Kerana Bobohizan

Tuesday, 23 October 2012

Part 13



Part 13

Lana sudah tidak dapat membendung perasaannya, dia menarik tangannya dari gengaman Kisai.  Dengan sekuat hatinya dia berlari meninggalkan majlis itu, tetapi sempat  menoleh ke arah Albert.  Albert agak terkejut akan keadaan yang tidak disangka-sangka itu. Penduduk kampung yang ada semuanya berpandangan, Kisai pula kaku di tempatnya.

“Lana!”, Bibi memanggilnya. Sudah terlambat, Lana sudah berlari jauh dan mungkin dia  sudah tidak dapat mendengarnya.  Tiba-tiba Albert berlari keluar daripada kesesakan orang ramai dan terus mengejar Lana, Kisai yang dari tadi bisu juga bangun dan mengikut jejak Albert. Lana berlari menyursur jambatan dan tebing-tebing sungai, dia tidak mahu balik ke rumah. Dia tahu pasti dia akan dipersoalkan ibu bapanya, dia telah memalukan ibu bapanya dengan menolak lamaran Kisai.
Kemudian dia tersedar, ada seseorang mengekorinya sambil memanggil namanya, itu Albert! Tapi, bukan sekarang dia harus bersua Albert, bukan sekarang dia harus meluahkan kepada Albert. Dia mahu semuanya berlaku pada masa yang sesuai, biar lah mereka tidak tahu dia  di mana. Kemudian dia membelok ke arah satu jalan kecil, masuk ke  dalam kebun getah dan kemudian menghilang dalam kegelapan malam. DIa tidak takut akan apa-apa lagi, yang penting dia harus lari daripada semuanya, lari daripada masalah-masalh yang menimpanya.
“Lana!”, Albert memanggil Lana sekuat hatinya apabila sampai di jalan yang bersimpang. Dia tidak tahu arah manakah Lana menghilang.

“Hoi!”, kisai menjerit dari jauh.

“Apa ko buat sama bakal tunang sia ah?!”, Kisai terus-menerus bertanya sesampainya dia di hadapan Albert.

“Mana si Lana?”, dia memegang kolar baju Albert sambil menjengilkan mata. Dalam fikiran Kisai, kerana Albert lah Lana lari, kerana Albert lah, lamarannya tidak disambut.

“Mana  sia tau!”, Albert mempertahankan dirinya.

“Kurang ajar!”, Kisai yang sudah terpengaruh dengan alkohol itu kemudian tidak dapat mengawal perasaannya. Dia cuba menumbuk Albert di kepala, tetapi Albert dapat mengelak. Kemudian, Albert menjatuhkan Kisai dengan menyilangkan kakinya dengan Kisai. Kisai terduduk tetapi cuba bangun balik.

“Saya nda mau begaduh sama kau Sai”, Albert cuba bermain kata dengan Kisai, dia tahu mungkin Kisai cuba menutup malunya kerana ditinggalkan Lana sebentar tadi, dia tahu Kisai sdah dipengaruhi alcohol, kerana itu lah dia dapat berfikir  secara rasional, untuk tidak melawan Kisai.

“Sai! Obot!”, tiba-tiba  satu suara yang dikenali memanggil mereka dengan tegas.  Loini, ibu lana memandang mereka dengan tajam.

“Kenapa lagi ni? Mana si Lana?”, Loini menyoal mereka. Kisai dan Albert berpandangan, kemudian Kisai bangun dari kedudukannya.

“Ini! Tanya ni urang, pasal dia lah semua ni jadi”, Kisai menunjuk ke arah Albert. Albert tidak dapat berkata apa-apa. Perkara terakhir yang berlaku tadi bermain di fikirannya, Lana terkejut akan kehadirannya, dan menamg betul mungkin dia yang bersalah.

“Uha! Uha! Au zou mimang mokinongou nunu solita, ongoi tanud zi Lana!(sudah!sudah!saya tidak mau dengar apa2,pigi cepat ikut si Lana)”, Loini kemudian memberi arahan. Kisai kemudian mengeluh lalu berjalan ke arah bertentangan dengan Albert. Albert pula kemudiannya berdiri, berfikir sebentar, dalam samar-samar tadi dia nampak ke mana lorong mana Lana menuju.Beberapa penduduk kampung yang lain turut sama memulakan gerakan mencari. Albert tidak mengikut mereka, dia mempunyai firasat yang kuat yang Lana berada  di hujung kampung. Ya, tempat mereka selalu bermain-main dan melepak bersama-sama, ada pondok di situ! Albert bergerak menuju ke lorong yang gelap itu setelah mereka yang lain meninggalkan tempat tadi.

Suasana malam di kebun getah itu sangat menyeramkan, Albert yang jarang berada di kampung sebenarnya agak sedikit takut. Bukan takutkan hantu atau apa, tetapi takutkan binatang buas dan berbisa.  Dalam kesamaran malam, Albert terlihat cahaya dari kejauhan.  Ya! Ada orang di pondok itu! Dengan berhati-hati, Albert mendekati pondok kecil itu, dia mahu memastikan siapa yang berada di dalamnya. Semakin dia hampir, semakin kuat tangisan seorang perempuan. Betulkah itu Lana? Albert ragu-ragu, jangan-jangan dia dipermainkan orang bunian, kembang bulu tengkuknya.

“Lana?”, Albert memberanikan diri memanggil dari luar.

“Siapa tu”, Lana menjawab. Albert lega, kerana dia tahu itu suara Lana.

“Boleh saya naik ka?”, Albert meminta izin, mungkin agak tidak manis mereka berdua-duaan di situ.

“Emm”, Lana hanya menjawab bersahaja. Sebenarnya, dia tidak menyangka Albert akan bertemunya dalam keadaan begitu, di tempat begitu. Albert naik lalu melihat-lihat keadaan disekeliling pondok, masih tersimpan barang-barang mereka, kerana itu juga lah Lana dapat menyalakan pelita.

“Kenapa ko lari tadi?”, Albert memulakan pertanyaannya. Dia memandang wajah Lana.

“Albert”, Lana menghentikan pertanyaan Lana.

“Ko suka si Bibi kan?’’,  Lana meneruskan pertanyaannya, kali ini dia harus memastikan apa yang perlu dia tahu, perasaanya yang bercelaru sekarang membuatkan dia berani bertanya.

“Siapa cakap?”, Albert hairan. Riak wajah Lana berubah.

“Jadi, apa guna sa kirim ko surat sama cincin hari tu?”, Albert pula kembali bertanya Lana, dia hairan akan pertanyaan Lana.

“Surat?Cincin?”, terbeliak mata Lana. Dia mengelap air matanya yang masih bersisa.

“Cinta boleh datang dalam sekelip mata,
 tetapi cinta tidak akan hilang walau sesaat.
Aku merantau bukan mencari cinta,
tetapi berusaha membahagiakan cinta.
Jika waktu sudi bersimpati,
ku tunggu kau hingga akhir nanti.
Jika kau sudi menerima,
cincin di jari tanda ingatanmu kepadaku.”


Albert mengungkapkan bait-bait puitisnya di dalam surat untuk Lana.

“Tapi…tapi, bukan itu untuk si Bibi ka?’,  Lana masih tidak yakin.

“Mana ada oo, sa bagi tu surat untuk ko bah, sa  sangka sa nda dapat balik kampung lagi”, Albert mejelaskan cerita sebenar. Tetapi dia hairan, adakah Bibi tidak amanah? Adakah dia tidak menyerahkan surat itu kepada Lana.

“Jadi, apa yang Bibi cakap sama saya tu tipu lah? Dia cakap ko suka dia, lagipun saya pernah nampak sms ko untuk dia”,  Lana semakin sangsi, dia teringat akan pesanan Albert untuk Bibi tempoh hari.

“Ko bilang begini.. kenapa nda jawab fon, saya rindu bah sama kamu”,  Albert pula hanya tersenyum.

“Ko inda tau pula kan saya selalu tanya pasal ko sama si Bibi? Tapi sa heran, dia cakap kamu selalu study sama-sama, tapi bila saya mau cakap sama ko, dia bilang ko teda”,  Albert kemudian menjelaskan keadaan sebenar yang dihadapinya.

“Ko sayang sia ka?’”, Baru sahaja Lana mahu membuka mulut, Albert memotong dan terus bertanya.

“Eee.. bila pula?’’, Lana kemudian cuba menyangkal.

“Jadi, tadi si Kisai mau lamar ko, kenapa ko lari lepas ko nampak sa?’’,  Albert cuba mengorek perasaan Lana yang sebenar. Dia berharap yang dia tidak bertepuk sebelah tangan. Tiba-tiba Lana menangis tersesak-esak, Albert terkejut akan keadaan itu, dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.
DIa bangun dari tempat duduknya lalu duduk hampir dengan Lana.

“Ui, ui, siou, siou bah, saya salah kah? Siou.. aduiiii”, Albert takut yang dia telah melukakan hati Lana.

“Eee… ko ni”, Lana mencubit lengan Albert.

“Aduiii, sakittt”, Albert mengadu tetapi kemudian ketawa, diikuti dengan Lana.

“ Sia sayang ko bah”,  Lana akhirnya berterus terang, terukir senyuman di wajah Albert. Hatinya senang kini, dia tahu yang dia tidak berpeluk sebelah tangan lagi. Malam itu, seluruh penduduk kampung sibuk mencari Lana, tetapi tidak ada sesiapa yang menjumpainya.  Malam itu juga, bulan dan bintang menjadi tatapan mereka . Albert berjanji, sekembalinya dia dari Australia nanti, dia akan melamar Lana dan mengahwininya dan Lana juga berjanji akan menunggunya. Kesejukan malam memaksa mereka  tidur  dalam pelukan masing-masing.

1 comment: