Kerana Bobohizan

Friday, 12 October 2012

Part 2

 Beberapa hari kemudian, Kampung Vasai mengadakan majlis perkahwinan Kakak kepad Lana. Kisai,Albert,Bibi dan Lana bertemu di sana. Ibu bapa mereka sedang sibuk bercerita dengan tetamu-tetamu yang datang.

"Wah! Lawa-lawa sumandak kita niari kan kisai", Albert mengusik Bibi dan Lana.

"Bah,mimang laba,sudah nama  dia  sumandak.. takkan mau mangut-mangut lagi", Bibi menjawab sambil mencebikkan bibirnya. Kisai dan Lana hanya tersenyum melihat telatah mereka.

" Bagus kita pigi sana belakang tempat urang main tagung, di sini telampau ramai urang bah", Lana memberi cadangan.

"okeh", kesemua mereka bersetuju lalu bergerak ke bahagian tepi.

Tangung merupakan alat muzik tradisional kaum Kadazandusun di Sabah yang memerlukan beberapa orang pemain termasuk pemain Kulintangan, rentak dan lagu yang dimainkan di setiap daerah sangat berbeza.

"Jadi,apa cerita kita ni? Sia  dengar kamu nda buli keluar sudah,betul kah?", Albert cuba memulakan perbualan.

"Betul lah tu", Bibi memuncungkan bibirnya.

"Satu bulan lagi kita mau ambil exam SPM sudah kan, itu lah mungkin kita nda  kena  suru lepak suda sama-sama" Lana meluahkan.

"Kalau begitu, mungkin lepas ni sampai bila-bila pun kita inda tejumpa lah ni", Albert menggaru kepala yang tidak gatal.

"Kenapa pula?'' Kisai pula menyampuk setelah sekian lama berdiam diri.

"Anu bah, daddy saya mau hantar saya pegi Australia lepas  SPM ni, sementara tunggu keputusan SPM keluar nanti,dia suru tinggal sama kakak saya,mungkin lepastu saya sambung study di sana juga", Albert memberitahu mereka.

"Haa,betul bah?" Bibi dan Lana serentak terkejut dan bertanya.

" Jadi,takkan kau kasi tinggal saya saja mau jaga  dorang dua ni?'' Kisai cuba membuat lawak.

"Eeh,kau ni Sai, orang cakap betul-betul bah" Bibi agak tersentuh dengan kenyataan itu.

"Saya harap kamu jaga la diri ah, saya pun nda tau lagi dapat lagi balik sini kah nda" Albert menarik nafas dalam.

"Kenapa pula?'' Lana bertanya.

" Alaaa.. mana laba dia mau balik sini kampung kan, mungkin kalau dia balik pun suda  kahwin sama urang sana ooo", Kisai cuba membuat lawak tetapi Lana tiba-tiba bangun dan berlari masuk ke  dalam rumah.

" Kau tinguk kan Sai, suka betul kau ni kasi sakit hati orang ooh" Bibi mencebik.

"Siou laba, saya gura-gurau saja bah tadi tu, takkan benda  kecil pun mau ambil hati", Kisai mempertahan kan dirinya.

" Yalah, kau nda tau ka yang si Lana tu suka  sama si Albert dari kici?"  Bibi menjelaskan kepada Kisai.
Muka Kisai agak berkerut. Tiba-tiba Albert mencelah " Eh, kamu mau apa-apa minuman ka? Saya mau p ambil ni?" Albert bertanya kepada mereka kerana  tidak mahu perkara itu berpanjangan. Dalam hatinya, dia juga sedih akan perpisahan mereka nanti. Dia juga suka akan Lana, tetapi dia tidak tahu bilakah dia akan meluahkan perasannya itu.

No comments:

Post a Comment