Kerana Bobohizan

Friday, 12 October 2012


Part 3

“ Ibi, bah kanou noh muhi, naavuk noh iie dadinu koyuba iie koyuhang dau(Ibi,marilah kita balik,mabuk suda daddy kamu, tejumpa  suda  sama kawan-kawan dia)’’, Ibunya bercakap dalam separuh menjerit kerana bunyi tagung agak kuat di kala itu.

“ Andadon poh mami(tunggu dulu mummy)”, Bibi pula menjawab. Kelihatan Bibi memapah ayahnya yang sudah kelihatan terhuyung-hayang.

“ Ini laini dady kau ni, kalau suda tejumpa tapai ngam-ngam lagi ada kawan-kawan dia, berakar umbi lah dia  di  sana tidak pandai pulang rumah”, Ibu kepada Bibi merungut-rungut sambil mengangkat seliparnya yang dipenuhi tanah merah.  Tapai merupakan  minuman tradisi kaum kadazandusun yang berasaskan beras atau nasi. Nasi yang telah masak akan diperam bersama sejenis ragi dipanggil
“sasad”  selama beberapa minggu atau bulan.

Bibi hanya berdiam kerana  dia teringat akan perbualan mereka  sebentar tadi. Dulu,mereka pernah berjanji akan belajar di kolej yang sama, tetapi sememangnya masa yang menentukan semuanya.

“Tengah malam sudah ni, itu palanjut masi marak, adik-adik kamu belum tidur kah ni?’’ Kotilin, ibu kepada Bibi agak hairan apabila melihat api pelita meliuk-liuk di rumah mereka.

“Alah,mami ni lupa ka? Kan nda lama lagi si Golibot tu mau UPSR, dia belajar laba kali tu”, Bibi memberi cadangan.

 Rumah mereka  agak jauh daripada jalan raya besar dan terletak di tengah-tengah sawah padi.
Walau bagaimanapun, mereka perlu melintas sebatang titi yang usang untuk sampai ke  rumah.

“ Mami, duluan lah, saya pelan-pelan saja kambai si dadi limpas ni jambatan”, Bibi memberi cadangan, bentuk tubuh badan Bibi sedikit besar dan tegap berbanding ibunya yang kecil, ini memudahkan dia memapah ayahnya.

“Bah, logot-logoton, poguhu poh zou(bah,pelan-pelan saja,saya duluan)”,  Kotilin agak keberatan membawa daging yang dibekalkan oleh ibu Lana. Sudah menjadi tradisi orang-orang kampung mereka, setiap seorang keluarga akan menerima habuan apabila berlangsungnya keramaian.
Oleh kerana itu juga lah, tidak akan putus-putus tangan datang membantu  sesiapa saja yang memerlukan. Sikap seperti ini lama-kelamaan merapatkan silaturrahim antara mereka.

Termengah-mengah Bibi apabila sampai ke  rumahnya, ayahnya hanya  di biarkan tidur  di ruang tamu, kerana mereka tahu ayahnya akan meracau dalam keadaan mabuk. Tidak lama kemudian, Bibi
mengambil tuala dan menuju ke bilik mandi. Badannya agak berbaus masam kerana seharian membantu Lana di rumahnya.  Setelah selesai mandi, dia memakai baju tidur  yang agak lusuh sambil mengeringkan rambutnya  dengan tuala.  Keluarga ibunya merupakan keluarga yang agak berada dan tinggal di Kota Kinabalu, tetapi mereka meminggirkan ibunya setelah ibunya mengambil keputusan berkahwin dengan ayahnya. Oleh sebab itu, hidup mereka  ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.  Mereka hanya mengerjakan sawah dan menanam ubi kayu sebagai makanan harian. Kadang-kadang ibu bapa mereka akan ke hutan dan memetik sayur-sayuran hutan untuk dijual di tamu ataupun pasar minggu. Kadang-kala, Bibi terfikir untuk berhenti sekolah dan bekerja supaya dapat menampung kehidupan mereka  sekeluarga. Dalam fikirannya, adik-adiknya lah yang penting bersekolah, dia tahu betapa pentingnya pendidikan untuk adik-adik lelakinya.
Tetapi ibunya melarang dia berbuat demikian, bagi ibunya, selagi mereka tidak hidup merempat, selagi itulah dia harus meneruskan pelajarannya.

Sedang dia dan ibunya duduk menemani adik-adiknya belajar, tiba-tiba ayahnya bangun dan terus keluar.  Bibi dan ibunya hanya berpandangan.

“P mana lagi kau itu, cukup-cukup laba duduk di rumah saja, hujan kuat ini”, Kotilin memanggil dan melarang suaminya keluar.

“ Saya mau balik pigi sana si Gahong kau, belum abis itu minuman”,  ayah Bibi bercakap dalam keadaan separuh sedar.  Kelihatan ayahnya meredah hujan lebat tanpa memakai apa-apa  alas kaki.

“Dady,dady”, Bibi separuh menjerit sambil cuba mengejar ayahnya.
Tiba-tiba…

 “ Prak!”  Bibi mendengar sesuatu bunyi yang agak pelik. Dalam samar-samar kelihatan ayahnya terjatuh ke  dalam sungai yang deras.

“Daddiiiii!” “ Mamiii!” “ Dadii!”,Fikiran Bibi bercelaru. Perasaannya bercampur-baur,  dia menangis sambil berlari ke tebing sungai.

“ Dadii!”, sekali lagi dia memanggil, dia tahu dia pandai berenang teapi dalam keadaan sungai yang deras  seperti itu, apa-apa pun boleh terjadi.

“Odoiiiiiii!!”, Kotilin berlari-lari anak di belakang Bibi. Dia  tersengut-sengut menahan nafas yang tidak menentu.

“ Ibi, dadi kau, cuba pigi minta tulung sama urang-urang kampung capat!”, Kotilin hanya mampu berfikir sejenak, kemudian dia teresak-esak. Tanpa menjawab ibunya, Bibi berlari meredah sawah, dia tahu dia hujung sana ada satu lagi titi yang membolehkan dia menyeberang . Ya, dia perlu, dia perlu mencari bantuan, tetapi di mana? Lana? Ya, dia tahu di sana masih ramai orang berkumpul.
Bibi berlari sekuat hatinya, dalam renyai-renyai hujan air matanya menitis, dia tidak tahu lagi adakah hujan yang membasahkan pipinya atau tangisan yang entah datang dari mana.

No comments:

Post a Comment