Kerana Bobohizan

Sunday, 7 October 2012

Part 1



Lana seorang sumandak kampung dididik dengan pendidikan yang sederhana. Ibunya seorang bobohizan yang amat dihormati di kampungnya, kampung Vasai. Dia mempunya beberapa orang kawan sekampung yang sebaya dengannya. Kisai, merupakan anak kepada kawan baik ibunya dan merupakan anak ketua kampung, tetapi telah dibuang sekolah kerana kenakalannya. Albert pula merupakan anak orang bera
da, bersekolah di sekolah berasrama penuh, manakala Bibi pulak merupakan kawan sepermainannya semenjak dari kecil. Bibi juga merupakan kawan sekolahnya. Mereka selalunya bertemu di waktu petang atau hujung minggu kononnya untuk mengulang kaji, tetapi sebenarnya, mereka mandi sungai di hujung kampung tanpa kebenaran ibu bapa mereka.

'' Inda payah la kamurang jumpa2 lagi, bilang mau belajar kunun, tuunaa si Gasi suda report sama ina kamu pigi mandi sungai ah", tengking ibu Lana pada suatu hari.

" Eeh.. Ina ni, urang betul2 bah belajar.. kan satu bulan lagi kami mau peperiksaan SPM,kalau belajar sama2 dapat juga kongsi ilmu"
Lana cuba mempertahankan dan tidak mengaku akan kegiatan mereka.

**********

Keesokan harinya di sekolah..

" IIh.. Bie..ko tau ka, ina sia tida suru suda kita jumpa2 tau.. kedapatan suda kita selalu lepak-lepak mandi di sungai Sinumaha",
Lana menyatakan kerisauannya.

" Betul bah? Nah, semalam mama sia pun cakap begitu, inda atau sepa lah urang kampung yang kasi sebar-sebar cerita ni", berkerut kening Bibi memikirkan apa akan terjadi kemudian. Bibi teringat akan suatu hal yang pernah berlaku dulu, adiknya habis diikat semalaman di pokok yang bersemut kerana tidak mendengar kata-kata ibubapanya. Seram sejuk badannya memikirkan perkara itu.

" Tapi kan Bi, macam mana kita mau kasitau dorang ni, si Kisai selalu balik dari ikut bapa dia putung gatah jam 2 petang macam tu, dorang tanam Nanas lagi kan"

"Yalah, si Albert pun kita inda dapat kasitau ni, ni minggu nda tau lagi dia balik kampung ka nda", Bibi meletup-letupkan jarinya tanda kerisauan mereka tidak dapat bersama-sama.

*****

Sila pilih sambungan cerita di atas.. dan tambahkan sedikit jalan cerita anda(jika ada).

a. Mereka memaklumkan melalui surat.
b. Merek memaklumkan melalui facebook.
c. Mereka bertemu di keramaian.
d. Mereka tidak dapat bertemu lagi.

No comments:

Post a Comment