Kerana Bobohizan

Sunday, 28 October 2012

Part 16


Part 16

“Bah, nung nokoikot ko noh huud bandar kada hivai talipunai Ina hiti(kalau sampai bandar, jangan lupa telefon mama)”,  Loini mengingatkan Lana. Agak risau juga dia kerana ini pertama kali dia membenarkan Lana keluar untuk bekerja setelah sekian lama terperuk di kampung sahaja.

“Oo, boh Ina, (iya bah Ma)”, Lana membalas. Pakaian dan keperluannya suda dikemas dan sudah disediakan di halaman rumah. Dia duduk di beranda  rumahnya sambil menunggu kedatangan Bibi.
Sebuah kereta pacuan empat roda bercermin gelap masuk ke halaman rumah Lana. Bibi keluar, terukir  senyuman di bibirnya. Kemudian seorang lelaki keluar dari tempat duduk pemandu.
Lana kemudian memanggil ibunya supaya segera keluar lalu bergegas turun.

“Isai ti?(siapa ni)”, lelaki itu bertanya kepada Bibi.

“Iti nopo nga tambalutku, mongoi woyo doho, mongoi bandar tinu(Ini kawan saya, dia ikut saya, nanti pigi bandar)”, Bibi mejelaskan kepada lelaki itu. Lana hanya tersenyum-senyum malu.

“Lana”, dia menghulurkan tangan untuk bersalaman. Lelaki itu menyambut tangannya dengan penuh senyuman bermakna.

“Panggil saja Yudai”, dia memperkenalkan diri. Loini datang tergesa-gesa dari belakang. Kemudian dia membetulkan sarung yang dipakainya, lalu turun menuju ke arah mereka.

“Onu gia kalaja do patahakon diolo?(apa kerja kamu mau bagi dorang ni)”, Loini bertanyakan pak cik Kisai. Dia juga ingin tahu apakah pekerjaan mereka kelak.

“Emm, kivaa upisku huud bandar, buli no pakalaja do taip-menaip, kerani-kerani toi salun boh(ada pejabat saya di bandar, dorang buli kerja taip-menaip, jadi kerani atau kerja salun)”, Yudai meyakinkan ibu Lana.

“Oh, bah,jadi, mamanau ko noh?(kamu jalan suda)”, Loini bertanyakan sambil memandang wajah mereka satu persatu.

“Ooh boh, alaid no tih, otuong noh, bah mamanau poh (lambat suda ni, mau gelap sudah, kami jalan dululah)”, Pak Cik Kisai kemudian bersalaman dengan ibu Lana. Mereka kemudiannya masuk ke dalam kereta, Loini hanya memerhatikan saja pemergian mereka. Dia hanya mampu berharap yang mereka baik-baik sahaja, dia menyedari yang sudah sampai masanya mereka mencari hala tuju hidup sendiri.

***

“Emm, di mana kami mau tinggal nanti di bandar emm, abang?”, Lana memulakan perbualan, suasana sunyi di dalam kereta boleh membosankan.


“Panggil saja Yudai bah, lagipun umur kita nda jauh kan”, Yudai mencadangkan mereka memanggilnya dengan nama samaran.

“Emm, kamu tinggal di bilik sewa saya lah, lagipun tu bilik teda orang tinggal, dapur ada, bilik mandi ada, emm apa lagi yang kamu mau?”, Yudai menerangkan keadaaan tempat tinggal mereka.

“Okey juga tu”, Bibi bersuara setelah berdiam diri, dia  duduk di bahagian hadapan kerusi penumpang, manakala Lana memilih untuk duduk di belakang sahaja.

 Lana hanya mengangguk-angguk, dia merenung ke luar jendela, kemudian teringatkan Albert. Entah apa yang sudah berlaku kepadanya, selamatkah dia  sampai di Australia? Sudah makan kah dia? Selesa kah tidak dia dengan cuaca di sana? Satu demi satu persoalan bermain di benaknya. Lana memerhatikan cincin di jari manisnya, kemudian dia mengucup, kerinduannnya kepada Albert terubat sedikit melihatkan cincin itu. CIncin itu jugalah tanda kasih dan sayang Albert kepadanya, tanda dia akan menunggu Albert sehingga kepulangannya ke tanah air nanti.

***

“Lana!Lana!Posik noh(bangun lah)”,  Bibi mengejutkan Lana dari tidurnya.  Mereka sampai di bandar kira-kira pukul 11 malam, masih ada kedai yang menjalankan perniagaan.

“Sampai suda ka kita?”, Lanamenggeliat, dia kepenatan.

“Iyaba, turun la”, Bibi kemudian mengangkat beg pakaian mereka. Lana kemudian bangun dari tempat duduknya lalu turut sama mengangkat begnya. Mereka hanya menuruti langkah pak cik Kisai naik ke atas rumah kedai di tingkat tiga.

“Ini bilik kamurang, ada empat lagi bilik lain di sini, semua ada orang, dorang pun penyewa di sini juga, di hujung sana ada tandas dan dapur, ampaian semua ada di sana”,  Yudai menjelaskan  kepada mereka lalu menyerahkan kunci.

“Kamu nda mau p makan dulu ka?”, Yudai kembali bertanya.

“Oh, ndapalah, lagipun kami penat bah ni”,  Bibi menjawab.

“Okey, nanti bisuk pagi, sia kol kamu okey”, Yudai kemudian keluar lalu turun ke bawah. Ada tilam sudah disediakan, malah bilik itu turut dilengkapi kipas, ini agak baik kerana mereka tidak tidur  dalam kepanasan malam itu.

“Ko mau tidur  suda ka? Macam sia nda  selesa oh, sia p mandi dulu lah”, Bibi menyatakan hasratnya.

“Okey”, Lana menjawab, dia hanya mampu meletakkan barang-barang mereka di tepi, membentangkan tilam lalu tertidur dalam masa  sekejap sahaja.


***

Tok!Tok!ToK! Pintu bilik mereka diketuk.  Lana terkejut lalu terjaga. DIlihatnya Bibi sedang nyenyak tidur. Kemudian dia terdengar suara lelaki berbual-bual di luar. Lana segera bangun lalu mengintai dari celah-celah pintu, ada dua orang lelaki. Apa yang mereka mahu? Lana kemudiannya cuba mengejutkan Bibi. Dengan penuh susah  payah Bibi bangun lalu mengosok-gosok matanya.

“Kenapa gia?”, Bibi bertanya dalam keadaan suaranya yang garau.

“Ada urang di luar katuk-katuk pintu kita”, Lana takut kalau-kalau itu orang jahat.

“Haa? Emm, sikijap, mungkin si Yudai tu”, Bibi menyatakan sangkaanya. Dia berdiri hendak menuju ke arah pintu.

“Ibi, kada poh, intangai poh talipunu, zisai komiho kiva mesej dau noikot(Jangan dulu, tingu dulu telefon kamu, sepa tahu mungkin ada mesej dari Yudai sampai)”,  Lana mencadangkan, firasatnya mengatakan adalah lebih baik mereka tidak membuka pintu. Bibi meraba-raba di bawah bantal mencari telefon bimbitnya, kemudian dia menekan-nekan butang telefonnya.

“Teda juga dia SMS ni, bah, tidur la kita, mungkin bisuk mula suda kita kerja ni”, Bibi kemudian meletakkan telefonnya, berbaring dan tidak lama kemudian terdengar dengkurannya perlahan.
Lana tidak selesa tidur pada malam itu, dia hanya baring di sebelah Bibi tetapi fikirannya melayang.
Dia ingin sekali tau siapa yang mengetuk pintu biliknya. Adakah orang jahat? Atau orang tersalah bilik? Mungkin juga apa yang difikirkannya itu betul, di situ memang ramai penyewa, siapa tahu kawan-kawan mereka datang melawat tetapi tersalah bilik.  Lana tertidur dalam lamunan panjangnya,buat seketika dia terlupa akan perkara yang berlaku kepada mereka sebentar tadi.

Friday, 26 October 2012

Part 15




Part 15

“Oleh kerana keadaan yang nda mengizinkan, jadi kita akan teruskan pertunangan ini malam ini juga, jadi boleh kita mulakan?”, Ketua kampung Vasai bersuara. Semua yang lain hanya mengangguk-angguk tanda setuju. Lana yang menhendap dari dapur tersenyum-senyum mendengar perbincangan orang-orang tua. Memang sungguh tidak disangkanya, dia lari daripada majlis pertunangannya dengan Kisai, tetapi dalam masa yang singkat dia bakal ditunangkan dengan pujaan hatinya,alangkah bahagianya dia ketika itu.

“Suut!Suut!”, Lana terkejut, kemudian menoleh ke belakang. Albert tercengat di pintu belakang rumah Lana.

“Kotigok?(terkejut)”,  Albert bertanya sambil tersenyum lebar.

“Yaba, sikit lagi sia  sakit jantung oh, isk ko ni”, Lana menjawab.

“Kenapa ko p sini? Nati ko kena cari tu di depan”, Albert yang mendengar kata-kata Lana itu hanya tergelak.

“Dei, bukan sia lari pun p hujung kampung pun, “,Lana mencebik apabila Albert menyindirnya begitu.

“Salah kah sia jumpa koginavaan(buah hati) sia?”, Albert menguji Lana.

“Eee, inda laba”, Lana memuncungkan bibirnya,  agak merajuk dengan kata-kata Albert yang mungkin tidak percaya kepadanya.

“Eei, intangai naka, intangai naka, mikikiut( , tingu tu, buat-buat muka kiut)”,  Albert kemudian mencubit pipi Lana tanda dia geram.

“Adui, sakit bah”, Lana mengadu, sebenarnya Alert tidak mencubitnya dengan kuat, tetapi dia hanya sengaja berkata-kata begitu agar dipujuk Albert.

“Ololo, kosian boh”, Albert pula memuncungkan bibirnya berpura-pura kasihan akan Lana, tetapi kemudian dia tergelak.

“Bisuk flight sia jam 9 pagi p Australia”, Lana kemudian merenung muka Albert.

“Cepatnya..”, Lana kemudian tunduk balik.Albert memegang tangan Lana dan kemudian mengeluh.

“Apa buli buat, mungkin begini lah cerita kita, sia harap ko dapat tunggu sia, k?”, Albert meyakinkan Lana dan meluahkan harapannya.

“Okey, sa janji,walau apapun jadi, sa tetap akan tunggu ko”, Lana pula meyakinkan Albert. Sungguh gembira Albert mendengar luahan hati Lana, tidak ada apa-apa lagi yang boleh menghalang dia daripada memiliki Lana.

“Bah, kamurang dua kena panggil suda p dapan”, Loini mencelah perbualan mereka, Albert cepat-cepat menarik tangannya yang sedang mengenggam tangan Lana. Kedua-dua mereka masuk ke ruang tamu dengan rasa yang segan kerana diperhatikan oleh beberapa orang-orang kampung yang hadir.

“Okeh, setelah dipersetujui kedua-dua pihak, tarikh perkahwinan bagi Albert bin Wolin dan tunangnya Lana binti Lasumin adalah selepas kedua-dua pihak habis belajar. Sekiranya, pihak lelaki gagal berbuat seperti yang dipersetujui, maka pihak lelaki akan didenda, sogit mengikut adat kampung”, Ketua Kampung mengakhiri perbincangan mereka. Cincin pertunangan dan hantaran yang ala kadar dipamerkan. Lana dan Albert saling bertukar cincin, kemudian semua penduduk yang hadir ketika itu bertepuk tangan. Selesai sudah pertunangan mereka, gundah di hati Lana juga sudah hilang, beberapa orang wanita menyatakan yang mereka ibarat pinang di belah dua, sama cantik dan sama padan.

***

Lana sibuk menghantar minuman dan makanan dari dapur ketika ibu Albert berselisih dengannya.

“Emm, jamban kamurang di mana ah?”, Ibu Albert bertanyakan Lana.

“Eh, ada tu di bawah auntie, turun saja tangga, nampak suda tu”, Lana menjelaskan.

“Aik, auntie? Bah, belajar-belajar lah mau panggil mama ah”, Ibu Albert tersenyum sambil memegang bahu Lana.

“Alamak, siou kio auntie, eh ma, sia belum berapa biasa bah”, Lana menelan air liurnya, terasa  seperti dia bercakap dengan perdana menteri. Dia  sungguh gugup dan malu. Ibu Albert hanya menggeleng-geleng kepala lalu berlalu.  Dari kejauhan Albert yang terlihat perlakuan Lana ketawa terbahak-bahak. Dia tahu sudah semestinya Lana akan segan dengan ibunya itu.

***

“Ui, mandak, betulkah yang urang-urang kampung cakap tu?”, Bibi termengah-mengah dia baru sahaja berlari dari kedai runcit di kampung itu ke rumah Lana.

“Apa yang betul? Ko ni, cakap pun nda  abis bah”, Lana hairan dengan kelakuan Bibi.


“Semalam si Albert antar tunang sama kau?’’,  Bibi merenung muka Lana kerana mahukan jawapan yang pantas  dari mulut Lana. Lana kemudiannya hanya tersenyum, kemudian dia menunjukkan jari manisnya. Terlopong mulut Bibi melihatnya, sungguh dia tidak menyangka lelaki idamannya sudah menjadi tunangan orang. Cemburu mulai merebak dari hati ke fikirannya, mahu sahaja dia menjerit ketika itu, tetapi dia tidak mahu Lana tahu apa dalam fikirannya. DIa  duduk di anak tangga rumah Lana, menarik nafas kemudian bersumpah dalam hati, kesakitan hatinya sekarang pasti akan terbalas suatu hari nanti.

“Wah, tahniah la ah..”, Bibi mengucapkan dengan bersahaja.

“Oh ya, sa  sudah dapat contact uncle  si Kisai tu, dia cakap hari ni dia balik kampung, dia bilang kalau mau ikut p bandar, sedia-sedia lah”, Bibi menyampaikan berita yang sudah sekian lama ditunggu-tunggu mereka.

“Aik? Emm..kau jadi ka pigi Bi?’’, Lana menyatakan keraguannya. Mungkin dia tidak patut meninggalkan kampung.

“Jadi, apa lagi kita mau buat sini kampung?’’,

“Ko mau jadi TLDM ka?”, Bibi ketawa mengekeh.

“Tentera Laut Diraja Malaysia?”, Lana bertanya.

“Bukan, tidur, lepak dan makan”, Bibi ketawa mengekeh.

“Ceh, kau baru la..paling manang”, Lana mencebik.

“Bah, sekarang awal lagi kan, baru jam 8 pagi ni, nanti petang sia kasitau ko sia jadi pigi ka nda”, Lana tidak dapat membuat keputusan.

“Sekarang laba, tu ada Ina(Ibu) kau di belakang, takkan ko belum kasi tau dia”, Bibi memujuk Lana agar bersetuju dengan cadangannya ke bandar.

”Sudah tu sudah dia bilang, yang penting pandai jaga diri sama jangan inda ingat pulang kampung, itu saja dia bilang”, Lana berterus –terang. Memang benar kata-kata ibunya, bila bekerja dan tinggal di bandar, banyak perkara buruk akan berlaku, malah kadang-kadang boleh mengubah perangai seseorang itu.

“Emm, bah, yalah okey, jadi mau sedia barang-barang ka  suda ni?”, Lana kemudian bersetuju. Sungguh dia termakan dengan pujuk rayu Bibi, ada benarnya juga bila Bibi mengatakan yang adalah lebih baik mereka bekerja daripada duduk sahaja di rumah.

Thursday, 25 October 2012

Part 14



Kicauan burung gemersik di telinga Lana. Dia terjaga dari tidur, sudah agak tingi matahari. Dia keseorangan, adakah semalam dia hanya bermimpi tidur bersama Albert? Adakah memori bahagia itu hanyalah mainan tidurnya? Dia melihat sekeliling, ada telefon bimbit. Diambilnya lalu dia ditekannya butang telefon,  ada mesej.

“Siou ah, sa kasi tinggal ko time ko tidur, tapi sa tahu lagi teruk nanti jadi kalau kita dua kena jumpa sama-sama. Sa janji saya akan contact ko nanti, yang penting ko mesti simpan ni henpon, okey 
Pulang lah rumah, sa tau dorang nda marah suda  sama ko tu, dorang semua risau tu sama ko,tunggu saya, k. Thanks for the wonderful night, Guminavo zou diau gisom sogigisom(Saya cintakan kamu selama-lamanya)”.

Lana tersenyum lebar setelah membaca mesej yang ditaip Albert. Digenggamnya telefon bimbit itu, lalu dipeluk, dia akan menyimpan telefon ini, sebagai tanda  dia  setia menunggu Albert. Dia bangun dan kemudian turun ke bawah, tetapi langkahnya terhenti di anak tangga. Loini, Bibi, Kisai dan beberapa orang penduduk kampung berdiri tidak jauh dari pondok itu.

“Lana”, Loini berlari mendekati pondok itu lalu menerpa Lana. Lana yang agak terkejut dengan situasi itu turun dan memeluk ibunya.

“Ina, ompuno zou Ina”, merembes air mata Lana apabila ibunya memeluknya seperti itu.

“Amu, amu, zou kihasa, zou kihasa(bukan,bukan, mama yang salah)”, Loini menggeleng-geleg kepala dan terus memeluk Lana dengan lebih rapat. Semua mata yang memandang ketika itu sayu dan sedih.

“Muhi kio”, Loini menyambung pujukannya . Lana merupakan satu-satunya anak perempuannya yang tinggal, kakak-kakaknya yang lain sudah berkahwin dan mempunyai tanggungjawab masing-masing, jika Lana tiada entah siapa akan menjaganya kelak.

***

Lana duduk di tepi anak tangga rumahnya. Sekali sekala dia menabur jagung untuk anak-anak ayam peliharaan ayahnya. Dia teringat akan perbualannya dengan Albert, adakah selama ini Bibi menipunya. Adakah selama ini dia telah diperbodohkan? Surat itu, ya,atau mungkinkah Bibi menyelamatkannya daripada dikenakan tindakan oleh sekolah. Kalaulah sirat itu sampai di tangannya, dan dijumpai di begnya, sudah tentu dia yang akan di denda, ini akan menjejaskan prestasinya. Lana mengeluh, mungkin Bibi benar-benar membantunya.

“Lana”, Loini menegurnya tiba-tiba.  Dia berpaling kemudian tersenyum sedikt, peerasaan bersalah masih berbekas di hatinya. Tapi, adakah dia harus mengikuti sahaja kemahuna ibu bapanya seperti kaka-kakaknya dahulu, dijodohkan begitu awal. Bahagiakah mereka atau hanya berpura-pura?


“Kau saja lagi yang tinggal di sini rumah kan, apa dii kau mau buat lepas ni?”, Ibunya memulakan perbualan.

“Kalau keputusan sia ok, sia rasa mau sambung belajar la”, Lana meluahkan.

“Buat apa juga kau belajar tinggi-tinggi, kau bukan lelaki, nda payah mau kasi makan anak urang”,

“Kau belajar tinggi-tinggi pun, nanti suda kawin, ko masuk juga dapur kan”, Loini mengukuhkan penerangannya. Terkedu Lana mendengarnya, Ibunya sedikit pun tidak memberikan apa-apa dorongan. Patut lah selama ini, kakak-kakaknya semuanya cemerlang dalam pelajaran. Tetapi mereka sedikit pun tidak dapat membantah kata-kata ibunya.

“Tapi, Ina…”, Lana tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia takut sekali lagi dia akan melukakan hati ibunya.

“Ina mau ajar kau, mau kasi turun ilmu Bobohizan ni sama kau”, terbeliak mata Lana mendengarnya.

“Kau pun besar sudah, cukup umur, cukup syarat, kalau kau sudah sedia, baru Ina ajar”, Loini menyambung. Kemudian Loini bangun dan turun ke tanah berkaki ayam sambil memegang jagung makanan ayam. Lana sungguh binggung, tidak ada apa-apa lagi yang harus dilakukannya. Dia seperti ditelan mati emak, diluah mati bapa. Terbeban dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.

****

“Kau p mana oh semalam? Berabis suda kami cari ko 1 kampung ni tau”, Bibi terus-menerus bertanyakan Lana sesampainya saja dia di kaki lima rumah Lana.

“Sendiri…sia rasa itu yang terbaik buli sia lakukan”, Lana menjawab pertanyaan Bibi.

“Ko tau kah kami risau sudah sama ko, si Kisai sama si Albert sikit lagi betumbuk oh”, Bibi menceritakan keadaan yang berlaku selepas dia pergi meninggalkan majlis hari lahir Kisai.

“Ah, butul bah? Kenapa pula?”, Lana yang baru sahaja tahu cerita sebenar menunjukkan  dia tertarik dengan cerita Bibi.

“Alaa.. ko tau la si Kisai tu, kalau suda mabuk semua pun dia mau pigi gasak”, Bibi menerangkan, baginya lebih baik dia berdiam akan hal sebenar. Dia tidak mahu Lana tahu, mereka bergaduh kerana masing-masing sukakan Lana. Lana hanya berdehem sambil mencebikkan bibirnya.

“Bi, kita kerja mau?”, Lana mencadangkan apa yang tersirat di hatinya. Mungkin itu juga satu jalan untuk dia keluar dari kampungnya.

“Kerja? Ko yakin ka? Di mana? Kita mau kerja apa ni?’, Bibi menyoal bertalu-talu.  DIa juga agak berminat akan cadangan Lana.

“Sia pun nda tau ni.. apa-apa saja lah, yang penting nda buat yang bukan-bukan laba”, Lana menjelaskan. Dia tahu memang banyak pekerjaan di bandar Kota Kinabalu, tetapi ada yang halal da nada yang haram.

“Oh ya, baru sia ingat…ada kan uncle si Kisai buka bisnes dibandar, bagus kita pigi minta kerja sama dia”, Bibi bercakap dengan wajah yang gembira. DIa kenal pak cik Kisai itu, orang kaya, bila balik ke kampung Vasai, ada-ada sahaja keretanya.

“Bah, ko cuba-cuba lah tanya nanti ah, ko pun tau kan macam mana keadaan sa sama si Kisai sekarang, mungkin kalau kami becakap pun susah suda”, Lana menarik nafas yang panjang, dia sukar berkomunikasi dengan Kisai sekarang.

***
Malam itu, beberapa buah kereta mewah sampai di halaman rumah Lana. Bagi Lana itu merupakan perkara biasa, ibunya pandai mengubat, mungkin mereka juga datang untuk tujuan yang sama.
Dia masuk ke dalam bilik dan membelek-belek novel yang belum habis dibacanya. Tiba-tiba pintu bilinya diketuk, dia membuka pintu dan melihat wajah ibunya yang penuh pertanyaan. Ibunya masuk lalu menutup pintu.

“Muhang ko zi Albert?(ko suka si Albert)’’, Ibunya bertanya soalan yang sungguh tidak dijangka-jangka.

“Ina?”, Lana tergamam. Bagaimana ibunya tahu? Bergetar jari- jemarinya, adakah ibunya tahu yang Albert tidur bersamanya pada malam itu? Habis lah dia, entah apa hukumannya nanti, bermacam-macam perkara terbayang di benaknya.

“Ko jawab naka, Ina mau tau ni”, Loini masih lagi memerlukan kepastian dari mulut ibunya.

“Iya”, hanya itu jawapan dari mulut Lana, dia menjawab sambil pura-pura menoleh ke arah dinding.

“Bah, baguslah.. kalau begitu, Ina terima saja lamaran diurang”, Loini kemudian mengangguk-angguk.

“Lamaran? Siapa?’’,  Dia bertanya lagi, adakah itu lamaran keluarga Kisai?

“Albert”, Loini menjawab sepatah. Lana ternganga.

"Tutup mulut ko tu, nanti masuk lalat", Loini menyedarkan Lana dari perbuatan spontannya itu.

“Sudah, pigi tukar baju, nanti Ina panggil kamu keluar, ni malam juga kamu kena kasi tunang, sebab bisuk si Albert pigi Australia suda”, Loini kemudiannya keluar dan turun ke dapur untuk menyiapkan minuman. Kalau bukan kerana rumahnya berlantaikan papan, mahu saja rasanya dia melompat ketika itu.

Tuesday, 23 October 2012

Part 13



Part 13

Lana sudah tidak dapat membendung perasaannya, dia menarik tangannya dari gengaman Kisai.  Dengan sekuat hatinya dia berlari meninggalkan majlis itu, tetapi sempat  menoleh ke arah Albert.  Albert agak terkejut akan keadaan yang tidak disangka-sangka itu. Penduduk kampung yang ada semuanya berpandangan, Kisai pula kaku di tempatnya.

“Lana!”, Bibi memanggilnya. Sudah terlambat, Lana sudah berlari jauh dan mungkin dia  sudah tidak dapat mendengarnya.  Tiba-tiba Albert berlari keluar daripada kesesakan orang ramai dan terus mengejar Lana, Kisai yang dari tadi bisu juga bangun dan mengikut jejak Albert. Lana berlari menyursur jambatan dan tebing-tebing sungai, dia tidak mahu balik ke rumah. Dia tahu pasti dia akan dipersoalkan ibu bapanya, dia telah memalukan ibu bapanya dengan menolak lamaran Kisai.
Kemudian dia tersedar, ada seseorang mengekorinya sambil memanggil namanya, itu Albert! Tapi, bukan sekarang dia harus bersua Albert, bukan sekarang dia harus meluahkan kepada Albert. Dia mahu semuanya berlaku pada masa yang sesuai, biar lah mereka tidak tahu dia  di mana. Kemudian dia membelok ke arah satu jalan kecil, masuk ke  dalam kebun getah dan kemudian menghilang dalam kegelapan malam. DIa tidak takut akan apa-apa lagi, yang penting dia harus lari daripada semuanya, lari daripada masalah-masalh yang menimpanya.
“Lana!”, Albert memanggil Lana sekuat hatinya apabila sampai di jalan yang bersimpang. Dia tidak tahu arah manakah Lana menghilang.

“Hoi!”, kisai menjerit dari jauh.

“Apa ko buat sama bakal tunang sia ah?!”, Kisai terus-menerus bertanya sesampainya dia di hadapan Albert.

“Mana si Lana?”, dia memegang kolar baju Albert sambil menjengilkan mata. Dalam fikiran Kisai, kerana Albert lah Lana lari, kerana Albert lah, lamarannya tidak disambut.

“Mana  sia tau!”, Albert mempertahankan dirinya.

“Kurang ajar!”, Kisai yang sudah terpengaruh dengan alkohol itu kemudian tidak dapat mengawal perasaannya. Dia cuba menumbuk Albert di kepala, tetapi Albert dapat mengelak. Kemudian, Albert menjatuhkan Kisai dengan menyilangkan kakinya dengan Kisai. Kisai terduduk tetapi cuba bangun balik.

“Saya nda mau begaduh sama kau Sai”, Albert cuba bermain kata dengan Kisai, dia tahu mungkin Kisai cuba menutup malunya kerana ditinggalkan Lana sebentar tadi, dia tahu Kisai sdah dipengaruhi alcohol, kerana itu lah dia dapat berfikir  secara rasional, untuk tidak melawan Kisai.

“Sai! Obot!”, tiba-tiba  satu suara yang dikenali memanggil mereka dengan tegas.  Loini, ibu lana memandang mereka dengan tajam.

“Kenapa lagi ni? Mana si Lana?”, Loini menyoal mereka. Kisai dan Albert berpandangan, kemudian Kisai bangun dari kedudukannya.

“Ini! Tanya ni urang, pasal dia lah semua ni jadi”, Kisai menunjuk ke arah Albert. Albert tidak dapat berkata apa-apa. Perkara terakhir yang berlaku tadi bermain di fikirannya, Lana terkejut akan kehadirannya, dan menamg betul mungkin dia yang bersalah.

“Uha! Uha! Au zou mimang mokinongou nunu solita, ongoi tanud zi Lana!(sudah!sudah!saya tidak mau dengar apa2,pigi cepat ikut si Lana)”, Loini kemudian memberi arahan. Kisai kemudian mengeluh lalu berjalan ke arah bertentangan dengan Albert. Albert pula kemudiannya berdiri, berfikir sebentar, dalam samar-samar tadi dia nampak ke mana lorong mana Lana menuju.Beberapa penduduk kampung yang lain turut sama memulakan gerakan mencari. Albert tidak mengikut mereka, dia mempunyai firasat yang kuat yang Lana berada  di hujung kampung. Ya, tempat mereka selalu bermain-main dan melepak bersama-sama, ada pondok di situ! Albert bergerak menuju ke lorong yang gelap itu setelah mereka yang lain meninggalkan tempat tadi.

Suasana malam di kebun getah itu sangat menyeramkan, Albert yang jarang berada di kampung sebenarnya agak sedikit takut. Bukan takutkan hantu atau apa, tetapi takutkan binatang buas dan berbisa.  Dalam kesamaran malam, Albert terlihat cahaya dari kejauhan.  Ya! Ada orang di pondok itu! Dengan berhati-hati, Albert mendekati pondok kecil itu, dia mahu memastikan siapa yang berada di dalamnya. Semakin dia hampir, semakin kuat tangisan seorang perempuan. Betulkah itu Lana? Albert ragu-ragu, jangan-jangan dia dipermainkan orang bunian, kembang bulu tengkuknya.

“Lana?”, Albert memberanikan diri memanggil dari luar.

“Siapa tu”, Lana menjawab. Albert lega, kerana dia tahu itu suara Lana.

“Boleh saya naik ka?”, Albert meminta izin, mungkin agak tidak manis mereka berdua-duaan di situ.

“Emm”, Lana hanya menjawab bersahaja. Sebenarnya, dia tidak menyangka Albert akan bertemunya dalam keadaan begitu, di tempat begitu. Albert naik lalu melihat-lihat keadaan disekeliling pondok, masih tersimpan barang-barang mereka, kerana itu juga lah Lana dapat menyalakan pelita.

“Kenapa ko lari tadi?”, Albert memulakan pertanyaannya. Dia memandang wajah Lana.

“Albert”, Lana menghentikan pertanyaan Lana.

“Ko suka si Bibi kan?’’,  Lana meneruskan pertanyaannya, kali ini dia harus memastikan apa yang perlu dia tahu, perasaanya yang bercelaru sekarang membuatkan dia berani bertanya.

“Siapa cakap?”, Albert hairan. Riak wajah Lana berubah.

“Jadi, apa guna sa kirim ko surat sama cincin hari tu?”, Albert pula kembali bertanya Lana, dia hairan akan pertanyaan Lana.

“Surat?Cincin?”, terbeliak mata Lana. Dia mengelap air matanya yang masih bersisa.

“Cinta boleh datang dalam sekelip mata,
 tetapi cinta tidak akan hilang walau sesaat.
Aku merantau bukan mencari cinta,
tetapi berusaha membahagiakan cinta.
Jika waktu sudi bersimpati,
ku tunggu kau hingga akhir nanti.
Jika kau sudi menerima,
cincin di jari tanda ingatanmu kepadaku.”


Albert mengungkapkan bait-bait puitisnya di dalam surat untuk Lana.

“Tapi…tapi, bukan itu untuk si Bibi ka?’,  Lana masih tidak yakin.

“Mana ada oo, sa bagi tu surat untuk ko bah, sa  sangka sa nda dapat balik kampung lagi”, Albert mejelaskan cerita sebenar. Tetapi dia hairan, adakah Bibi tidak amanah? Adakah dia tidak menyerahkan surat itu kepada Lana.

“Jadi, apa yang Bibi cakap sama saya tu tipu lah? Dia cakap ko suka dia, lagipun saya pernah nampak sms ko untuk dia”,  Lana semakin sangsi, dia teringat akan pesanan Albert untuk Bibi tempoh hari.

“Ko bilang begini.. kenapa nda jawab fon, saya rindu bah sama kamu”,  Albert pula hanya tersenyum.

“Ko inda tau pula kan saya selalu tanya pasal ko sama si Bibi? Tapi sa heran, dia cakap kamu selalu study sama-sama, tapi bila saya mau cakap sama ko, dia bilang ko teda”,  Albert kemudian menjelaskan keadaan sebenar yang dihadapinya.

“Ko sayang sia ka?’”, Baru sahaja Lana mahu membuka mulut, Albert memotong dan terus bertanya.

“Eee.. bila pula?’’, Lana kemudian cuba menyangkal.

“Jadi, tadi si Kisai mau lamar ko, kenapa ko lari lepas ko nampak sa?’’,  Albert cuba mengorek perasaan Lana yang sebenar. Dia berharap yang dia tidak bertepuk sebelah tangan. Tiba-tiba Lana menangis tersesak-esak, Albert terkejut akan keadaan itu, dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.
DIa bangun dari tempat duduknya lalu duduk hampir dengan Lana.

“Ui, ui, siou, siou bah, saya salah kah? Siou.. aduiiii”, Albert takut yang dia telah melukakan hati Lana.

“Eee… ko ni”, Lana mencubit lengan Albert.

“Aduiii, sakittt”, Albert mengadu tetapi kemudian ketawa, diikuti dengan Lana.

“ Sia sayang ko bah”,  Lana akhirnya berterus terang, terukir senyuman di wajah Albert. Hatinya senang kini, dia tahu yang dia tidak berpeluk sebelah tangan lagi. Malam itu, seluruh penduduk kampung sibuk mencari Lana, tetapi tidak ada sesiapa yang menjumpainya.  Malam itu juga, bulan dan bintang menjadi tatapan mereka . Albert berjanji, sekembalinya dia dari Australia nanti, dia akan melamar Lana dan mengahwininya dan Lana juga berjanji akan menunggunya. Kesejukan malam memaksa mereka  tidur  dalam pelukan masing-masing.

Sunday, 21 October 2012

Part 12


Part 12

“Mooi ko tanud sumodop? Tadau kinosusvon iie Kisai kadii ama  dau(ko ikut kah malam, hari lahir si kisai, mama si kisai kasi tau)”, Ibu Lana, Loini bertanyakan Lana sebaik sahaja dia sampai di rumah.

“Edei, Ina ti, au poh noukab siaku(Iie, mama ni, belum lagi saya tukar baju)”, Lana menjawab ibunya, dia sebenarnya penat kerana banyak berfikir tadi.

“Intangai poh tinu(tingu la nanti)”, Lana sekali lagi menjawab ibunya. Loini hanya mengeleng-gelengkan kepala. Baru sahaja Lana selesai menukar baju, ibunya masuk lalau mebawakan sehelai baju.

“Nuu maan ilo(untuk apa tu)”,  Lana hairan kerana ibunya tiba-tiba membawakan baju yang cantik.

“Momoguno ziau ti, minongoi hamin iie Kisai(guna yang ni, pigi rumah si Kisai)”,  Loini menghulurkan baju tersebut kepada Lana.

“Edeii..au zou mimang, mang ponogi zou momoguno T-shirt om gonop(eei, sia nda mau, bagus lagi sia pakai t-shirt sama sarung saja)”, Lana mencebik, tapi dia hairan kenapa ibunya beriya-iya memberikan baju kepadanya. Loini keluar tetapi sebelum itu meninggalkan baju tersebut di atas katil Lana.

***
Lana, ibunya dan ayahnya sampai ke rumah Kisai kira-kira jam 7 malam. Sudah ramai orang yang datang. Semua mata memerhatikan Lana sambil berbisik-bisik, Lana kaget, tidak pernah lagi orang-orang kampungnya memerhatikan dia seperti itu. Mungkin kerana bajunya, menyesal dia mengikut kata-kata ibunya yang meminta dia memakai baju tersebut.

“Lana, kanou mogihum akanon(mari cari makan)”,  Bibi menyapa Lana. Lana hanya mengekori  Bibi dari belakang.

“Nombo zi Kisai?(Mana si Kisai)”,  Lana bertanya.  Inikan hari lahirnya, mustahil dia tiada sedangkan dia orang yang penting dalam majlis tersebut.

“Huud sampaping, au zou komiho nunu mangan dau(sana sebelah, saya nda tau dia buat apa)”,
Bibi mejelaskan sambil menujukkan rumah di sebelah jalan raya. Rumah tersebut merupakan rumah yang baru dibina kira-kira beberapa bulan yang lalu.

***
Selesai makan, Bibi meninggalkan Lana, alasannya di mahu mengambil air. Lana meneruskan makan tetapi didatangi beberapa orang rakan-rakan sekampungnya. Sudah lama juga dia tidak bertemu mereka, itupun keraa ibunya melarang dia berkawan-kawan dengan mereka. Kata ibunya, dia tidak bersefahamn dengan ibu bapa mereka. Lana hanya mengikuti sahaja kata ibunya.

“Tahniah ah mandak, nda lama lagi jadi mama mandak suda ko”, gadis sekampungnya ketawa mengekeh.

“Aik, apa pula ni”,  Lana hairan.

“Hari ni kan ko punya majlis pertunangan”,  seorang lagi menyampuk.

“Ah, suda la, dia pura-pura mangkali sama kita, mari lah kita jalan”, mereka meninggalkan Lana dengan penuh tanda tanya. Luluh hatinya, betulkah dia akan ditunangkan hari ini? Semalam, ibu bapa Kisai datang ke rumahnya, mungkinkah itu yang mereka bincangkan? Kelihatan Bibi datang dari jauh sambil membawakan minuman, dia harus mengesahkan perkara itu melalui Bibi.

“Bi, betulkah, saya punya majlis pertunangan hari ni, di rumah si Kisai ni?’’,  dengan penuh penegasan Lana bertanya.

“Emm, memandangkan ko sudah tau, takkan saya mau menipu lagi kan, iya, sebab tu lah diorang datang niari pigi sini, semua  sudah tau bah”,  Bibi nampaknya lebih berterus terang kepada Lana.
Baginya ini merupakan peluang besarnya untuk mendapatkan Albert. Lana akan bertunang dengan Kisai, dan dia semestinya boleh mendekati Albert.

Lana hanya diam, dia tidak menyambut cawan yang diberikan oleh Bibi kepadanya. Dia sudah tidak berselera untuk minum atau makan. Dalam fikirannya, sampai hati ibunya merancang pertunangannya tanpa bertanya terlebih dahulu. Ingin saja rasanya dia berlari pulang ke rumah saat itu juga, tetapi dia berfikir sesuatu,bagaimana air muka ibu bapanya jika  dia lari dan memutuskan tidak mahu bertunang, sudah tentu mereka akan malu.

***

Kisai tersengih-sengih dari jauh, dia membawa sesuatu dan naik ke  rumahnya tetapi kemudian turun  lalu mendapatkan Lana.  Senyumannya amat menaikkan darah Lana, dia rasa benci akan Kisai.
Kenapa tidak berterus-terang sahaja dengannya? Kenapa dia datang ke  rumah semalam dan berbual dengannya seperti biasa, seperti tidak ada apa-apa yang berlaku? Betapa bangga Kisai apabila Lana menjadi milinya nanti, itulah perkara yang selalu ditunggu-tunggunya. Sekarang dia boleh mendapatkan Lana, meramapas Lana dariapada tangan Albert selama-lamanya.

“Kau..kau, Kisai! Kenapa ko nda kasitau saya!”,  Lana cuba menahan geramnya kepada Kisai.


“Eheh, alah, kau marah gia  dii? Eii, jangan laba marah sayangku”,  Kisai cuba memujuk Lana tetapi bagi Lana, dia meluat mendengar pujukan Kisai itu. Dia menjeling tajam Kisai lalu mengalihkan perhatiannya ke tempat lain.

“Dei, jelingan tu bah, kirim salam ah, heheeh”, Kisai masih tidak faham mengapa Lana begitu. Disangkanya  Lana merajuk manja dengannya. Lana semakin sakit hati atas apa yang berlaku, luka di hatinya baru sahaja sembuh, kenapa datang lagi masalah seperti ini kepadanya. 

“Lana, Si Albert pun suda tau ni, dia cakap dia pun mau datang”, Bibi mematkan lamunan Lana dan menyedarkannya.

“Macam..macam mana dia tau?”, Lana menjengilkan matanya. Tidak habis-habis masalahnya datang menimpa. Bagaimana dia harus menghadapi Albert, dia takut dia akan menangis di hadapan Albert.
Di takut, perkara yang buruk akan berlaku.

“Tadi petang di kol saya, saya kasitau lah, terus  dia cakap dia mau datang”, Bibi bercakap sambil mengangkat bahunya sedikit menandakan kononnya dia tidak tahu kenapa Albert mahu datang.
Sebenarnya, Albert datang atas cadangan Bibi, itupun dia diberitahu bahawa hari tersebut merupakan hari lahir Kisai tanpa memberitahu hari tersebut juga merupakan hari pertunangan Kisai dan Lana. Dia mahu Albert sakit hati dan patah hati untuk Lana. Kemudian, dia akan datang sebagai pengubat luka di hati Albert. Lana tunduk, Bibi pula hanya berkalih ke tempat lain lalu tersenyum sedikit.

***

Tepat pukul 8 malam, mereka dipanggil ke hadapan rumah. Ada meja dan kek disediakan.
Penduduk kampung yang hadir sudah mulai berkumpul, gadis yang menegurnya tadi juga tersengih-sengih seperti kerang busuk.


“Hari ni kita akan celebrate majlis hari lahir Kisai dan majlis pertunangan Kisai dan Lana”,
pengacara majlis tiba-tiba bersuara, penduduk kampung yang datang semuanya memberikan tepukan gemuruh. Kisai tersenyum-senyum di hadapan, begitu juga Bibi dan ibu bapa mereka.
Lana seboleh-bolehnya  cuba untuk senyum, tetapi kesuraman menghiasi wajahnya.

Dia masih berfikir, haruskah dia meneruskan kepura-puraan ini, berpura-pura menerima Kisai dalam hidupnya, sedangkan dia menganggap Kisai hanyalah sebagai kawan rapatnya . Mungkin ya, dia akan mengakhiri semua ini dengan mengikat tali pertunangan dengan Kisai, menurut perintah ibu bapanya.

Para hadirin bertepuk tangan sambil menyanyikan lagu hari jadi untuk Kisai, tetapi dia seolah-olah tidak mendengarnya, seolah-olah dipekakkan telinganya. Dia sedang hanyut dalam fikirannya sendiri.

“Okeh,sekarang tibalah waktu yang kita nanti-nantikan, Kisai akan melamar Lana hari ini, mari kita tinguk macam mana romantiknya si Kisai ni”, pengacara majlis cuba membuat jenaka, para hadirin ketawa tetapi Lana tidak.

“Diminta cik Lana binti Lasumin datang ke hadapan”, pengacara majlis mengarahkan. Lana masih tidak bergerak, terasa berat kakinya.

“Lana”, Bibi menolaknya agar bergerak ke hadapan.  Lana tersedar, dia berjalan perlahan-lahan, bagi para hadirin yang melihatnya, perbuatan Lana itu dianggap seperti malu-malu kucing, tetapi hakikatnya, dia tidak mahu berada di majlis itu. Die berdiri di hadapan Kisai, dengan senyuman yang paling manis, Kisai memegang tangan Lana lalu berlutut.

“Lana, sudikah kau terima saya?”, Kisai melamar Lana. Berbunga-bunga hati Kisai dapat memegang tangan Lana. Dia menunggu jawapan dar Lana, penduduk kampung yang lainnya juga berdiam diri.
Suasana hening seketika, Lana menoleh ke arah orang ramai. Kebanyakan daripada mereka mengharapkan jawapan yang pasti darpada Lana, ditenungnya wajah mereka satu-satu.

“Albert!”,  Lana panik, dia sungguh tidak menyangka kejadian ini akan berlaku, dia tidak dapat memberikan jawapan. Dia menoleh ke arah ibu bapanya, ibu bapa Kisai, kemudian kembali  menoleh Albert.