pemandu Van itu juga belum menunjukkan wajahnya, dia masih duduk di dalam van bercermin gelap itu.

Tiba-tiba, sebuah kereta Alphard turut membelok ke dalam rumah tersebut. Sepasang suami isteri berbangsa Eropah keluar dari kenderaan tersebut lalu menuju ke arah Van di hadapan mereka.

“Kenapa ni?”, Bibi kaget. Dia cuba bangun tetapi Albert cepat-cepat menahannya.  Pemandu van keluar lalu membawa seorang bayi berumur lebih kurang setahun. Dia menyerahkan bayi itu berserta 1 sampul berwarna kuning. Pasang suami isteri itu pula menyerahkan wang tunai dalam jumlah yang agak banyak kemudian mereka berbual sambil menangguk-angguk.  Tidak lama kemudian, pasangan itu beredar.

“Astaga, pemerdagangan orang!”, Albert separuh berbisik. Kotilin terduduk, dia teringat akan nasib anak-anaknya. Adakah mereka juga…

“Auntie!”, Albert memandang Kotilin.
“Kita mesti minta bantuan ni kalau macam ni”, Albert mengenggam jari-jemarinya. Dia mengeluarkan telefon bimbit lalu mendail nombor seseorang.

“Jo,ada masalah ni jo, buli datang sama yang lain-lain ka?”, Albert bercakap dengan nada yang serius.

“Ya, number 32, ok, ok”, kemudian dia meletakkan telefon.

‘’Kita tunggu kawan-kawan sia dulu”, Albert duduk mencangkung.

“Tingu tu nah! Gunini!”, Bibi menunjukkan ke raah rumah agam tersebut. Kelihatan adik bungsu Bibi dan beberapa orang budak sebayanya  diikat tangannya, lalu ditolak supaya berjalan ke  depan oleh dua orang lelaki berbadan besar. DIa diarahkan masuk ke  dalam van bercermin gelap itu. Tidak lama kemudian, Van itu berundur lalu pergi menghilang.

“Bert!!!!”, Kotilin menggoncang bahu Albert.  Albert kaku, mahu sahaja rasanya  dia melompat dan terus mengambil Gunini.

“Auntie  sabar, ambil number plat tu Van, biar kawan-kawan sia  saja bubut(kejar) diorang”,
Albert lantas mengeluarkan kembali telefonnya dan mendail nombor yang sama.

“Tukar plan, kamu bubut Van cermin tinted, number plat  SAB XXX A, lapur sama Inspektor Dorom”.

“Ya, hati-hati, ok”, Albert  kemudian mengangguk lalu meletakkan kembali telefon bimbitnya.

Pintu pagar rumah agam tersebut sudah bertutup separuh,  Albert melompat dari tempat persembunyian mereka diikuti dengan Kotilin dan Bibi.  Sepantas kilat mereka sempat masuk ke dalam kawasan rumah mewah tersebut.  Albert menghendap di tepi rumah kalau-kalau ada sesiapa.
Setelah melihat tidak ada sesiapa yang menjaga, dia menggunakan isyarat tangan memanggil Bibi dan Kotilin. Mereka bergerak perlahan-lahan lalu menuju ke belakang rumah tersebut. Albert tidak risau sekiranya jiran di sebelah ternampak, tembok pemisah sempadan rumah agak tinggi dan dibina mengelilingi rumah agam tersebut. TIba-tiba, mereka terdengar suara tangisan budak kecil, mereka berpandangan sesama sendiri.

“Sapa tu?”, Bibi bertanyakan Albert.

“Mari..kita pigi tingu”,  Albert menarik tangan Bibi, Kotilin pula hanya berjalan menghendap-hendap dari belakang.

“Ada budak, kena kurung, dalam sangkar besar!”,  Albert berpaling lalu meberitahu mereka.

No comments:

Post a Comment