Kerana Bobohizan

Saturday, 13 October 2012

Part 5

Cerita part 5 :

"Odoiii savokuuu, odoiii koginavaanku!!(suami saya, buah hati saya)", Kotilin meraung-raung di tepi tangga rumah mereka apabila mayat suaminya ditarik ke tebing sungai. Mayat ayah bibi ditemui hanya beberapa meter dari kawasan dia jatuh, sedangkan malam semalam penduduk kampung menjalankan pencarian hingga ke penghujung sungai.

" Dadiii!", Bibi pula sudah tidak tentu arah.
" Mam

i!" Sekali lagi dia menjerit dan duduk kaku di hadapan mayat ayahnya.

" Ibi! Ibi! Intangai poh iie dadinu, amu poh magandad mami(Ibi!Ibi! Tingu dadi kau, tidak tunggu mami)", Kotilin memukul-mukul dadanya. Beberapa orang penduduk wanita menahan perbuatan Kotilin dan memeluknya untuk mententeramkan perasaanya.

Kelihatan adik-adik Bibi hanya menangis di beranda rumah mereka. Adakah mereka mengerti akan kehilangan besar dalam keluarga mereka? Bibi berdiri. Dia harus kuat. Ya, dia mesti. Dia tahu hanya dia sahajalah yang akan menjaga adik-adiknya kelak.

***

Sudah hari ketiga, sememangnya bagi kaum kadazandusun, mayat hanya akan dikebumikan pada hari ketiga untuk mebolehkan saudara-mara yang datang dari jauh datang memberi penghormatan terakhir.

" kau tinggal lah sama kami Bibi", Neneknya, ibu kepada Kotilin memberi cadangan.

" Jadi, adik-adik macam mana?" Bibi bertanya.

"Diorang pun nenek bawa juga", Neneknya menjelaskan.

Bibi berfikir sejenak, mungkin ini lah peluangnya untuk meneruskan hidup. Ini lah peluangnya untuk menyambung persekolahannya.

***

Pada hari ketujuh, seperti biasa, upucara "Momiisok" diadakan di rumahnya. Pada mulanya, Bibi tidak mahu, tetapi atas nasihat Ibu Lana yang juga merupakan Bobohizan di kampung tersebut, Upucara tersebut dijalankan juga. Upucara ini kononnya mengikut kepercayaan mereka adalah untuk memanggil roh si mati kembali ke rumah untuk mengambil barang-barang kesukaanya yang tertinggal ataupun untuk berbicara dengan keluarganya melalui Bobohizan.

Bibi agak keberatan akan perkara ini kerana dia menganggap perkara seperti ini agak khurafat. Malah permintaan untuk barang-barang upucara kelak juga menelan belanja.

" Ada sudah uncle kau tulung beli barang-barang momiisok nanti malam", Ibunya memberitahu Bibi agar dia tidak risau.

"Kamu ikut lah nenek kamu, mami mau tinggal di sini saja, ini lah rumah tempat mami hidup, di sini juga mami mau mati", agak lesu ibunya berkata-kata.

Dia hanya berdiam diri, kalau dia tiada, siapa akan menjaga ibunya?
Adik-adiknya? Makan pakai mereka mungkin terjaga memandangkan keluarga ibunya agak berada. Esok, keluarga ibunya akan kembali ke bandar Kota Kinabalu, dia perlu berfikir masak-masak.

"Ibi! sini dulu kau", Lana memanggil dari dapur.

" kenapa tu Lana?", Bibi bergegas ke dapur.

" Sekijap lagi orang kampung mau datang suda kan, mau buat itu momiisok, kadi berapa banyak kita mau buat kupi ni", Lana tergaru-garu kepalanya. Sepanjang dia berada di rumah Bibi selama seminggu hampir semua dibantunya. Dia faham akan perasaan rakan baiknya itu.

" Kasi saja lah cukup-cukup, rasanya yang datang nanti tu orang-orang besar, budak-budak tidak kena suruh datang tu",
Bibi memberi cadangan. Lana hanya mengangguk, dia tidak bertanya lagi. Dia tidak mahu mengusutkan lagi fikiran kawannya itu.

***

Lampu rumah Bibi dipadamkan, ibu Lana seorang Bobohizan berada di tengah-tengah rumah. Beras,pinang dan beberapa benda lain berada di hadapannya.Matanya ditutup dan diikat dengan kain hitam. Ada beberapa orang mengatakan yang mata Bobohizan tersebut perlu ditutup dengan kain hitam kerana bimbang warna mata Bobohizan tersebut berubah menjadi merah atau hijau semasa upucara dijalankan.

Tuk! Tuk! Tuk! Bobohizan tersebut mengetuk sesuatu di hadapannya sambil menyanyikan jampi yang tiada siapa pun tahu.
Tiba-tiba dia bediri tegak. Kemudian suaranya bertukar.

"Ibi...ibi... au nodi zou buli kopisomo diozu, patatapon nopo ginavo nu kio(saya tida sudah dapat jumpa kamu, kasi kuat saja hati kamu)", Suara Bobohizan tersebut bertukar menjadi suara ayahnya. Bibi tergamam, adakah itu kata-kata ayahnya atau orang lain.

***

Keesokan harinya, adik-adik Bibi telah berkemas. Ada beberapa beg pakaian di luar rumahnya.

" Betul kamu tida mau ikut Ibi?", Pak ciknya bertanya buat kali terakhir.

" Nda lah uncle, saya di sini saja, lagipun beberapa minggu saja lagi mau exam, nanti habis sekolah saya datang pigi bandar", Bibi cuba berdalih, tetapi sebenarnya dia bimbang akan ibunya. Semenjak kebelakangan ini, ibunya tidak mahu makan. Ini menyebabkan kesihatan ibunya merosot.

" Bah, Kalau begitu, kami jalan dulu lah", neneknya bersalaman dengan Bibi.

" Palan-palan saja kamurang ah nek", Bibi kemudian menjawab.
Dia tahu, ibunya berada di dalam rumah dan masih tidak mahu bercakap dengan neneknya. Luka lama di hatinya masih berdarah.

***
Sudah beberapa minggu adik-adiknya tinggal di rumah neneknya.
Dan dia juga tahu beberapa hari lagi peperiksaan akan menjelang.
Dia berfikir akan keberuntungan adik-adiknya tinggal di rumah mewah. Di belek-beleknya telefon bimbit di tangannya. Dia tersenyum. Sungguh baik Albert memberinya telefon bimbit yang sudah tidak dipakainya, dapat juga dia bertanya soalan kepada rakan-rakannya. Dapat juga dia melepaskan kerinduan kedua orang adiknya.

Tiba-tiba telefonnya berdering. Tertera nombor yang tidak dikenali. Agak ragu-ragu Bibi menjawab.

"Hello".

"Aka, tulung aka, si Gunini kena kurung dalam bilik, tidak kena kasi makan uncle, saya kena paksa cuci kain sama cuci piring kak, diorang pukul saya kak", adiknya menangis tersedu-sedu.

"Apa!?" Bibi terkejut. Talian terputus. Bibi tidak keruan. Apa yang telah terjadi? Tangan dan kaki Bibi bergetar lemah tidak bersebab. Bermacam-macam perkara bermain di dalam fikiran Bibi.

No comments:

Post a Comment