Kerana Bobohizan

Thursday, 20 December 2012

Part 21



Part 21

“Kakak dingar kamurang mau balik kampung?”,Helen bertanya sambil mengemaskan salun.
“Kenapa? Rindu suda ka mau makan bosou buatan mama”.

“Kakak ni macam tau-tau saja, begini la bah kami ni,baru cuba-cuba tempat baru, rindu pula sama kampung”, Lana menjawab, dia lebih selesa dengan Helen sekarang. Perkara yang berlaku tempoh hari dirahsiakannya.

“Bah, nda pa lah, kakak faham juga tu, lagipun, ada juga si Jamil tu sini kasi kawan kakak, tulung-tulung tinguk urang”, Helen memberi kelulusan kepada mereka.

“Betul kak?! Eih, saya sangka kakak nda kasi benar,risau suda saya tadi”, Lana agak gembira mendengar kata-kata daripada Helen.

“Iya bah, pigi lah kasitau si Bibi, mesti dia happy juga tu”, Helen mencadangkan, kemudian dia masuk ke dalam. Lana bekerja dengan amat gembira pada hari itu, niat Bibi untuk balik kampung tidak sia-sia,dia juga turut sama dapat balik ke kampung halaman.

***

“Ko tau kan, si Kakak Helen kasi benar kita cuti!”, Lana memegang bahu Bibi sambil tersenyum lebar.

“Iya? Betul bah!”, Bibi terkejut apabila disergah Lana. “Jadi, bila?”

“Dia cakap bila-bila masa  saja kita buli cuti, lagipun memang kedai jarang sibuk kan”, Lana menyambung.

“Wah, baguslah!”, Bibi menunjukkan wajah gembira sambil mengenggam tangannya. “Macam mana kalau hari Jumaat ni lah kita balik, alang-alang juga kan”

“Ok, nanti saya kasitau si Kakak Helen”, Lana tersenyum. “Marilah kita kemas barang-barang, sekijap lagi jam 5 ni”

“Ok’, Bibi mejawab spontan lalu meneruskan kerjanya.

***
“Macam mana kamurang balik kampung nanti? Ada urang hantar ka?”, Yudai bertanyakan Lana.

“Kami ikut teksi saja ni”, Lana menjawab.

“Bah, kalau kamurang mau, saya buli hantar bah”, Yudai memberikan cadangan.
“Nda pa lah, lagipun kami mau kasi biasakan diri, kalau selalu minta tulung urang nda bagus juga kan”, Lana kemudian mengelak.

“Bah”, Yudai melipatkan lengan bajunya. “Kalu begitu, bagus lah, kamurang kirim salam saja sama si Kisai ah”.

“Err..”, Lana terkedu seketika. “Okey”

Peristiwa lalu jelas tergambar dalam fikiran Lana, sememangnya dia ingin melupakan peristiwa itu, tetapi dia kemudian sedar, Yudai tidak tahu apa-apa tentang kisah dia dan Kisai.

“Bah, jadi?”, Bibi muncul dari dalam kedai. “Tinggal angkat barang lagi kan kita ni”.

“Iya”, Lana mengangguk. “ Ni si Yudai mau tulung kita angkat barang, sama cari teksi”.

“Wah, baguslah!”, Bibi tersenyum riang, dia tidak perlu bersusah payah untuk naik dan turun tangga semata-mata kerana tidak mampu membawa sebahagian barangan untuk dibawanya balik ke kampung nanti.

***

‘’RIndunya saya pemandangan malam-malam di kampung ni",  Bibi meluahkan perasaan rindunya kepada Lana.

“Kau pikir kau saja ka rindu, saya pun rindu, banyak yang saya rindu sini”, Kemudian Lana tersenyum, wajah Albert jelas terbayang di wajahnya, senyuman Albert, lambaiannya, dan malam mereka berdua di pondok hujung kampung.

“Yeay, saya sampai sudah”, Bibi menjerit kecil.” Saya turun dekat simpang sana ah pak cik”

Sememangnya rumah Lana terletak agak ke belakang sedikit berbanding rumah Bibi, walaupun mengambil masa kira-kira sepuluh minit unutk sampai ke rumahnya, Bibi rajin bertandang semata-mata untuk bercerita dengannya.

“Bah, palan-palan”, Lana melambai Bibi. Bibi melambai dengan wajah yang riang tersenyum menampakkan giginya yang putih bersinar.

“Kamu pula di mana turun nak?’’, Pemandu teksi itu kemudiannya bertanya Lana apabila sudah agak jauh dari rumah Bibi.

“Depan sikit lagi pak cik, ada simpang tu, masuk dalam sikit, rumah saya ni jauh sikit”, Lana menerangkan.

“Simapang sebelah kiri tu kah? Ada bus stop tu?”, Pemandu teksi itu bertanya lagi mahukan kepastian.
“Iya” Lana menjawab sepatah. Teksi itu bergerak perlahan melalui jalan yang tidak beraspal dan berlubang, agak sabar dia memandu, sememangnya wajah pemandu teksi tersebut menunjukkan dia sudah berpengalaman menghantar penumpangnya walau dalam keadaan macam mana sekalipun.

“Tu nah rumah saya pak cik”, Lana menunjukkan dengan ibujarinya.

“ooh, inda juga jauh bah”, pemandu teksi itu kemudiannya membelok dan memakir betul-betul di hadapan rumah Lana.

“Ina!Ina!”, Lana memanggil ibunya. Kemudian dia bergegas mengambil barangnya di belakang teksi lalu meletakkan di tepi tangga.

“Terima kasih ah pak cik”, Lana membayar tambang teksi. Pemandu teksi tersebut mengangkat tangan lalu membuat pusingan kecil dan bergerak perlahan meninggalkan halaman rumah Lana.

“uuuii, anak sia balik”, Loini bergegas memeluk anaknya. Lana membalas pelukan ibunya untuk melepaskan kerinduan.

“Mari..mari kita naik”, Loini mengangkat barangan Lana setakat yang dia mampu. Lana hanya tersenyum sambil menggeleng-geleng kepalanya melihat telatah ibunya itu. Barang-barang Lana hanya diletakkan di ruang tamu, Loini terlebih dahulu mengajaknya makan di ruang makan.

“Mari, kita makan dulu”, Loini mengambil nasi dan lauk unutuk Lana, dilayannnya seperti puteri.

“Ish, Ina ni, baru berapa minggu urang inda balik pun mau begini sudah bah, bapa mana?”, Lana hairan akan ketiadaan ayahnya.

“Dia pigi rumah si Kisai, bisuk during ada buat kenduri kesyukuran untuk si Kisai punya anak buah baru”, Loini menjelaskan.

“Jadi, bapa apa buat di sana?’’, Lana bertanya lagi.

“Ish kau ni, tulung-tulung laba apa yang patut, pasang kem ka, putung-putung itu ini ka, kau ni pun satu”, Loini mencebik sedikit.

“Mimang lah satu, kalau dua lagi lah pening kan Ina”, Lana ketawa mengekeh.

“Ahh, sudah, makan”, Loini kemudian menambah lauknya.


***

“Lana! Lana!”, kedengaran suara Bibi memanggil dari jauh. Lana yang duduk di tangga dapur rumahnya tersedar lalau bergegas ke halaman rumah.
“Apaitu?”, Lana hairan. “Awal juga kau cari sia ni, pagi-pagi lagi” Bibi keudiannya naik ke beranda rumah Lana lalu duduk melepaskan lelahnya.

“Sebenarnya kan…”, Bibi cuba bercakap.

“Apa?’’, perasaan ingin tahu Lana membuak-buak kerana Bibi kelihatan sedang menyembunyikan sensuatu.

“Teda..”, Bibi ketawa.

“Heii, kau ni bikin suspen saja sia”, Lana mengurut-urut dadanya.

“Inda bah, nanti patang ada kena buat kenduri kan di rumah si Kisai”, Bibi berterus-terang.

“Kenapa, kau mau suruh sia pigi?’’, Lana merenung Bibi.

“Inda laba, tapikan, mummy sia suru sia pigi, lagipun, nanti sia teda kawan cerita sana, nah kalau ko teda kawan kau ikut laba saya”, Bbi meneruskan dengan panjang lebarnya.

“Eiii, saya malu bah”, Lana meluahkan.

“Tida iie bah tu, dorang pun paham juga itu”, Bibi meyakinkan Lana.

“Bah, tingu lah, ada beberapa jam lagi ni, kalau saya terbuka hati, saya pigi lah”, Lana cuba mengelak.

“Pigi ah? Bah, sia balik dulu maini, mau tulung mummy sia di kabun”, Bibi kemudian turun tangga, memakai seliparnya lalu berjalan balik ke rumahnya. Lana hanya merenung dari jauh, otaknya ligat berfikir sama ada mahu menemani Bibi atau tidak.


***

“Takkan kau mau tingal saturang di rumah, Ina sama bapa jalan ni”, Loini bertanyakan Lana untuk kepastian.

“Bah, yalah, sia tunggu si Bibi saja ni, Ina jalan lah dulu pigi sana”, Lana kemudiannya mengalah.

“Lana!Uuu Lana!”, kedengaran suara Bibi menanggil Lana.

“Nah, ada suda kawan ko tu”, Loini kemudiannya menyikat rambutnya bersiap-sedia untuk ke rumah Kisai.

“Iya lah, iya lah”, Lana kemudiannya keluar unutuk bertemu Bibi.

“Ibi, sakai noh, amu poh mimpodu zou ti(naik dulu, saya belum mandi ni)”, Lana memanggil Bibi naik ke rumahnya. Bibi naik lalu duduk di beranda rumahnya.

“Laju sikit bah, nanti kegelapan kita”, Bibi menggesa Lana.

“Iya bah, tunggu saja”, Lana kemudiannya masuk ke dalam rumah lalu bersiap.

“JAngan kamurang lambat-lambat ah, nanti tiada suda apa-apa mau dibuat”, Loini turun tangga sambil  membawa lampu suluh.

“Ok, inai(mak cik)”, Bibi tersenyum.

***

“Di mana kita duduk ni, punya ramai urang”, Lana memegang lengan Bibi.

“Sana kita di dalam ikut mummy sia”, Bibi memberi cadangan. Ramai mata-mata yang memerhatikan mereka, perasaan Lana semakin kurang enak.

“Sini kamurang”, ibu Bibi memanggil mereka. “Sudah kamurang makan ka? Pigi dulu makan”
Lana dan Bibi mengangguk serentak.

“Bah,mari la kita makan, nanti lambat-lambat rugi”, Bibi mengajak Lana.

Selesai makan, majlis juga selesai, tetapi masih ramai yang duduk, sudah menjadi kebiasaan kampung mereka yang tua dan muda akan duduk menikmati minuman tradisi yang kadang-kadang membawa sehingga ke pagi.

“Bila la kita mau balik ni Ibi”, Lana mengadu, dia sudah tidak selesa walaupun tidak ada yang menegurnya.

“Sabar saja bah, sekijap lagi bah mummy sia tu, ko tau lah dorang tu banyak cerita”, Bibi kemudian memerhatikan sekelilingnya. Tiba-tiba kelihatan ibu kisai dari jauh menuju ke arah mereka, Lana gusar, dia tidak tahu apa mahu dibualkan nanti.

“Lana, Ibi, buli tulung ka”, dia memulakan perbualan, Lana agak lega sedikit kerana ibu Kisai tidak menyentuh apa-apa tentang peristiwa lalu. “Inda cukup urang mau cuci piring bah, ibi kau pigi dapur lah duluan, Lana kau tulung ambil itu piring mau simpan di sini meja, macam ramai lagi mau datang ni”, dia menambahkan lagi.

“Okey, kalau begitu, saya pigi belakang dulu lah”, Bibi menjawab spontan, mungkin dia agak bosan kerana tidak ada kerja yang perlu dilakukannya.


“Di atas auntie?”, Lana bertanyakan semula, inginkan kepastian.

“Iya, ko naik saja, ada pintu bilik warna biru, masuk saja,tulung angkat semua tu ah” Ibu Kisai kemudian menepuk bahu Lana lalu duudk semula dalam kumpulannya bersama-sama Loini dan wanita-wanita kampung yang lain.

Lana naik ke atas kemudian meninjau-ninjau, dia belum pernah lagi naik ke rumah Kisai, jadi dia tidak tahu di bahagian mana sebenarnya bilik terletaknya pinggan yang akan digunakan kelak.
Dia membelok ke kanan,pintu berwarna biru jelas kelihatan, ada kanak-kanak yang menghalang perjalanannya, ruang atas dipenuhi keluarga suami kakak kepada Kisai. Lana agak malu-malu sedikit kerana dia tidak mengenali kebanyakan daripada mereka.

Lana mengetuk pintu, tidak ada sesiapa yang menjawab, setelah beberapa lama berdiri, Lana memberanikan diri memulas tombol pintu lalu menjenguk ke dalam, tidak ada sesiapa. Lana kemudiannya masuk dan mencari-cari di maknakah terletaknya pinggan yang dimaksudkan ibu Kisai.
 

“ooh, sana bah”, Lana menggumam sendiri apabila terlihat pinggan yang dimaksudkan terletak di penjuru bilik bersebelahan dengan katil. DIa berjalan unutk mengambi pinggan tersebut.

“Kisai!”, Lana terkejut, dia menjerit kecil. Kisai tidur di atas lantai berdekatan dengan penjuru katil.

“Pang!”, bunyi pintu bilik ditutup.

“Ish, ni nda buli jadi ni”, Lana berjalan kembali cuba keluar, dia memulas tombol pintu, tidak dapat. Pintu bilik sudah dikunci dari luar. Lana mengetuk pintu dari dalam cuba memanggil sesiapa yang ada di luar tetapi kebingitan suara tetamu menenggelamkan suaranya.

Friday, 30 November 2012

Part 20


Part 20

Telefon bimbit Lana berdering, sepantas kilat Lana mencapai lalu menyambut panggilan itu.
Debaran dan kerisauan silih berganti di benaknya.

“Hello, ya Rudy,jadi macam mana? Dapat ka ko kol si Yudai?”, Lana terus-menerus bertanya.

“Sabar Lana, sabar, si Bibi ada di rumah si Yudai, dia suru kita datang sana, mau cakap pasal semalam”, Rudy menerangkan.

“Cakap pasal apa? Si Bibi macam mana? Ok kah dia? Kenapa dia nda pulang?”, Lana sudah tidak sabar lagi.

“Ko tenang saja, dia ok, setengah jam dari sekarang saya ambil ko,ko siap-siap lah”, Rudy kemudiannya meletakkan  telefon. Dia tahu jika dia masih bercakap dengan Lana sudah tentu banyak persoalan akan diajukan kepadanya. Dia tidak tahu apakah jawapan yang hendak diberi jika Lana bertanyakan soalan lagi. Secepat kilat Lana bersiap,dirasakannnya sungguh lama masa setengah jam itu,terbayang-bayang di fikirannya perkara buruk. Tidak! Dia kemudian berdoa semoga kawannya itu dalam keadaan yang baik.

***

“Kenapa ko nda  cakap sama  sa tadi, apa yang jadi sama si Bibi?”, Lana terus bertanyakan Rudy.

“Ko tau juga kan”, Rudy menjawab. “Semalam saya bukan ada sama-sama dorang, sa pun nda tau bah, yang penting kita  cepat sampai rumah si Yudai”.

“Laju la bah sikit ko drive”, Lana menggetap bibirnya. Rudy hanya mampu berdiam diri dan menarik nafas, dia faham akan keadaan Lana.

“Jauh ka  rumah si Yudai ni?”,  mata Lana melilau sekeliling mencari sesuatu yang tidak pernah dia tahu.

“Sekejap ja bah, dalam 15 minit kita  sampai, dia tinggal sana University Apartment”.

“Di mana tu?”

“Sana di area Menggatal”, Rudy memandu keretanya berhati-hati.  Jalan raya menuju ke University Apartment agak sesak kerana jalan tersebut menuju ke bandar perindustrian di mana terletaknya jentera-jentera berat dan bermacam-macam lagi.

“Tu na  rumah si Yudai”, Rudy memakir keretanya di luar rumah. Lana keluar dari kereta Rudy tanpa berkata apa-apa lalu menerjah masuk rumah Yudai. Lana berdiri terpaku, tangan Yudai berbalut,ada tompokan darah bersama-sama kain balutan itu.

“Kenapa ni?!”, Lana menjerit. “Mana si Bibi?” Yudai bangun dari sofa dan menunjuk ke arah pintu bilik. Perlahan-lahan Lana menuju ke pintu tersebut, memulas tombol lalu menjenguk ke  dalam.

“Ibi!”, Lana memeluk Bibi. “Apa jadi ni?Kenapa begini? Kenapa tangan si Yudai bebalut, kenapa kepala ko bebalut?!”

“Lana!”, tangisan demi tangisan membuatkan Bibi tidak dapat menjawab soalan-soalan Lana.

“Lana, sini dulu ko, keluar dulu”, Rudy mengajak Lana keluar di ruang tamu. “Kasi biar dulu si Bibi berehat sekijap”.

Lana keluar dan menunjukkan muka yang muram, dipandangnya Yudai, dia ingin kan penjelasan, dia  duduk dan kemudian berdiri dan menghadap Yudai.

“Apa  sudah ko buat sama si Bibi?” Lana menjengilkan matanya. “Ko cakap sekarang?!”

“Sabar bah Lana,”, Rudy menyampuk. “Biar si Yudai kasi terang sama ko pelan-pelan”.

“Ko buli duduk ka?”, Yudai kemudiannya bersuara buat pertama kali sejak Lana sampai.
“Pening kepala sa tingu ko jalan sana jalan sini cakap itu ini”. Lana duudk berhadapan dengan Yudai.

“Ko tau ka semalam, si Bibi sikit lagi kena bawa pulang lelaki lain, mabuk teruk lagi tu lelaki”, Yudai mula menjelaskan, Lana terkejut dan merenung Yudai. “Nasib saya  nampak, tu lelaki mau pecut sudah bawa lari si Bibi, saya tahan kereta  dia, dia mau langgar lagi saya” Yudai menarik nafasnya dalam-dalam.

“Jadi, macam mana ko boleh luka? Macam mana kepala si Bibi ada luka?”, Lana kemudiannya hairan.

“Masa tu saya nda tau mau buat apa lagi, saya cabut tiang kayu di siring jalan, lepastu sa kasi pecah la cermin depan kereta dia”, Rudy berdehem menganggu perbualan mereka, Yudai kemudian tunduk. “Serpihan cermin tu kena sama saya, kena  sama si Bibi juga, nasib masa tu muka dia kena tutup baju dia, sebab tu kena kepala  dia  saja”. Yudai bangun dan meuju ke  jendela.

“Jadi, tu lelaki macam mana?”, Lana bersuara, rasa bersalah sudah menyelubunginya.

“Kami kasi biar saja, kalau mau lapor  polis, banyak lagi cerita, sudahlah kes mabuk, memang siapa-siapa pun akan kena, nda pa lah, yang penting si Bibi selamat”, Yudai berpaling dan duduk semula lalu menghirup minumannya.

“Udai”, Lana tunduk . “ Siou kio, sia sangka kamu buat yang bukan-bukan sama si Bibi”.

“Nda pa bah, sa paham juga tu, si Bibi sebagai kawan ko, mesti ko risau, bah pigi lah ko cerita-cerita sama dia, ada makanan tu di dapur, si Bibi belum makan lagi tu, mungkin dia lapar, ko sudah makan ka?” Yudai mencadangkan. Lana mengeleng kepala tanda belum makan, dia kemudiannya  berpaling mencari dapur lalu bergerak.

***

“Nasib poh ada dorang si Yudai semalam”, Lana memulakan ceritanya sambil menyuap Bibi.
Rembesan air mata masih berbekas di wajahnya. Bibi hanya makan sedikit sahaja.

“Sa nda sedar bah tu semalam, sa ikut saja”, Bibi kemudiannya menangis lagi.

“Nda pa lah, nda pa”. Lana menepuk perlahan bahu Bibi sambil memeluknya. “Lepas ni kita balik, ok?”.  Bibi mengangguk dan mengelap air matanya.

“Sepa hantar kami balik?”, Lana keluar dan bertanyakan mereka yang berada di ruang tamu.

“Saya lah” Rudy menjawab. “Macam mana lah si Yudai mau driving tu, tingu saja tangan dia tu, macam giuk suda”, Rudy kemudiannya ketawa mengekeh.

“Giuk-giuk juga, kalau sia tumbuk sakit juga ni”, Yudai menjawab sambil mengepal-ngepalkan buku limanya.

“Nda bah bos, main-main saja bah”, Rudi kemudiannya mengangkat tangannya, tanda menyerah kalah.

“Emm.. tau takut”, Yudai ketawa.

***

“Kotohuadan kio(terima kasih ah)”, Lana mengucapkan kepada  Rudy.

“Orait nopo”, Rudy kemudiannya mengangkat tangannya. “Pelan-pelan kamu naik”

“Ok, ko pun pelan-pelan drive, nyawa bukan ada jual di kadai-kadai”, Lana ketawa kemudian memapah Bibi untuk naik ke  bilik sewa mereka. Rudy memandu meluncur kemudian menghilang dari pandangan mereka.

Beberapa orang yang berselisih dengan mereka kemudian memandang dan berbisik-bisik sesama sendiri, mungkin balutan berdarah di kepala Bibi menarik perhatian mereka. Terasa tebal juga muka bila dipandang seperti itu, Lana kemudiannya cuba berlagak seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
Bibi naik ke atas bilik sewa mereka  dengan bersusah payah, sesampainya sahaja dia ke bilik dia terus termengah-mengah lalu baring untuk berehat.

“Bah, ko limpang lah dulu, sa mo p cuci kain ni”, Lana kemudiannya memberi peluang Bibi berehat.

“Lana, sa rasa sa mau balik kampung lah”, Bibi tiba-tiba bersuara dan kenyataan itu mengejutkan Lana.

“Ko satu urang? Jadi saya macam mana?’’

“Yalah saya satu urang saja lah, sa mau p tinguk mummy saya bah’’

“Bila ko mau balik?’’

“Mungkin minggu depan lah, saya minta cuti dulu, kalau ko mau ikut cakap awal-awal lah sama Kakak Helen’’

“Bah, tingu dulu lah macam mana” Lana kemudiannya menyusun pakaiannya yang sudah dicuci dan  menlonggokkan pakaian yang belum dicuci di satu tempat. Mungkin Bibi ingin berehat kerana kejadian semalam, Lana hanya mentafsir dan meneka, dia masih belum pasti sama  ada dia mahu mengikut Bibi balik ke kampung atau tidak.

Thursday, 15 November 2012

Part 19


Part 19

“Nama sa Rudy, sepa suda tu nama ko?”, Rudy memperkenalkan dirinya.

“Lana”, agak malu-malu Lana menjawab.

“Ko dari mana?”, Rudy cuba membawa Lana bercerita untuk mengelakkan kebosanan.

“Saya dari kampung Vasai, sana di Papar”, Lana menerangkan.

“Papar? Oh urang Tambunan?”, Rudy meng angguk-angguk.

“Bukan lah, itu Papar lain, saya dari Papar betul-betul bah, daerah Papar”, Rudy tersenyum apabila Lana memperbetulkannya.

“Oh, Papar yang itu, saya pernah pigi sana dulu, sama-sama sepupu saya hantar tunang, saya dingar-dingar sumandak Papar mahal oh”, Rudy cuba mengimbas kembali peristiwa beberapa tahun dahulu.

“Ish, inda lah, saya pun nda tau, urusan orang tua-tua bah tu, dorang yang tentukan”,  Lana mengangkat bahunya, dia menoleh ke luar untuk menikmati pemandangan malam di Kota Kinabalu.


“Jadi, macam mana? Okeh ka sini? Siok juga? Selesa?”, Rudy bertanya lagi, dia cuba curi-curi memandang muka Lana.

“Boleh lah, saya nda suka bah ni sesak betul, ramai orang, udara nda  sihat”, Lana meletup-letupkan jarinya perlahan, dalam hatinya dia muak kerana Rudy bertanyakan begitu banyak soalan.

“Berapa lama suda kamu kenal si Yudai tu? Saudara ka ?”, Rudy menoleh memandang tepat ke wajah Lana.

“Emm, saya nda berapa kenal dia tu, kawan saya punya uncle, tapi dia jarang bah balik Kampung”, Rudy kemudiannya mengangguk-angguk.

“Bah, kalau kamu kerja sini bagus-baguslah, jangan selalu ikut lelaki keluar malam”, Rudy menasihati Lana.

“Saya bukannya suka pun keluar malam”, Lana cuba membantah.

“Yalah, sini ni bandar, mungkin ko belum tau macam mana cara kehidupan di sini kan, tapi nda pa lah, kalau ko perlukan pertolongan saya, ko kol saja saya”, Rudy kemudiannya mengambil kad nama dari kotak kecil di sebelahnya lalu memberikan kepada Lana. Lana menyambut dan membacanya dalam kesamaran malam.

“Ok, sampai, saya kasi kawan ko sampai atas lah, sini ni banyak orang jahat”, Rudy mencadangkan.

“Ok, ngam juga”, Lana bersetuju. Rudy hanya mengekorinya dari belakang.  Lega hati Lana apabila ada orang yang menemaninya.

***

“Aik, lama nda datang”, salah seorang  penjaga pub itu menepuk bahu Yudai.

“Biasa la bah, bisnes makin maju, takkan mau kasi tinggal”, Yudai menjawab dan tersengih-sengih.
Bibi menuruti dari belakang, dilihatnya ada beberapa orang gadis masuk dan ketawa terbahak-bahak melihatnya.

“Mandak, cop dulu”, Bibi terkejut apabila disapa penjaga tempat tersebut.

“Cop? Cop apa?”, Bibi hairan.

“Tangan la”, jawab penjaga tersebut sambil tersenyum. Bibi menghulurkan tangannya,  dia tidak tahu yang perlunya berbuat demikian sekiranya mausk ke tempat seperti itu. Yudai kemudiannya merangkul bahu Bibi, dia membuka pintu seolah-olah mengiringi kedatangan Bibi.

“Minum apa kita? Chivas? Tequila?”, Yudai bertanyakan kawan-kawannya.

“Mana-mana ja bah, yang penting ni sumandak tahan la, ko mandak apa ko minum”, salah seorang kawan Yudai menoleh ke arah Bibi setelah memerhatikan sekelilingnya.

“Cola saja lah”, Bibi menjawab dengan malu-malu.

“Bah, bagus ko duduk di kedai makan kalau ko mau minum cola, mahal lagi cola di sini oh”, Yudai ketawa mengekeh.

“Apa-apa saja lah”, Bibi kemudiannya menjawab, dia takut ditertawakan lagi. Yudai memanggil pelayan dan membisikkan sesuatu dalam  suasana hiruk-piruk tempat tersebut. Bibi agak tidak selesa kerana terhidu asap rokok yang berkepul-kepul, rata-rata mereka yang berada di tempat tersebut menjepit rokok di jari mereka.

“Ko pandai minum kah ni mandak?”, salah seorang daripada mereka menyapa Bibi.

“Pandai, minum air la bah”, Bibi menjawab.

“Minum arak bah”, Yudai menyampuk.

“Nda pandai”, Bibi pantas menjawab, dalam hatinya dia menyesal kerana mengikut Yudai dan kawan-kawannya datang ke tempat seperti ini.

“Bah, niari kami ajar ko lah”, mereka kemudiannya ketawa terbahak-bahak sambil menepuk meja.
Bibi hanya mencebik sedikit, dia kemudiannya memerhatikan penyanyi kugiran di atas pentas menyanyikan lagu, kelihatan beberapa orang penari di bawah pentas melayan lagu yang disampaikan.

“Bah, minum”, Yudai mengejutkan Lana dari lamunannya. Pelayan tadi sudah selesai mengisi gelas mereka, Yudai pula sudah mengangkat gelas dan menunggu tindak balas kawan-kawannya.

“Ibi?”, Yudai kemudiannya menolak sebiji gelas yang telah dipenuhi arak.

“Inda lah, saya nda pandai minum ni”, Bibi mengelak.

“Bukan selalu bah mandak, bisuk kan cuti juga, mana ada kerja”, Yudai memujuk lagi. Bibi berfikir sejenak, memnag betul esok mereka akan bercuti, dia termakan pujuk rayu Yudai. Bibi kemudiannya mengambil gelas tersebut dan mengangkat, minum sedikit dan kemudian berhenti.  Terasa panas di tekaknya, dia tidak tahu apakah jenis minuman yang dipesan tadi. Beberapa kali diajak meneguk minuman memabukkan itu, pandangan Bibi mula berpinar-pinar.

“Mari kita menari”, salah seorang daripada mereka mengajak Bibi, untuk mengelakkan diajak minum lagi Bibi menurut sahaja. Lagu rancak yang dimainkan membuatkan Bibi khayal, dia hanya menari mengikut rentak lagu. Penat menari, Bibi duduk di tepi tangga pentas. Pemain kugiran telah berhenti dan hanya lagu-lagu rakaman diputarkan.

Tiba-tiba seorang lelaki merangkul Bibi dan mengajaknya menari, Bibi hanya menurut, dia tidak kenal siapa lelaki tersebut.

“Hai, siapa nama?”, Lelaki tersebut bertanya.

“Bibi”, Bibi menjawab dengan lesu, dia mual dan pening dengan keadaan tersebut.

“Ko mabuk sudah ka ni, mari saya hantar kau, ko kaistau saja dia mana rumah ko”,  Lelaki tersebut mempelawa Bibi. Tidak tahan dengan keadaan tersebut Bibi hanya mengangguk. Mereka keluar daripada tempat tersebut, Bibi berjalan terhuyung-hayang sambil dipapah oleh lelaki yang tidak dikenalinya yang kemudian membukakan pintu kereta agar Bibi dapat masuk.

“Hoi! Si*al!”, Yudai memekik sambil menunjuk ke arah mereka. Bibi yang telena di atas kerusi tidak mendengar apa-apa. Lelaki yang memapah Bibi itu kemudiannya bergegas masuk ke kedudukan kerusi pemandu dan menghidupkan enjin.

***
Lana bangun kira-kira pukul 7 pagi, Bibi masih belum pulang. Dia bingung, nombor telefon Bibi diidailnya berulang kali tetapi tidak ada yang menyambut. Nombor telefon Yudai juga tidak ada di tangannya. Lana kemudiannya membongkar segala isi beg tangannya, kad nama Rudy dipegangnya.
Dia mendail nombor Rudy yang tertera di atas kad nama tersebut.

“Hello, Rudy kah ni,saya bah ni Lana, ko buli tulung ka, si Bibi belum balik lagi dari semalam, saya sudah kol tapi teda yang sambut”,  Lana menerangkan semuanya.

“ko ada cuba kol si Yudai?”, Rudy cuba memberi cadangan.

“Saya tiada numbur  dia ni, kalau ko ada, ko buli tulung tanya  dia ka?”, Lana mencadangkan semula.

“Ok, nanti saya kol ko balik, 5 minit ah”, Rudy kemudian meletakkan telefon. Lana sungguh risau kerana Bibi tidak menjawab panggilannya. Lima minit waktu yang ditunggunya terasa sangat lambat, dia bangun dan kemudian memegang telefon bimbitnya, berjalan mundar-mandir dan kemudian duduk semula.

Tuesday, 6 November 2012

Part 18



Lana berlari keluar, dia tidak sanggup berada di sana dalam untuk jangka waktu yang lama. Tiba-tiba dia terlanggar Jamil, Lana tidak dapat mengimbangkan tubuhnya lalu jatuh tersungkur, dia menangis.

“Ui, kamu ni kenapa?”,  Jamil bertanya, dia agak kaget dengan keadaan itu.

Lana bangun, kemudian dia berlari keluar. Bibi sedang membelek-belek majalah fesyen.

“Ibi, sa nda mau kerja sini”, Lana menerpa Bibi. Bibi agak terkejut dan agak bingung.

“Kenapa gia?”, Bibi bertanya .

“Eee..kerja apa macam begitu kalau ada urang separuh telanjang, san da mau lah, sa takut bah, sa malu”, Lana menyatakan kebimbangannnya. Rasa terkejutnya tadi belum lagi hilang.


“Adoiiii.. ni budak ah, mimang laba separuh bogel, takkan mau urut sama2 baju, haishh, begini lah ni kalau dari kampung, susah!”,  Jamil mencebik dan kemudiannya keluar. Bibi mengosok-gosok belakang Lana untuk menenangkannya. Helen masuk dari pintu depan bersama-sama dengan Jamil kemudian dia duduk bersebelahan Lana.

“Kamu takut?”, Helen bertanya. Sifat-sifat keibuannya jelas terpancar.  Lana mengangguk dan tunduk merenung lantai.

“Ko ni pun satu bah Milah, customer lelaki lagi ko ajar, dia kan baru masuk, first time, mimang lah
bah macam tu”, Helen memanggil nama panggilan Jamil dengan nama Milah, baginya itu salah Jamil juga kerana melatih Lana dengan pelanggan berlainan jantina.

“Emm, iyalah, kalau saya semua sama saja bah, apa mau pilih-pilih”, Jamil mencebik dan menjeling.

“Sudah, biar saya saja yang ajar diorang, kau p tingu-tingu pekerja yang lain, supervisor bukan duduk saja kerja”, Helen mengarahkan Jamil. Lega hati Bibi dan Lana mendengarkan yang Helen sendiri yang akan melatih mereka.

***

“Kalau kamu berhadapan sama customer, mesti yakin dan bersungguh-sungguh, kalau kita kerja nda bersungguh-sungguh semua pun nda jadi, betul kan?”,  Helen menerangkan kepada mereka. Di dalam bilik tersebut, sudah ada seorang customer wanita sedang menunggu. Helen menyediakan  minyak aromaterapi dan kain  untuk dipakai oleh pelanggan.

“Customer kita yang ni mau foot massage  saja, jadi kita akan urut kaki saja, kita ada beberapa pakej dan perkhidmatan, ada yang urut satu badan, urut kaki, urut tangan dan macam-macam lagi lah”, Helen menjelaskan lagi kepada mereka.

Sian oron dendo mura tu?(Sepa nama perempuan muda tu?”, Pelanggan wanita itu bertanya.

“A nan Bibi ko Lana..dendo lekat kampung(Ni si Bibi sama Lana , gadis dari kampung)”,  Helen menjawab, nampaknya dia fasih berbahasa bajau.

“Emm, kalau mau tarik customer, kita mesti pandai cakap bahasa diorang juga oh,ada yang cina, bajau, kadang-kadang tourist pun masuk sini”, Helen bercerita dengan penuh bangga. Lana dan Bibi yang terkejut mendengar kepetahan Helen berbahasa  bajau hanya tersenyum-senyum malu. Sepanjang hari tersebut, Helen meluangkan masa mengajar mereka berbagai-bagai jenis urutan dan kemahiran,sedikit sebanyak, mereka sudah mengerti akan pekerjaan mereka itu.

***
Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang, kedai itu akan ditutup, Helen berkemas-kemas mengatur salun rambut itu.


“Kamu balik ikut siapa?”, Helen menyapu rambut di lantai kemudian dikumpulnya di satu tempat sebelum dimasukkan ke dalam plastik sampah.

“Emm, c Yudai yang ambil kami kak”, Bibi mejawab.

“Oh, bah, bagus kamurang kol dia  sekarang, nanti kelambatan”, Helen mencadangkan. Bibi mengambil telefon bimbitnya dari dalam beg lalu mendail nombor telefon Yudai.

“Ya, kami mau balik sudah ni, ok, kami tunggu di depan”, Bibi  bercakap sambil mengangguk sedikit.

“Kakak ada buka kedai waktu malam, kamu datang lah, c Yudai selalu datang tu”, Helen mempelawa mereka memecahkan keheningan di dalam kedai tersebut.

“Tingu lah dulu kak, macam mana kami penat bah ni”, Lana menjawab, sebenarnya dia lebih suka duduk sahaja di bilik sewa mereka dan berehat.

“Oh, bah, mana-mana kamu saja lah”, senyuman Helen menyenangkan hati Lana.  Mereka keluar dan menarik pintu kedai dari atas lalu menguncinya.  Helen masuk ke dalam kereta perodua Myvi berwarna perak dan melambai-lambai mereka,enjin kereta dihidupkan,brek tangan dilepaskan, gear dimasukkan, perlahan-lahan pedal minyak diseimbangkan,  kemudiannya kenderaan itu meluncur laju meninggalkan Lana dan Bibi.

“Lama ka tunggu?”, Yudai menyapa mereka setelah memakir keretanya di depan  kedai itu.

“Wah, lajunya, macam naik kuda oh”, Bibi mengejek.

“Aik, kau pikir bah kali saya ni cincai”, Yudai menjawab masih mengusik mereka kemudian tergelak besar. Bibi dan Lana masuk ke dalam kereta, Yudai kemudian memandu jauh dari kedai itu.

“Sudah makan ka? Kamu belum beli barang-barang dapur kan?”, Yudai menoleh ke belakang, dia memandang Lana.

“Iya bah pula, jadi macam mana ni, adui, duit pun belum lagi ada ni tau”, Lana risau akan keadaan mereka.

“Nda pa, kamu pakai dulu lah duit saya, kita cari supermarket di sini, Giant ka, Milimewa ka”, Yudai mencadangkan.

“Okey”, Bibi mejawab, dalam hatinya dia bersyukur  ada yang sudi membantu bila mereka memerlukan.

***

Yudai membantu menyimpan barangan yang sudah dibeli di dalam kereta, malah dia juga menawarkan diri untuk mengangkat barang-barang tersebut sampai ke bilik sewa mereka.
“Jadi, macam mana, okey jug aka kerja tadi?”, Yudai cuba membawa mereka berbual untuk mengelakkan kebosanan.

“Ya, buli la juga, pandai sudah ni sikit-sikit”, Bibi menjawab.

“Si Lana tu kenapa diam-diam saja?”, Lana kemudian menoleh ke arah Yudai.

“Macam sa nda berapa suka la tu kerja”,  Lana menyatakan pendapatnya.

“Oh, bah, bah, nanti sia bincang sama si Helen lah macam mana”, Yudai menjanjikan sesuatu, mungkin dia faham akan keadaan Lana sekarang.

“OK, sampai sudah”,  Yudai mengambil barang2 barang mereka untuk dibawa naik ke atas.
Lana dan Bibi juga membawa apa yang termampu oleh mereka.

***

“Ok habis  suda kan”, agak penat Yudai turun berulang-alik untuk menghantar barang-barang mereka.

“Iya, terima kasih ah, kalau tiada kau, kami inda tau lah macam mana kami di sini”, Bibi menjawab.

“Inda pa bah, bukan selalu”, senyuman Yudai menyenangkan hati mereka berdua.

“Bah, bagus2 kamu, kalau ada apa-apa saya kol”, Yudia kemudiannya bersalaman dan terus keluar dari rumah kedai tersebut.

“Sa mandi dulu lah Ibi”, Lana menyatakan hasratnya. Dia mengambil kain basahan lalau bergerak menuju ke bilik mandi. Bibi mengemas dan menyusun barang-barang yang mereka beli. Selesai mandi, Lana mengarahkan supaya Bibi mandi dengan segera agar mereka dapat menyediakan makan malam bersama-sama.

Bibi keluar dari bilik mandi lalu mengeringkan rambutnya. Lana pula sedang menyediakan bahan-bahan untuk dimasak nanti. Tiba-tiba telefon bimbit Bibi bordering, Bibi mengeringkan tangannya lalu menyambut.

“Iya Yudai, kenapa tu, ya, baru siap mandi, macam mana ko tau kami belum masak, ok, ok, bah”,
Bibi bercakap sambil ketawa mengekeh.

“Kenapa tu?”, Lana bertanya.

“Nda payah la kita masak, si Yudai cakap ada kawan mau belanja makan besar, lagipun buli juga kita jimat kan”, Bibi menerangkan. Lana menggaru kepalanya yang tidak gatal, dia mahu berehat, tapi diajak keluar.

“Bah, yalah, bila dia ambil kita?’, Lana kemudiannya bersetuju.

“Sekejap lagi, dalam 20 minit begitu”, Bibi sudah bersedia mengenakan pakaian.

“Emm, bah, ok lah, sa usia dulu ni semua”, Lana menyusun semula bahan-bahan masakan mereka.

***

“Sepa bah kawan kamu mau belanja tu? Baik hati juga  dia?’, Lana bertanyakan Yudai.

“Ada lah, orang beduit bah tu, kamu tanya saja nanti siapa dia”, Yudai tersenyum sedikit.
Dia memandu agak jauh dari bandar Kota Kinabalu. Dari kejauhan terpampang papan tanda tempat tersebut, agak luas dan terang-benderang.

“Restoran terapung Kampung Nelayan?”, Lana membacanya dengan kuat.

“Iya, orang panggil di sini Taman Tun fuad, ada yang panggil Bukit Padang, tapi sama saja bah tu”, Yudai kemudiannya tergelak. Dia memakir kereta dan megajak mereka turun.

“Sana kita pigi, ada suda  dorang tunggu kita”, Yudai memuncungkan mulutnya menunjuk  entah ke mana.

“Dorang?Punya ramai”, Lana agak risau tidak dapat berkomunikasi dengan mereka.

“Nda payah risau bah, ok tu dorang semua”, Yudai menenangkan Lana. Dia berjalan ke pintu masuk beberapa meter dari tempat parker keretanya. Kelihatan ada sebuah meja dipenuhi lebih lima orang lelaki, mereka memanggil-manggil Yudai.

Ini ka sumandak yang ko bilang tu?”,  Salah seorang daripada mereka menepuk bahu Yudai.

“Iya, ni si Lana yang satu si Bibi”, Yudai memperkenalkan.

“Hai”, Hanya itu yang mampu diucapkan Lana.

“Hai, mandak, saya masih single”, Salah seorang daripada mereka kemudiannya  mengusik Lana dan Bibi.

“Duduk lah, order makanan”,  Yudai menarik kerusi dan mempelawa mereka duduk.

***

Beberapa jam duduk , Lana sudah mengantuk, tetapi Yudai masih lagi bercerita dengan rancak.
Lana menyatakan permintaanya untuk balik, Bibi bersetuju apabila melihat beberapa restoran lain sudah bersedia untuk tutup.
“Awal juga mau balik mandak, jalan-jalan dulu bah, kamu belum pernah pusing-pusing KK kan time malam”, Salah seorang daripada mereka memujuk.

“Emm, nda pa lah, saya penat bah ni”, Lana cuba mengelak.

“Eh, mari kita tukar port lah, mau tutup sudah ni”, Yudai memberi cadangan.

“Bah, di mana?”, rakan Yudai yang duduk bersebelahan Lana bertanya.

“Rizz Mi Tizz?”, Yudai memberi pendapatnya.

“Okeh, jadi ni sumandak ikut ka?”, mereka bertanya lagi.

“Sa rasa si Lana ndak lah, Bi, kau mau ikut?”, Yudai memandang Bibi.

“Pigi mana? Lama ka?”, pertanyaan Bibi meunjukkan dia berminat untuk bersama-sama mereka.

“Jalan-jalan, biasalah malam minggu, cari tempat yang tiada Karen”, Jawab salah seorang daripada mereka sambil tergelak.

“Hah? Kalau tiada Karen macam amna mau nampak?”,  Bibi ketawa mengekeh, dia  sebenarnya hanya menyangka mereka bergurau.

“Bah, ging, sia tidak dapat lama ni, kamu kamu saja lah ah, ada urusan bah bisuk”,  salah seorang yang duduk bersebelahan Yudai bersuara.

“Okeh, kalau macam tu, ko hantar si Lana lah balik, bulika?”, Yudai cuba meminta bantuan rakannya.

“Buli, tapi di mana?”, dia bertanya lagi.

“Sana bah, ada bilik sewa saya tu, di Sinsuran 3, okeh kan?”,  Lana memandang Yudai, mungkin dia tidak yakin apabila orang lain yang menghantarnya.

“Bah, ko jaga bagus-bagus ni sumandak ah, kalau dia ndak sampai rumah jaga kau”, Yudai memberi amaran.

“Okey bah, okey, “, rakan Yudai itu kemudiannya tersenyum lalu berdiri dan bersalaman.

“Ni kunci bilik, nanti kalau sia kol buka pintu ah”,  Bibi menyerahkan kunci pintu kepada Lana.

“Bah, bagus-bagus”, Lana mengucapkan kepada Bibi sebelum menuruti rakan Yudai dari belakang.

***


Bibi masuk ke dalam kereta, ada beberapa orang rakan Yudai juga turut sama menumpang.

“Ko pandai pakai kasut tinggi ka Bi?”, Yudai menghulurkan sesuatu.

“Pandai juga tapi sikit-sikit, nda lah yang telampau tinggi”, agak malu-malu Bibi mengaku.

“Ko pakai saja ni na, anggap saja lah sa bagi ko”, Bibi menyambut kotak tersebut. Dia cuba memakai kasut itu,agak kaget sedikit tetapi cuba untuk tidak menunjukkannya.

“Nah, baru ngam, kalau kau pakai selipar jipun, mimang nda temasuk kau Rizz”, Yudai ketawa mengekeh. Bibi hanya mencebik sedikit apabila rakan-rakan Yudai turut sama ketawa.  Kereta proton saga Yudai diparkir, dari kejauhan Bibi terdengar bunyi bising.

“Kelab malam? Tapi sa belum lagi cukup 18 tahun ni”, Bibi agak terkejut.

“Aik, rupa-rupanya ko nda pernah masuk pub pula?”,  salah seorang rakan Yudai mengusik.

“Sudah-sudah lah tu, jangan la kacau dia”, Yudai cuba mempertahankan  Bibi.

“Ndak pa, ko ikut saja saya di belakang, saya kenal bouncer di sini”, Yudai memberi jaminan.