Kerana Bobohizan

Sunday, 21 October 2012

Part 10



Part 10

Bibi menoleh ke belakang. Kelihatan beberapa orang pengawas yang baru sampai berbisik-bisik sesama sendiri.  Kegusaran menyelimuti dirinya, kemudian bermacam-macam perkara terbayang-bayang di benaknya. Seorang daripada pengawas ke  depan lalu memebri sesuatu kepada ketua pengawas.  Ada bakul besar bersama mereka, Bibi tahu itu merupakan tempat tersimpannya barang-barang rampasan.

“Okey, ada beberapa barang terlarang yang kami jumpa masa  sport-check tadi, handphone, cincin, rokok, dan termasuk lah surat cinta”, ketua pengawas mengumumkan.

“Buuuuuuu”, Seluruh dewan bergema, teriakan daripada pelajar lelaki memecahkan keheningan.

“Kami akan baca  surat cinta ini yang dijumpai bersama sebentuk cincin dari dalam beg Bibi binti Lojungah kelas 5B sebagai pengajaran untuk pelajar-pelajar lain”,  pengumuman darpada ketua pengawas mengejutkan seluruh isi dewan. Tersirap darah Bibi mendengarnya, dia tidak tahu apa akan jadi selepas ini.

“Cinta boleh datang dalam sekelip mata,
 tetapi cinta tidak akan hilang walau sesaat.
Aku merantau bukan mencari cinta,
tetapi berusaha membahagiakan cinta.
Jika waktu sudi bersimpati,
ku tunggu kau hingga akhir nanti.
Jika kau sudi menerima,
cincin di jari tanda ingatanmu kepadaku.”

Seluruh dewan gemuruh seketika, kesemua pelajar-pelajar sesi pagi ketika itu menoleh ke sana dan sini. Bibi berdiri kaku, badannya terasa panas, entah malu, entah marah, atau risau kehilangan kawan baiknya. Lana mendengar surat cinta tersebut dengan penuh teliti, terasa ada yang menusuk-nusuk jantungnya. Albert, adakah dia mencintai Bibi. Surat cinta itu buktinya, dia cuba menahan rasa  sakit di dadanya, langkahnya terasa longlai, tetapi dikuatkan semangatnya. Dengan sepenuh kudrat yang ada, dia berlari keluar dewan, terasa ada yang basah di pipinya, dia  sudah tidak dapat menampung kesakitan di hatinya. Bibi berpaling, ingin sahaja  dia memanggil Lana untuk menjelaskan perkara itu, tetapi beberapa orang pelajar yang lain sibuk memerhatikannya.

“Okey, nama-nama yang kena panggil ni, kamu datang pigi bilik disiplin waktu rehat nanti”,
ketua pengawas memecahkan hiruk-piruk dewan tersebut. Merah padam muka Bibi, dia berjalan perlahan-lahan menuju ke kelas, seluruh dewan bersurai, kedengaran ketawa ejekan daripada rakan sekelasnya di belakang.

***

Waktu rehat di sekolah, Bibi keluar daripada bilik disiplin, mereka  dikenakan tindakan atas kesalahan yang dilakukan masing-masing. Bibi mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Lana.
Dia tidak mahu kehilangan kawan baik. Dia harus menyusun ayat sebelum sampai ke kelas, sebelum bersua muka  dengan Lana.

“Lana”, Bibi menyentuh bahu Lana. Lana tidak mahu memandang muka Bibi. Mungkin belum sampai masanya lagi.

“Lana, please, dengar apa yang saya mau cakap”, Bibi sekali lagi cuba memujuk Lana. Seketika kemudian, Lana berpaling, ditatapnya muka Bibi.

“Okeh, cerita saja lah”, Lana kemudiannya mengalah. Baginya, Bibi mempunyai hak menjelaskan perkara itu kepadanya. Bibi kemudian memegang tangan Lana, ditatapnya muka Lana untuk meyakinkan penjelasannya.

“Sebenarnya.. Albert suka  sama saya, dia bagi saya tu surat masa kami on the  way balik, dia yang hantar kami pulang kampung”, Bibi menjelaskan dengan penuh penegasan.

“Ok, saya faham”, Lana kemudian menjawab dengan lemah. Dia harus menerima kenyataan itu walaupun hatinya sakit. Baginya kawan lebih penting daripada semua perkara, digenggamnya tangan Bibi lalu mendakapnya.

“Siou kio Bibi, mungkin saya telampau sayang sama si Albert bah”,  Lana menjelaskan perkara sebentar tadi, mengapa dia berlari keluar selepas mendengar isi surat tersebut.

“ Nda apa bah, sa pun faham juga tu, ok lah, ni minggu last suda kita sekolah kan, sebelum cuti untuk SPM nanti, bagus kita belajar sama-sama”, Bibi mententeramkan perasaan Lana. Lana mengangguk, kemudian dia tersenyum. Bibi lega, alasannya berhasil, Lana tidak akan pernah tahu surat itu sebenarnya bukan untuk dia, tetapi untuk Lana.


No comments:

Post a Comment