Kerana Bobohizan

Thursday, 25 October 2012

Part 14



Kicauan burung gemersik di telinga Lana. Dia terjaga dari tidur, sudah agak tingi matahari. Dia keseorangan, adakah semalam dia hanya bermimpi tidur bersama Albert? Adakah memori bahagia itu hanyalah mainan tidurnya? Dia melihat sekeliling, ada telefon bimbit. Diambilnya lalu dia ditekannya butang telefon,  ada mesej.

“Siou ah, sa kasi tinggal ko time ko tidur, tapi sa tahu lagi teruk nanti jadi kalau kita dua kena jumpa sama-sama. Sa janji saya akan contact ko nanti, yang penting ko mesti simpan ni henpon, okey 
Pulang lah rumah, sa tau dorang nda marah suda  sama ko tu, dorang semua risau tu sama ko,tunggu saya, k. Thanks for the wonderful night, Guminavo zou diau gisom sogigisom(Saya cintakan kamu selama-lamanya)”.

Lana tersenyum lebar setelah membaca mesej yang ditaip Albert. Digenggamnya telefon bimbit itu, lalu dipeluk, dia akan menyimpan telefon ini, sebagai tanda  dia  setia menunggu Albert. Dia bangun dan kemudian turun ke bawah, tetapi langkahnya terhenti di anak tangga. Loini, Bibi, Kisai dan beberapa orang penduduk kampung berdiri tidak jauh dari pondok itu.

“Lana”, Loini berlari mendekati pondok itu lalu menerpa Lana. Lana yang agak terkejut dengan situasi itu turun dan memeluk ibunya.

“Ina, ompuno zou Ina”, merembes air mata Lana apabila ibunya memeluknya seperti itu.

“Amu, amu, zou kihasa, zou kihasa(bukan,bukan, mama yang salah)”, Loini menggeleng-geleg kepala dan terus memeluk Lana dengan lebih rapat. Semua mata yang memandang ketika itu sayu dan sedih.

“Muhi kio”, Loini menyambung pujukannya . Lana merupakan satu-satunya anak perempuannya yang tinggal, kakak-kakaknya yang lain sudah berkahwin dan mempunyai tanggungjawab masing-masing, jika Lana tiada entah siapa akan menjaganya kelak.

***

Lana duduk di tepi anak tangga rumahnya. Sekali sekala dia menabur jagung untuk anak-anak ayam peliharaan ayahnya. Dia teringat akan perbualannya dengan Albert, adakah selama ini Bibi menipunya. Adakah selama ini dia telah diperbodohkan? Surat itu, ya,atau mungkinkah Bibi menyelamatkannya daripada dikenakan tindakan oleh sekolah. Kalaulah sirat itu sampai di tangannya, dan dijumpai di begnya, sudah tentu dia yang akan di denda, ini akan menjejaskan prestasinya. Lana mengeluh, mungkin Bibi benar-benar membantunya.

“Lana”, Loini menegurnya tiba-tiba.  Dia berpaling kemudian tersenyum sedikt, peerasaan bersalah masih berbekas di hatinya. Tapi, adakah dia harus mengikuti sahaja kemahuna ibu bapanya seperti kaka-kakaknya dahulu, dijodohkan begitu awal. Bahagiakah mereka atau hanya berpura-pura?


“Kau saja lagi yang tinggal di sini rumah kan, apa dii kau mau buat lepas ni?”, Ibunya memulakan perbualan.

“Kalau keputusan sia ok, sia rasa mau sambung belajar la”, Lana meluahkan.

“Buat apa juga kau belajar tinggi-tinggi, kau bukan lelaki, nda payah mau kasi makan anak urang”,

“Kau belajar tinggi-tinggi pun, nanti suda kawin, ko masuk juga dapur kan”, Loini mengukuhkan penerangannya. Terkedu Lana mendengarnya, Ibunya sedikit pun tidak memberikan apa-apa dorongan. Patut lah selama ini, kakak-kakaknya semuanya cemerlang dalam pelajaran. Tetapi mereka sedikit pun tidak dapat membantah kata-kata ibunya.

“Tapi, Ina…”, Lana tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia takut sekali lagi dia akan melukakan hati ibunya.

“Ina mau ajar kau, mau kasi turun ilmu Bobohizan ni sama kau”, terbeliak mata Lana mendengarnya.

“Kau pun besar sudah, cukup umur, cukup syarat, kalau kau sudah sedia, baru Ina ajar”, Loini menyambung. Kemudian Loini bangun dan turun ke tanah berkaki ayam sambil memegang jagung makanan ayam. Lana sungguh binggung, tidak ada apa-apa lagi yang harus dilakukannya. Dia seperti ditelan mati emak, diluah mati bapa. Terbeban dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.

****

“Kau p mana oh semalam? Berabis suda kami cari ko 1 kampung ni tau”, Bibi terus-menerus bertanyakan Lana sesampainya saja dia di kaki lima rumah Lana.

“Sendiri…sia rasa itu yang terbaik buli sia lakukan”, Lana menjawab pertanyaan Bibi.

“Ko tau kah kami risau sudah sama ko, si Kisai sama si Albert sikit lagi betumbuk oh”, Bibi menceritakan keadaan yang berlaku selepas dia pergi meninggalkan majlis hari lahir Kisai.

“Ah, butul bah? Kenapa pula?”, Lana yang baru sahaja tahu cerita sebenar menunjukkan  dia tertarik dengan cerita Bibi.

“Alaa.. ko tau la si Kisai tu, kalau suda mabuk semua pun dia mau pigi gasak”, Bibi menerangkan, baginya lebih baik dia berdiam akan hal sebenar. Dia tidak mahu Lana tahu, mereka bergaduh kerana masing-masing sukakan Lana. Lana hanya berdehem sambil mencebikkan bibirnya.

“Bi, kita kerja mau?”, Lana mencadangkan apa yang tersirat di hatinya. Mungkin itu juga satu jalan untuk dia keluar dari kampungnya.

“Kerja? Ko yakin ka? Di mana? Kita mau kerja apa ni?’, Bibi menyoal bertalu-talu.  DIa juga agak berminat akan cadangan Lana.

“Sia pun nda tau ni.. apa-apa saja lah, yang penting nda buat yang bukan-bukan laba”, Lana menjelaskan. Dia tahu memang banyak pekerjaan di bandar Kota Kinabalu, tetapi ada yang halal da nada yang haram.

“Oh ya, baru sia ingat…ada kan uncle si Kisai buka bisnes dibandar, bagus kita pigi minta kerja sama dia”, Bibi bercakap dengan wajah yang gembira. DIa kenal pak cik Kisai itu, orang kaya, bila balik ke kampung Vasai, ada-ada sahaja keretanya.

“Bah, ko cuba-cuba lah tanya nanti ah, ko pun tau kan macam mana keadaan sa sama si Kisai sekarang, mungkin kalau kami becakap pun susah suda”, Lana menarik nafas yang panjang, dia sukar berkomunikasi dengan Kisai sekarang.

***
Malam itu, beberapa buah kereta mewah sampai di halaman rumah Lana. Bagi Lana itu merupakan perkara biasa, ibunya pandai mengubat, mungkin mereka juga datang untuk tujuan yang sama.
Dia masuk ke dalam bilik dan membelek-belek novel yang belum habis dibacanya. Tiba-tiba pintu bilinya diketuk, dia membuka pintu dan melihat wajah ibunya yang penuh pertanyaan. Ibunya masuk lalu menutup pintu.

“Muhang ko zi Albert?(ko suka si Albert)’’, Ibunya bertanya soalan yang sungguh tidak dijangka-jangka.

“Ina?”, Lana tergamam. Bagaimana ibunya tahu? Bergetar jari- jemarinya, adakah ibunya tahu yang Albert tidur bersamanya pada malam itu? Habis lah dia, entah apa hukumannya nanti, bermacam-macam perkara terbayang di benaknya.

“Ko jawab naka, Ina mau tau ni”, Loini masih lagi memerlukan kepastian dari mulut ibunya.

“Iya”, hanya itu jawapan dari mulut Lana, dia menjawab sambil pura-pura menoleh ke arah dinding.

“Bah, baguslah.. kalau begitu, Ina terima saja lamaran diurang”, Loini kemudian mengangguk-angguk.

“Lamaran? Siapa?’’,  Dia bertanya lagi, adakah itu lamaran keluarga Kisai?

“Albert”, Loini menjawab sepatah. Lana ternganga.

"Tutup mulut ko tu, nanti masuk lalat", Loini menyedarkan Lana dari perbuatan spontannya itu.

“Sudah, pigi tukar baju, nanti Ina panggil kamu keluar, ni malam juga kamu kena kasi tunang, sebab bisuk si Albert pigi Australia suda”, Loini kemudiannya keluar dan turun ke dapur untuk menyiapkan minuman. Kalau bukan kerana rumahnya berlantaikan papan, mahu saja rasanya dia melompat ketika itu.

No comments:

Post a Comment