Kerana Bobohizan

Sunday, 21 October 2012

Part 11



Part 11

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan bermula. Lana dan Bibi sibuk mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Albert selalu menghubungi Bibi untuk bertanyakan khabar tentang Lana, ini kerana Lana sememangnya tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit oleh ibu bapanya. Bagi mereka, itu akan menjejaskan pelajarannya dan tidak ada kepentingannya bagi Lana. Bibi selalu membohongi Albert dan menyatakan Lana tidak ada bersamanya, Albert pula  agak kecewa mendengar akan perkara itu.


Pada suatu hari, minggu terakhir sebelum mereka ke mengambil peperiksaan,Lana datang ke  rumah Bibi untuk mengulangkaji mata pelajaran sejarah. Mereka cuba menjawab soalan peperiksaan tahun-tahun lalu untuk melatih diri menghadapi soalan sebenar dalam peperiksaan kelak.

“Ibi, Ibi!”, Kotilin memanggil Bibi dari kejauhan. Ternyat Kotilin sebenarnya berada di kebun sayur belakang rumah mereka. Bibi bergegas ke belakang rumah, manakala Lana menunggu Bibi di beranda rumah mereka.  Bagi mereka, lebih seronok mengulangkaji sambil menikmati pemandangan
d luar rumah, hijau dan tenang.

“Onu , mami?”, Bibi bertanya dari jendela  dapur.

“Taako poh vaig, sisikapon(ambil dulu air,cepat-cepat)”,  Kotilin memberi arahan. Sudah separuh hari dia berada di kebun belakang rumahnya. Baginya lebih baik dia berada di sana membersihkan rumput lalang dan menanam tanaman baru sementara menunggu padinya masak beberapa minggu lagi. Bibi bergegas mengambil air di dalam bekas yang tersedia lalu turun dan menuju ke kebun belakang rumah.


Sedang Lana sibuk menjawab soalan, tiba-tiba telefon bimbit Bibi bordering. Tertera nama  Albert,
Lana tidak menjawab panggilan itu. Seketika kemudian, panggilan dimatikan, kemudian mesej masuk tiba-tiba. Perasaan ingin tahu Lana membuak-buak, ditekannya telefon bimbit Bibi, pesanan dibuka.

“Kenapa nda jawab fon? Saya rindu bah sama kamu”, Pesanan Albert dibaca di dalam hati. Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki Bibi naik ke  rumah, Lana memadamkan pesanan itu. Kemudian dia berpura-pura menyambung kembali menjawab soalan peperiksaan tersebut.

“Adik kamu mana Ibi?”, Lana cuba mengalih perhatian Bibi. Takut-takut dia terdengar bunyi deringan telefon bimbitnya tadi.

“Ala… biasa lah tu, kalau belum gelap, belum lagi dorang pulang tu”, Bibi menjelaskan tentang perangai adik-adiknya , apabila keluar bermain tidak akan ingat untuk makan atau balik ke  rumah.
Lana hanya ketawa tersengih, dalam hatinya dia terfikir akan mesej Albert kepada Bibi. Nampaknya Albert begitu serius dengan Bibi, jadi, dia harus mengundur  diri demi kebahagiaan kawannya itu.


***

Sudah beberapa hari peperiksaan SPM berlalu, tinggal satu mata pelajaran sahaja lagi yang belum mereka duduki. Beberapa orang pelajar yang lain sudah menunjukkan riak wajah yang gembira kerana sudah berakhir perjuangan mereka di sekolah menengah. Kertas peperiksaan diedarkan kepada  semua pelajar, ada yang menarik nafas panjang, ada yang meletup-letupkan jari dan mahu segera menhabiskan peperiksaan ini. Ketua pengawas peperiksaan menerangkan peraturan-peraturan dan memastikan para pelajar mendapat jumlah muka surat atau kertas peperiksaan yang betul.

“Peperiksaan bermula sekarang, kamu boleh mula menjawab”,  Ketua peperiksaan mengakhiri penerangannya. Lana mejawab kertas  tersebut dengan penuh keyakinan, baginya lebih baik dijawab apa yang dia tahu dan ingat berbanding membiarkan sahaja kertas  itu kosong.Tiba-tiba, salah satu penjaga peperiksaan tersebut membawa Bibi ke depan lalu membisikan sesuatu kepada ketua pengawas peperiksaan. Lana hairan, mesti ada sesuatu yang tidak kena, dilihatnya muka Bibi merah padam. Penjaga tersebut memberikan sesuatu kepada ketua pengawas. Bibi meniru? Dia tidak jujur?
Lana terkejut akan perkara itu, mustahil perkara itu berlaku. Dia sama-sama mengulangkaji pelajarannya, dia tahu Bibi tidak mungkin akan melakukan perkara itu. Lana menyambung mennjawab peperiksaannnya, dia agak terganggu akan situasi itu. Tidak lama kemudian, kelihatan pengetua sekolah mereka masuk sebentar, bercakap-cakap dengan ketua pengawas peperiksaan lalu keluar bersama-sama Bibi. Tingal beberapa minit sahaja lagi peperiksaan berakhir, seluruh dewan menunjukkan tanda tanya di wajah mereka. Dia perlu tahu apa yang berlaku kepada kawan baiknya.

“Masa telah tamat, pastikan kamu isi nama, angka giliran, nombor IC dan kod mata pelajaran, dan tingalkan kertas kamu di sebelah kanan meja kamu”, Ketua pengawas memberi arahan. Lana memeriksa kali terakhir kertas jawapannya, semua  sudah lengkap. Pengawas peperiksaan mengutip kertas jawapan dari barisan hadapan, bagi Lana menunggu pengawas tersebut mengutip kertas jawapannya bagaikan setahun. Dia sungguh tidak sabar untuk keluar.

***

“Ibi!”, Lana berlari mendapatkan Bibi. Bibi hanya tunduk dan termangu sebentar.

“Kenapa tadi tu?”, Lana cuba bertanyakan apakah yang berlaku sebentar tadi.

“Saya…saya kedapatan meniru”, Bibi menjelaskan dengan jujur, sudah tidak ada gunanya lagi dia menipu, bukti ada di depan mata. Dia  dicekup oleh pengawas peperiksaan semasa menyalin nota yang dibawanya.

“Tapi.. tapi kenapa ko buat begitu Ibi? Ko tau kan itu salah”, Lana agak terkejut akan pengakuan berani Bibi itu. Sebenarnya dia mahu mempertahankan Bibi dan cuba untuk merayu dengan ketua peperiksaan agar Bibi boleh menduduki peperiksaan itu sekali lagi. Lana hanya terdiam, dia tahu tindakannya itu kelak pasti akan sia-sia.

“Ko tau juga kan sia lemah dalam tu subjek, sia  sangka klu buat begitu dapat kasi lulus sia”,
Bibi mula mengalirkan air mata. Lana agak kasihan dengan Bibi, dia tahu Bibi terlalu risau akan mata pelajaran tersebut. DIa cuba meletakkan dirinya dalam keadaan Bibi, menyelami perasaan Bibi, akhirnya dia faham.

“Bah, sudah lah tu, mari lah kita balik, nda pa bah tu, sia  dengar tu subjek boleh mengulang juga nanti”,
Lana cuba memujuk Bibi. Bibi mengangguk, Lana memimpin Bibi untuk bangun dari kerusi.

“Mari kita balik, si Kisai mau jumpa kita tu, dia bilang mau celebrate sebab kita habis  suda sekolah”, Lana menjelaskan. Malam semalam ibu bapa Kisai datang bertandang ke  rumah Lana, entah apa yang dibincangkan, mereka tidak tahu, tetapi Lana dan Kisai berbual-bual di beranda rumah.
Bibi sekali lagi mengangguk, dia juga sudah lama tidak berjumpa dengan Kisai.


No comments:

Post a Comment