Kerana Bobohizan

Sunday, 28 October 2012

Part 16


Part 16

“Bah, nung nokoikot ko noh huud bandar kada hivai talipunai Ina hiti(kalau sampai bandar, jangan lupa telefon mama)”,  Loini mengingatkan Lana. Agak risau juga dia kerana ini pertama kali dia membenarkan Lana keluar untuk bekerja setelah sekian lama terperuk di kampung sahaja.

“Oo, boh Ina, (iya bah Ma)”, Lana membalas. Pakaian dan keperluannya suda dikemas dan sudah disediakan di halaman rumah. Dia duduk di beranda  rumahnya sambil menunggu kedatangan Bibi.
Sebuah kereta pacuan empat roda bercermin gelap masuk ke halaman rumah Lana. Bibi keluar, terukir  senyuman di bibirnya. Kemudian seorang lelaki keluar dari tempat duduk pemandu.
Lana kemudian memanggil ibunya supaya segera keluar lalu bergegas turun.

“Isai ti?(siapa ni)”, lelaki itu bertanya kepada Bibi.

“Iti nopo nga tambalutku, mongoi woyo doho, mongoi bandar tinu(Ini kawan saya, dia ikut saya, nanti pigi bandar)”, Bibi mejelaskan kepada lelaki itu. Lana hanya tersenyum-senyum malu.

“Lana”, dia menghulurkan tangan untuk bersalaman. Lelaki itu menyambut tangannya dengan penuh senyuman bermakna.

“Panggil saja Yudai”, dia memperkenalkan diri. Loini datang tergesa-gesa dari belakang. Kemudian dia membetulkan sarung yang dipakainya, lalu turun menuju ke arah mereka.

“Onu gia kalaja do patahakon diolo?(apa kerja kamu mau bagi dorang ni)”, Loini bertanyakan pak cik Kisai. Dia juga ingin tahu apakah pekerjaan mereka kelak.

“Emm, kivaa upisku huud bandar, buli no pakalaja do taip-menaip, kerani-kerani toi salun boh(ada pejabat saya di bandar, dorang buli kerja taip-menaip, jadi kerani atau kerja salun)”, Yudai meyakinkan ibu Lana.

“Oh, bah,jadi, mamanau ko noh?(kamu jalan suda)”, Loini bertanyakan sambil memandang wajah mereka satu persatu.

“Ooh boh, alaid no tih, otuong noh, bah mamanau poh (lambat suda ni, mau gelap sudah, kami jalan dululah)”, Pak Cik Kisai kemudian bersalaman dengan ibu Lana. Mereka kemudiannya masuk ke dalam kereta, Loini hanya memerhatikan saja pemergian mereka. Dia hanya mampu berharap yang mereka baik-baik sahaja, dia menyedari yang sudah sampai masanya mereka mencari hala tuju hidup sendiri.

***

“Emm, di mana kami mau tinggal nanti di bandar emm, abang?”, Lana memulakan perbualan, suasana sunyi di dalam kereta boleh membosankan.


“Panggil saja Yudai bah, lagipun umur kita nda jauh kan”, Yudai mencadangkan mereka memanggilnya dengan nama samaran.

“Emm, kamu tinggal di bilik sewa saya lah, lagipun tu bilik teda orang tinggal, dapur ada, bilik mandi ada, emm apa lagi yang kamu mau?”, Yudai menerangkan keadaaan tempat tinggal mereka.

“Okey juga tu”, Bibi bersuara setelah berdiam diri, dia  duduk di bahagian hadapan kerusi penumpang, manakala Lana memilih untuk duduk di belakang sahaja.

 Lana hanya mengangguk-angguk, dia merenung ke luar jendela, kemudian teringatkan Albert. Entah apa yang sudah berlaku kepadanya, selamatkah dia  sampai di Australia? Sudah makan kah dia? Selesa kah tidak dia dengan cuaca di sana? Satu demi satu persoalan bermain di benaknya. Lana memerhatikan cincin di jari manisnya, kemudian dia mengucup, kerinduannnya kepada Albert terubat sedikit melihatkan cincin itu. CIncin itu jugalah tanda kasih dan sayang Albert kepadanya, tanda dia akan menunggu Albert sehingga kepulangannya ke tanah air nanti.

***

“Lana!Lana!Posik noh(bangun lah)”,  Bibi mengejutkan Lana dari tidurnya.  Mereka sampai di bandar kira-kira pukul 11 malam, masih ada kedai yang menjalankan perniagaan.

“Sampai suda ka kita?”, Lanamenggeliat, dia kepenatan.

“Iyaba, turun la”, Bibi kemudian mengangkat beg pakaian mereka. Lana kemudian bangun dari tempat duduknya lalu turut sama mengangkat begnya. Mereka hanya menuruti langkah pak cik Kisai naik ke atas rumah kedai di tingkat tiga.

“Ini bilik kamurang, ada empat lagi bilik lain di sini, semua ada orang, dorang pun penyewa di sini juga, di hujung sana ada tandas dan dapur, ampaian semua ada di sana”,  Yudai menjelaskan  kepada mereka lalu menyerahkan kunci.

“Kamu nda mau p makan dulu ka?”, Yudai kembali bertanya.

“Oh, ndapalah, lagipun kami penat bah ni”,  Bibi menjawab.

“Okey, nanti bisuk pagi, sia kol kamu okey”, Yudai kemudian keluar lalu turun ke bawah. Ada tilam sudah disediakan, malah bilik itu turut dilengkapi kipas, ini agak baik kerana mereka tidak tidur  dalam kepanasan malam itu.

“Ko mau tidur  suda ka? Macam sia nda  selesa oh, sia p mandi dulu lah”, Bibi menyatakan hasratnya.

“Okey”, Lana menjawab, dia hanya mampu meletakkan barang-barang mereka di tepi, membentangkan tilam lalu tertidur dalam masa  sekejap sahaja.


***

Tok!Tok!ToK! Pintu bilik mereka diketuk.  Lana terkejut lalu terjaga. DIlihatnya Bibi sedang nyenyak tidur. Kemudian dia terdengar suara lelaki berbual-bual di luar. Lana segera bangun lalu mengintai dari celah-celah pintu, ada dua orang lelaki. Apa yang mereka mahu? Lana kemudiannya cuba mengejutkan Bibi. Dengan penuh susah  payah Bibi bangun lalu mengosok-gosok matanya.

“Kenapa gia?”, Bibi bertanya dalam keadaan suaranya yang garau.

“Ada urang di luar katuk-katuk pintu kita”, Lana takut kalau-kalau itu orang jahat.

“Haa? Emm, sikijap, mungkin si Yudai tu”, Bibi menyatakan sangkaanya. Dia berdiri hendak menuju ke arah pintu.

“Ibi, kada poh, intangai poh talipunu, zisai komiho kiva mesej dau noikot(Jangan dulu, tingu dulu telefon kamu, sepa tahu mungkin ada mesej dari Yudai sampai)”,  Lana mencadangkan, firasatnya mengatakan adalah lebih baik mereka tidak membuka pintu. Bibi meraba-raba di bawah bantal mencari telefon bimbitnya, kemudian dia menekan-nekan butang telefonnya.

“Teda juga dia SMS ni, bah, tidur la kita, mungkin bisuk mula suda kita kerja ni”, Bibi kemudian meletakkan telefonnya, berbaring dan tidak lama kemudian terdengar dengkurannya perlahan.
Lana tidak selesa tidur pada malam itu, dia hanya baring di sebelah Bibi tetapi fikirannya melayang.
Dia ingin sekali tau siapa yang mengetuk pintu biliknya. Adakah orang jahat? Atau orang tersalah bilik? Mungkin juga apa yang difikirkannya itu betul, di situ memang ramai penyewa, siapa tahu kawan-kawan mereka datang melawat tetapi tersalah bilik.  Lana tertidur dalam lamunan panjangnya,buat seketika dia terlupa akan perkara yang berlaku kepada mereka sebentar tadi.

2 comments: