Kerana Bobohizan

Saturday, 13 October 2012

Part 6

Cerita Part 6

Bibi meletup-letupkan jarinya. Dia mundar-mandir di beranda rumahnya. Ingin saja rasanya dia
bergegas ke Sawah.Ibunya sedang berada di sawah sekarang ini. Dia berhenti sejenak.

“Ini tidak boleh jadi”, Bibi menggumam dalam hati. Dia turun dari rumah, memakai selipar lalu bergegas menuju ke sawah di hujung kampung. Kerisauan membuak-buak di fiirannya. Dia harus cepat sampa
i ke Sawah. Ibunya ada di sana, dia tahu apa harus dilakukan.

Dari jauh kelihatan sulap-sulap(pondok) tempat ibunya berehat-rehat. Ibunya sedang duduk di tangga mengasah sabit. Ibunya tidak mampu membayar mesin untuk menuai padi, tetapi dia perlahan-lahan menuai padi dan berseorangan.

“Mami! Mami!”, Bibi memanggil ibunya dari kejauhan. Dia tidak peduli lagi batas- batas sawah yang penuh berduri. Dia harus cepat sampai kepada ibunya.

“Adik! Gunini!”, Bibi termengah-mengah apabila sampai di bawah sulap-sulap.

“Nokuo gia Ibi, amu poh zou naavi mongomot ti(Kenapa Ibi, saya belum habis menuai ni)?”,
Kotilin menyimpan sabit di tepi tangga. Dipandangnya wajah Bibi, kemudian keningnya berkerut.

“Si adik telefon tadi….dia cakap diorang kena pukul”, Bibi menggenggam jarinya.

“ Apa!? Apa lagi bah yang diurang buat sama adik-adik kamu ni?” Kotilin menggetap bibirnya.

“Mari kita pulang, kita pigi bandar sekarang”, Kotilin memberi cadangan.

***

“Mami masih ingat ka jalan mau pigi rumah nenek?”, bibi ragu-ragu bertanya. Dia risau ibunya
terlupa di manakah rumah neneknya.

“ Senang saja bah, rumah nenek kau itu di sana saja Kingfisher Likas, tidak susah mau cari”,
Kotilin mendongak sambil mencari-cari di manakah bas untuk ke kampung Likas. Sudah berpuluh tahun dia tidak balik ke sana, mungkin perhentian bas juga telah bertukar.

“Sepanggar! Likas! UA! Kingfisher!Poli!”, teriakan seorang konduktor bas menarik perhatian Kotilin.
Dia bergegas bertanyakan pemuda tersebut,

“ Ni bas buli pigi Kingfisher Likas ka?”.

“Buli auntie, kasitau saja itu driver nanti”, kemudian pemuda tersebut berpaling lalu memanggil lagi
beberapa penumpang-penumpang lain.

***
Dalam perjalanan menaiki bas, Kotilin hanya berdiam diri. Mungkin ini merupakan pertama kali dia kan bersua muka dan berdebat dengan ibunya selepas keluar dari rumah. Macam mana dia harus mencari jalan untuk mengambil balik anaknya. Dia buntu mencari jalan. Biarlah, hanya masa yang menentukan, yang penting dia harus sampai ke rumah ibunya. Dia bangun, menekan loceng lalu dbergerak ke hadapan. Bibi hanya menuruti dari belakang, dia belum pernah lagi mejejakkan kaki ke rumah neneknya.

“Berapa tambang?”, Tanya ibu Bibi kepada konduktor bas.

“Dua orang, dua ringgit saja auntie”, jawab pemuda tersebut. Kotilin menghulurkan wang sebanyak Rm 2 lalu turun dari bas.

“ Mari kita cari itu rumah nenek kau, yang nenek ingat rumah number 32 saja”, Kotilin melintas jalan raya sambil menarik tangan Bibi. Sebelum sampai ke kawasan perumahan tersebut, mereka akan melalui beberapa deret bangunan kedai . Dari kejauhan Bibi mengecam akan Albert di hadapannya.
Dia sedang berbual dengan beberapa orang kawannya.

“Albert!’’, Bibi separuh menjerit sambil melambai tangannya.

“Eeh, Ibi!”, Albert juga melambai, tetapi riak mukanya tiba-tiba berubah.

“Auntie!”, Albert menjerit lagi lalu menunjuk ke arah mereka. Seorang pemuda secara tiba-tiba menyentap beg tangan Kotilin. Bibi terkejut akan keadaan yang berlaku dengan pantas itu.
Selama ini dia hanya mendengar cerita daripada kawan-kawannya di sekolah, tetapi hari ini dia nampak sendiri apa yang berlaku di hadapan matanya.

“Peragut! Tulungggg!”, Kotilin menjerit untuk menarik perhatian orang awam.

“Hoi! Berhenti! Kurang asam!”, Albert pula menjerit, sepantas kilat dia mengejar peragut yang berbadan kecil itu. Rakan-rakan Albert yang lain juga turut mengejarnya.

“Mami”, Bibi memeluk ibunya. Apalah nasib mereka, apalah bala kali ini. Dalam hatinya, dia berdoa semoga Albert berjaya mendapatkan balik beg tangan ibunya. Bibi membawa ibunya duduk di kerusi berdekatan taman. Dia harus menunggu kepulangan Albert dan kawan-kawannya.

***
Beberapa minit kemudian, kelihatan Albert memegang sesuatu di tangannya. Kawan-kawannya juga sedang memegang bahu seorang lelaki,ya, itulah peragutnya. Kotilin bangun dan bergegas untuk berjumpa Albert.

“ Nasib baik saya ada auntie”, Albert memulakan bicaranya.

“Iya Albert, nasib baik kamu ada, kalau tidak, auntie pun tidak tau macam mana mau balik kampung nanti, kotohuadan kio (terima kasih)”, Kotilin agak tersedu-sedu dengan kata-katanya sambil memeluk beg tangannya yang baru sahaja menjadi mangsa ragut.

“Aik, kamu mau pigi mana pula ni Ibi, jauh-jauh jalan dari kampung ni?’’, Albert mengejutkan Bibi dari lamunan. Bagi Bibi, perbuatan Albert tadi sangat menyentuh hatinya. Albert bertindak seperti adiwira! Hatinya berbunga-bunga. Dia tersentak lalu menjawab Albert “Kami mau pigi cari rumah nenek bah ni,tapi mcm kami sesat sudah”.

“ Ooh, senang saja bah tu, kakak saya pun tinggal di kawasan perumahan belakang kedai ni juga, bagus saya kasi kawan kamu lah kalau macam ni”, Albert memberi cadangan yang bernas.

“Ngam lah tu! Lepas apa yang jadi tadi,auntie takut sudah ni mau jalan-jalan di sini”, Kotilin memegang tangan Albert. Dalam hatinya dia bersyukur ada lelaki yang akan melindungi mereka semasa perjalanan ke rumah ibunya kelak.

“Kamurang bawa ni budak pigi Balai Polis”, Albert berpaling menghadap kawan-kawannya.

“Bah, palan-palan saja kamurang ah”, salah seorang kawan Albert menjawab.

****

Mereka sampai di sebuah rumah yang sunyi di hujung perumahan tersebut.

“Ini kah rumah nenek kamu Ibi?”, Albert cuba membuka kata selepas lama dia bediam diri. Dia tahu Bibi agak trauma akan kejadian sebentar tadi.

“Rasanya.. ini lah ni,memang banyak sudah berubah”, kotilin menyampuk. Dipegangnya pintu pagar rumah mewah tersebut,lalu berdiri menghadap pintu utama.

“Adi! Adi! Gunini!”, Kotilin memanggil anak-anaknya. Tiba-tiba pintu pagar dibuka, seorang wanita keluar sambil membawa sesuatu.

No comments:

Post a Comment