Kerana Bobohizan

Friday, 12 October 2012

Part 4


Part 4

Bibi tersungkur di kaki lima rumah Lana. Semua tetamu dan ahli keluarga Lana hairan, baru sebentar tadi mereka balik, apa yang tertinggal? Kalau ada yang tertinggal kenapa Bibi menangis?

“Lana!”, Bibi tidak dapat meneruskan kata-katanya. Ibu Lana menerpa Bibi lalu memapahnya ke kerusi yang berdekatan.

“Nokuo Ibi?(kenapa Ibi)”, Ibu Lana, Loini bertanya. Dia juga kaget akan keadaan itu.  Tiba-tiba, nafas Bibi tersekat-sekat, dia pengsan di dalam dakapan ibu Lana. Lana yang baru sahaja turun dari tangga
tergamam dan terduduk.

“Ugou! Capat pigi ambil air! Capat!”, Loini memerintahkan anaknya  yang bongsu.  Secepat kilat Ugou berlari ke  dapur. Dia tidak tahu air apa yang mahu diambil, air minum atau air untuk menjirus
muka Bibi.  Diambilnya sebaldi air berdekatan pintu dapur dan bergegas kembali ke halaman rumah.
Ibu Lana mencelup tangan ke  dal;am baldi, diambilnya  seruap air di tapak tangan, kemudian mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu, lalu dijirusnya  di muka Bibi.

“Kurrr semangat!”,  Loini kemudiannya menjirus ubun-ubun rambut Bibi.  Ibu Lana memang terkenal sebagai Bobohizan atau bomoh yang handal di kampung mereka. Memang ramai penduduk kampung yang meminta bantuan ibu Lana apabila berada dalam kesusahan.Tidak lama kemudian,
Bibi tersedar dan kemudia terus menangis teresak-esak. Lana pantas bangun dan menerpa rakan baiknya itu.

“Dadi, dadi saya.. jatuh di sungai”, hanya itu yang mampu dijelaskan Bibi, dia teresak-esak sambil
memeluk Lana.


*******

Malam itu, seluruh penduduk kampung Vasai gempar, beberapa orang pemuda kampung  menyuluh di tebing-tebing sungai berharap yang ayah Bibi sudah naik ke tebing. Mereka memulakan pencarian dari kawasan ayah Bibi terjatuh sehingalah ke sungai Besar. Malam itu juga, penduduk kampung Vasai tidak tidur lena, ada beberapa orang wanita menemani Kotilin sambil mententeramkannya.

“Mungkin,kita terpaksa tunggu sampai bisuk lah ni, kalau kita telefon Bomba pun, belum tentu diorang dapat sampai hujan-hujan begini di kampung kita”, Ketua kampung memberi cadangan.
Semua penduduk kampung yang ada ketika itu mengangguk-angguk, memang pernah kejadian seperti ini berlaku, oleh kerana keadaan jalan raya yang berlubang-lubang, pihak Bomba tersadai semalaman di tengah-tengah kegelapan malam, akibatnya mereka haya dapat meneruskan pencarian pada keesokan hari.


Kedengaran sayup-sayup suara ibu Bibi meraung dan menangis  teresak-esak. Tidak ada penduduk kampung yang tidak sayu mendengar raungan ibu Bibi. Semuanya terdiam, beberapa orang kampung pulang ke rumah untuk berehat, mereka berjanji akan datang awal pada pagi esok untuk membantu mencari ayah Bibi.
*******

Kelihatan beberapa orang pegawai Bomba berbual-bual dengan ketua kampung. Dua orang peyelam juga bersedia untuk meneruskan misi pencarian. Lana meninjau dari jauh, dia harus bersedia dengan apa  saja kemungkinan. Semalaman dia berfikir, semalaman dia berdoa, memohon agar dia  dapat menghadapi situasi-situasi yang paling genting yang mungkin bakal berlaku nanti. Dia bergegas turun dan menuju ke tebing sungai. Lana cepat-cepat menarik tangannya.

“ Kada poh Ibi(jangan dulu Ibi)”, Lana cuba memujuk akan ketidaksabaran Bibi. Apa tidak, sudah semalaman dia menunggu. Dia harus tahu, ya, dia telah nampak sebentar tadi dua orang penyelam itu telah masuk ke  dalam sungai. Bibi merentap tangannya dari pegangan Lana lalu melompat dan berlari ke tebing sungai. Hatinya sudah tidak tentu arah, jantungnya berdebar-debar, dia menunggu dan terus menunggu. Beberapa  minit kemudian, salah seorang penyelam mengangkat  sebelah tangan. Apakah isyarat itu? Perasaan Bibi melonjak-lonjak ingin tahu.

2 comments: